Inikah Yang Terbaik?

Adakah aku dah buat terbaik kat dunia skrg ni sebagai bekalan kehidupan kat akhirat nanti? Am I doing my best? Itulah persoalan yang selalu bermain difikiran. Nowdays trending tentang gambar 10 years challenge di media social. It shows how you change secara fizikal. Yang kurus maybe dah gemok and vice versa. Ada yang makin cantik, ade yg makin tak terurus. Diambil ideanya dari challenge itu dari segi amal ibadat, how are you doing right now compare to the last 10 years? Ade peningkatan atau penurunan? Dari solatnya, sedekahnya, zikirnya, puasanya etc. Rasanya ini lebih penting. Something worth to ponder...

Hidup kat dunia ni memang susah & memenatkan. Moga kita semua sabar menjalani hari demi hari di dunia. Sabar dalam melakukan solat, sabar dalam melakukan segala amal ibadah, sabar dengan setiap ujian yang datang. Ingatlah bahawasanya apabila kita mati nanti, alam kita sudah berbeza. Di alam itu, kita dah tak perlu melakukan apa-apa lagi. Kita dah tak perlu solat, puasa, zikir dsb. Kalau kita akan masuk Syurga, nikmatilah pemandangan yg indah. Kalau kita akan ke Neraka, terimalah apa yang menanti. Dah tak boleh buat apa. Semuanya hasil drp kehidupan dunia kita.

Betapa besar ujian kita dengan dunia. Hanya dengan dunia, ia menentukan hala tuju perjalanan kita yang seterusnya. Selagi masih bernyawa, Allah masih memberi kita peluang utk memperbaiki amalan. Allah bagi masa lagi utk kita mengumpul pahala. Satu lagi soalan yang aku selalu terdetik, sudah cukupkah pahala utk dpt masuk Syurga? Kadang aku rasa macam takkan cukup segala yang aku perbuat utk layak kesana. Aku takut. Lebih lagi bila membandingkan dengan para ustaz & alim ulama yg ibadatnya seakan tak termampu diikuti sampai akhir nyawa. 

I feel like I am trying hard utk menambah amal ibadah. Alhamdulillah sudah ada pertambahan dr segi solatnya, puasanya, zikirnya, mengajinya. Adakah ia cukup? Entahlah. But I feel that I am doing my very best. Penambahan solat-solat sunat. Dulu 1, now tambah 2. Menambah doa-doa baru ketika sujud, memperbaiki doa selepas solat. Bangun utk solat malam & mengaji. Membaca terjemahan Al Quran. Alhamdulillah dengan kekuatan dariNya, aku dapat buat walau adakalanya terasa berat sekali. But I push myself sedaya upaya kerana mendambakan Syurga. Aku takut masuk Neraka. Sangat.

Ya Allah, moga aku takkan kebelakang semula dari perubahan ini. Aku takut tak dapat istiqomah. Risau. Masih banyak lagi amal ibadah yang boleh ditambah. Tapi aku taknak rasa terbeban sangat. Sebab takut akan give up. Buat masa ni, aku rasa inilah yg termampu walau adakalanya missed jugak. Perasaan bile missed tu rasa sedih sangat sbb masa yang dah lepas takkan berulang. Betapa ruginya aku. Tak tahu samada esok masih ada utk aku melakukannya. Lately aku rasa kembali sukar utk bangun spertiga malam. Sungguh aku telah memaksa diri utk tetap bangun. Sbb aku tau kadangkala ibadah mmg perlu dipaksakan sehingga ia menjadi kebiasaan dah akhirnya timbul rasa senang. Mudah-mudahan insyaAllah, amin.

Am I doing my best for you guys kiddos? I hope so...




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat