Aku pernah berangan-angan kalau aku jadi manager kat rumah sepenuh masa, aku nak buat lebih banyak lagi ibadah drp apa yg aku dapat buat masa aku jadi seorang pekerja. Ironinya tahun 2019 ni pun aku masih belum dapat resign dari jd seorang pekerja. Allah belum rezekikan. But I look at positive side. Ini semua apa yg Allah kehendaki utk aku. Semestinya ia percaturan yang terbaik. Jadi aku berhenti beralasan utk tak all out bekenaan perkara ukhrawi and do my very best while I'm still a worker. Ya, aku mungkin masih bekerja. Tapi itu bukan alasan utk aku tak boleh all out dalam beribadah kan? Of course la cabarannya besar tapi aku pun tak berapa nak percaya kat diri sendiri yg aku boleh all out jugak kalau tak bekerja. Entah-entah jadi lagi malas yerdak? Allah Maha Tahu, maka Dia tak kabulkan lagi hajat dihatiku itu. Boleh jadi jugak kan? Let just think like that. It makes my life easier actually. And aku pn bukanlah stress tahap gaban pun jd seorang pekerja especially bila d...
Bismillah Tamat dah bulan Syawal 1444. Raya korang mcm mana? Harap semuanya best best belaker jelah. Syawal aku tahun 2023 ni quite hectic jugaklah. Seronok beraya berjalan kesana sini. Lepastu jadi hos utk 2 kali to attend friends yg kenal through here and ex colleagues masa bekerja dulu. Rasa rindu sangat dah kat diorang semua sebab komunikasi yang jarang-jarang. Once in a while je bertanya kaba bertegur sapa di social media yg aku aktif iaitu ig. Camtu jelah. So raya kali ni aku gagahkan diri dgn support from Iz utk jd hos rumah for them. Setahun sekali apa salahnya kan menyingsing lengan kat dapor tu secara beregu. Kalau aku sorang yg masak, mmg fikir banyak jugak. Tapi sebab ada suami yg memang boleh diharap, makanya aku paksakan diri dgn gembiranya Di usia awal 40-an ni aku mengaku lebih selesa utk tak aktif sangat dalam mana-mana group sembang. Pertamanya aku nak elakkan dosa sebab aku sendiri yg lemah. Jadi ia jalan terbaik utk aku usaha memperbaiki diri dgn menjauhkan diri dar...
Bismillah Allahu. Sekejap je dah masuk Feb. Rasa mcm baru je lagi aku update post sebelum ni. Target skrg 1 post dalam sebulan. OK la tu kan? Seram sebenarnya bila masa berjalan terlalu pantas ni. Tau tau dah bertukar bulan. Tiber dah bertukar tahun. Tengok tengok anak pun semua dah makin besar nak masuk alam remaja dah. Entah entah tiber tau-tau dah mati. Ehh. Ini paling seram sekali. Sebab bila dah mati, tak ada turning back dah. Sampai situ jelah usaha nak masuk Syurga berakhir. Tak ada lagi dah amal ibadah yg boleh ditambah. Pemutus dari segala urusan dunia. Lain pulak dah alam yg akan dilalui. Moga alam barzakh tu nanti ialah sebahagian drp Taman Syurga utk kita. Amin ya robb Sebab itulah jangan mudah terleka sangat kita ni dengan urusan dunia. Utamakan urusan akhirat tu lagi penting sebenarnya. Dunia tu selingan je. Sebab kita tak tahu ajal tu bila sampainya. Aku paling takut kalau ingat kisah yg Rasulullah SAW ceritakan ttg manusia yg minta pd Allah utk kembali semula ke dunia u...