Merubah Rutin Hidup

Perubahan dalam hidup manusia ni ade 2 je. Berubah jadi lebih baik or berubah jadi tak baik. Moga aku & anda yang membaca tulisan ini tergolong dalam mereka yang berubah menjadi lebih baik sahaja ye. InsyaAllah, allahumma amin. 

Kebelakangan waktu yang lalu, lebih kurang pd bulan Oktober yg lepas aku merasakan ade keresahan dalam hati yang tak terluahkan. Maksudnya aku sendiri tak tau kenapa hati aku tak berapa tenang seperti selalunya. Selalunya hati jadi macam tu bila aku kurang membaca Al Quran atau kerap tinggalkan Solat Dhuha. Tapi kali ni aku buat je rutin tu macam biasa. Then why do I feel something is wrong somewhere?

Ianya satu perasaan yang tak enak dan merunsingkan kepala. Ceramah agama demi ceramah agama aku dengar dari Youtube seperti mencari jawapan kepada keresahan hati. Satu hari, hati rasa terusik lagi. Mungkin aku dah dapat jawapannya. Berbekalkan semangat & tekad, aku nekad utk memperbaiki lagi diri dengan cuba menambah lagi amal ibadat. Agaknya solat Dhuha & mengaji saja sudah tidak cukup. For about 10 years since Allah sentuh hati, aku tetap atas rutin yg sama. Once in a while cuba utk menambah rutin ibadah yg lain tapi senang kata x berapa berjaya.

Sekejap je dapat buat tapi tak istiqomah. Cuba & gagal berulang kali. Begitulah kehidupan aku sejak 10 tahun yg lepas. Mungkin belum masanya. Allah lebih tahu. Dan mungkinkah sekarang ini sudah masanya? Mungkin ada doa yang sudah termakbul. Entah doa siapa, hanya Allah yg tahu.

I change my life routine again. Ada penambahan dlm bbrp amal ibadah dan Alhamdulillah hati aku sudah mendapat ketenangan semula. Lain sikit drp ketenangan yg dulu, dan ianya sesuatu yg agak baru bagi aku tapi aku rasa sgt gembira. To be honest, aku pun tak sangka aku dapat capai tahap itu sehingga ke hari ini tapi jika Allah berkehendak, tiada yg mustahil. Terima kasih Allah kerana nikmat yg besar ini.

Tiada daya & kekuatan utk aku seorang manusia yg lemah ini kalau tiadanya bantuan & petunjuk dari Allah. Datang kuat, semangat dan tekad itu pastinya dari Dia. Sesuatu yang pernah aku anggap sangat berat & susah utk dilaksanakan seakan sudah menjadi ringan & mudah secara tiba-tiba. Tiada yang memungkinkannya selain drp Allah. Maybe aku pon dah tahap nak surrender dengan kelemahan diri & akhirnya Dia berikan pertolongan. 10 tahun cuba & cuba & gagal bukan sekejap wohh. Kadang kita ni ada rasa give up jugak. Manusia kan. Terima kasih sekali lagi.

Ingatan aku pada arwah Abah jugak banyak membantu. Kenangan sewaktu ke dapur & melalui sudut solat pada jam 4 pagi melihat Abah menghadapkan mukanya kepada Yang Esa sedikit sebanyak menyentuh hati ini. Mungkin ada diantara doanya terselit juga untuk anak-anak, siapa tahu? Memikirkan itu membuatkan aku sebak. Ya Allah, pertemukanlah kami di taman Syurga-Mu kelak. Sungguh aku rindu akan Abah. Aku akan cuba jadi anak yg solehah utk Abah. Supaya Abah dapat merasa nikmat & kelebihan di alam sana. Sebagai tanda cinta, kasih & sayang aku sebagai seorang anak kepada bapanya.

Kadangkala kita perlukan 1 pemangkin utk kita lebih berusaha menjadi hamba Allah yang terbaik. Mungkin bukan utk diri kita saja, tapi utk orang lain juga. Manfaatnya tetap sama iaitu utk semua. Ya Allah, tetapkanlah aku pada jalan-Mu ini.

Susah utk aku gambarkan perasaan ini. Bak kata UAK, nak rasa perasaan tu kena buat sendiri. Dia pun selalu cakap tak reti nak terangkan. Macam tu jugaklah aku. Now aku dah faham apa yang dia maksudknya itu kerana sudah melakukannya. Anda bila lagi??? Jom arr try. Ade bran? Hehehe...


*tulisan ni adalah seperti diari kepada penulis. maybe ada yg membaca tersentuh hati maka berusaha juga utk berubah. marilah kita bersama-sama mengejar Syurga Allah. mari kita umat manusia beramai-ramai kecewakan Iblis & syaitan yang sentiasa mahu kita menjadi teman mereka di neraka jahannam. sesungguhnya mereka adalah musuh manusia yg nyata. sungguh kehidupan kat dunia ni sangatlah singkat jika dibandingkan dgn perjalanan yg akan kita semua lalui setelah mati nanti. ianya merupakan janji Allah dalam kitabNya maka kita wajiblah mempercayainya. wallahulam.










Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat