Skip to main content

Holiday : Medan, Indonesia (Day 1)

Kami Sampai di Kota Medan

Waktu di Medan adalah lewat 1 jam drp waktu di Malaysia. Perjalanan by flight cuma mengambil masa 1 jam. Kejap bangat. Nak letih pon tak sempat. Haha. Kami bertolak 8.45am from LCCT & sampai di Medan 8.45am jugak. Kehkehh. Sampai aje kami mintak driver terus ke hotel Asean International Medan utl check in & letak bagasi semua. Lepas settled, tempat pertama yg kami tuju adalah kedai makan. Lapor hokey sebab nak breakfast pon tak sempat pagi tu. Semuanya kelewatan. Aku sempat makan sandwich tuna je beli dalam flight. Kongsi sorang 1 dengan habi. Cukup la utk lapik perot.

Kat Indonesia banyak masakan Padang kot. Pastu dia jenis letak semua lauk yg dia ada utk hari tu atas meja. Pilih la mana yg korang nak makan. Once dah pilih, pastikan habiskan semua utk elak pembaziran. Kalau rasa taknak makan, jangan disentuh kalau taknak dia kira dalam bil okay. Kat sini aku berjaya order jus alpukat/avokado. Jusnya pekat sangat pastu dia ada letak syrup chocolate. Muak ohhh. Takpe. Yang penting dah cuba. Tak boleh lawan jus avokado kat Ho Chi Minh kan Kak Ya? ^^

Muka poyo Anje harharrr

Check In

Dah habis makan baru snap..lapor weyhhh

Jus Alpukat yg pekat

Tersandor kekenyaman ^^

Istana Maimoon & Masjid Raya

Lepas kenyam, kami ke Istana Maimoon pulak. Plan utk hari pertama ni memang nak jalan area Medan City aje. Ada orang yang bagi penerangan tentang sejarah Istana Maimoon neh. Best jugak dengar sejarahnya. Sultan masih ada tapi dah takde kuasa. Sultan berusia 9 tahun kalau tak silapnya skrg. Masa ditabalkan jadi Sultan, umur dia 7 tahun & Sultan paling muda pernah dicatatkan dalam sejarah dunia. Ayah dia Sultan terdahulu meninggal dunia di usia muda dalam 40 tahun sebab kemalangan pesawat. Sedih kan?

Tak jauh drp istana ni ada Masjid Raya. Kat sana kitorang solat jama' takdim for Zohor & Asar. After solat & amek gambor, kami singgah kat gerai luar masjid & try rasa Es Kolak Durian & sate Medan. Dua-dua tak menepati selera kami. Es Kolak Durian terlalu manis. Satay pulak kuahnya macam mee rebus yang tak sedap. Harga boleh tahan mahal pulak tu. Standard ahh kalau jadi pelancong neh. Terkena sebab makanan tak sedap atau ditipu drp segi duit. Dah biasa...hewheww =P

Depan Istana Maimoon

Seluar dah takde. Basah kena pee2..ibu lupa bwk baju spare + +

Sempoiiii

Adik bongsu yang paling besar dlm family haha

The menu

Sate Medan

Es Kolak Durian
Sun Plaza Shopping Mall

Lepas dah puas berpanas, driver bawa kami ke Sun Plaza shopping mall. Rasanya yang paling besar di kota Medan mall neh. Kat sini Kak Ya and the rest beli stok megi & air mineral kat Kafu. Rugi beli kat luar sebab harga dah mark up. Beli kat sini murah giler kot.

Aku & habi pulak bawak Naurah & Emriel main kat kids zone. Murah aje bayar RM5 utk 1 jam main. Seronok betol Naurah & Emriel main kat situ. Walau kecik tapi permainan dia menyeronokkan la jugak. Naurah dengan pakai diaper saje pasal seluar dah basah kena pee. Ade jugak yang tegur 'mana celananya buk?' Hahaha. Aku ckp jelah basah. Alahh...budak-budak kot. Gasak ahhh. Lagi pon bukan kat Malaysia hewheww ^^

Bila semua dah siap shopping, aku & habi merayau kejap & jumpa 1 kedai jual baju budak-budak jenama Snoopy. Ada less 70% & aku kaut 2 dress utk Naurah. Murah owhh sehelai jadi RM15 je duit kita. Sayang banyak saiz utk Naurah dah habis. Tu yg kaut sikit aje. Saiz kecik so Naurah pun pakai yg 4 years.

Geng baik

Love this shot ^^

See how happy she was?

Kepenatan dah ker?
Bila Emriel yang snap hahaha...kesian kami
KFC, Medan

Lepas settled kat shopping mall, kami pon balik ke hotel. Sudah letih semuanya. Pas mandi semua Naurah kata dia lapor. Malam memang kami tak makan lar pasal lunch pon dah lewat. Sape yang lapor boleh makan megi cup or keluar. Kedai makan semuanya dekat je dengan hotel. Kami ke KFC la sebab budak tu kata nak kesitu. Menu KFC kat setiap negara memang berbeza. So kami pon memang agak blur. Dah la kalau orang sana cakap kalau laju-laju memang terkesima gak dibuatnya nak proses the words. Hahaha.

Set yang kami ambil ada nasi kepal, begedil & puding milo. Lain kan? Sayangnya camera tak bawak. So boleh tulis ajelah takde bukti.

Sekian, hari pertama di Kota Medan.




Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…