KK Day 1 & 2
Flight dari KL - KK pukul 10.30pagi pada hari Khamis 22/5/2014. Habi hantar all of us ke klia2 and then parked kat ERL Kota Warisan/ Salak Tinggi. Fee ERL dari situ ke klia2 RM3.20 sehala. Ambil masa dalam 10 minit je.
Since dah tour klia2 2 kali sebelum pergi ke KK ni, so kami memang takde masalah nak menuju ke tempat sekian-sekian. Sempat lah breakfast kat Marry Brown after check in luggage. Tak terkejar pun sebab kami keluar dari rumah awal dalam pukul 7pagi gitu. Dari rumah ke klia2 cuma 15minit je.
Kalau gate anda K, katanya akan berjalan jauh sebelum sampai ke tempat nak naik flight tu. If gate anda di J, maka tak jauh sangat lah. Kami berlepas dari gate J8 & dekat je. 7 minit jalan dah sampai. If naik drp gate K, Kak Ya kata masa di ke JB a week before memang jalan jauh. At least 40minutes katanya. Homaiiii O__o Pitams.
Office mate aku yg kawannya kerja kat Air Asia pun dah pesan datang jelah awal and jangan bertangguh lama nak ke gate pelepasan tu. Sebab kita tak biasa lagi tempat baru kan. Kat dalam sana pun selesa je menunggu. Ada toilet, baby room, surau & kedai-kedai if nak makan/minum. Convenient store pun ada. No worries.
Flight kami delayed for 15 minutes. Takde hal lah setakat lama tu je. Tak terasa sangat pun. Amazingly Nazif really excited masa dah duduk kat seats in the aeroplane. Kemain lagi suara dia ketawa & menjerit happy bermain cak-cak dengan kakak Naurah yang duduk 1 row dengan nenek & Kak Ya. Lega je hati masa tu. 10 minutes after that, dia pun Zzzzz in lala land. Good boy ^^ Naurah pun excited gitu lah dia. Happy je mulut potpet tanya itu ini. Pitam kejap nenek & Kak Ya melayan. Hahaha.
Sampai KK je terus call owner Exora manual yg aku booked & 10 minutes later dia pun sampai. We paid full amount of RM450 for 3 days 2 nights. He asked us a copy of IC & driving license. Dah sediakan awal-awal so takde masalah lah. Then off we go to One Borneo Hypermall. From KK city to OBH ambil masa dalam 20 minutes. Kami 4 beranak duduk di Novotel. Kak Ya and the rest di Grand Borneo. Yang memisahkan hotel kami cuma hypermall tu ajelah. Kira dua-dua hotel pun ada pintu masuk special terus ke hypermall. Tak jadi masalah lah nak berhubung sbb dekat. Janji jumpa kat hypermall je senang. Xpon tunggu kat lobby tunggu group sebelah datang. So easy.
Check in hotel, kami cuma bermalas-malasan je dulu. Then keluar lunch pun kat hypermall je. Makan ala kadar sebab malam nanti baru nak makan seafood. Then jalan-jalan mall, balik bilik semula, rehat & malamnya kami keluar pukul 8 menuju ke Anjung Selera, Tg Lipat. Kat sini ada banyak kedai makan. So pilih jelah mana yang berkenan. Semua seafood pun fresh. Kami order kerapu stim lemon, ikan sebelah bakar, udang butter basah 1/2kg, pucuk manis goreng 2 plate & ketam masak blackpepper 1kg. Air ikut pilihan masing-masing. Total RM197.50 for 5 dewasa. Jenuh jugaklah meratah lauk pauk je. Sempot mak.
Dari hotel kami ke Anjung Selera ni dlm 10 minit je. Jalan menghala semula ke KK city. Tgh malamnya adik aku Hirraz pun sampai dari KL. Dia postponed flight sebab ada exam petang. So sampai lah malam. Habi je yg keluar pick up dia. Esoknya kami keluar dari hotel pukul 8.30pagi. Off to Jesselton Point untuk melepak di Pulau Manukan. Bab parking susah sikit lah kat Jesselton Point ni. Lagi pulak hari orang bekerja kan. Kena pusing 2/3 kali baru la dapat parking.
Harga tiket ke Pulau Manukan utk 6 dewasa aku tak sure sebab Hirraz & Kak Ya yang uruskan. Korang gugel jelah. Banyak blog lain cerita pasal rate ni kot. Hahaha. Ampun! Naurah & Nazif free je pun. Kami guna bot dari Aparu Agency. OK je. Dari jeti ke Pulau Manukan ambil masa 20 minit je. Sampai je Pulau Manukan rasa mcm kat paradise. Cantik sangat scenery dia. Air jernih & nampak ikan lalu lalang besar-besar sana sini. Tapi kan mcm ada sampah skek la sana sini skek. Patut pihak pengurusan kena bersihkan la kan. Sayang tempat cantik gitu ada sampah even tak banyak mana. Tetap mencacatkan sikit la pemandangan kat situ.
Kami lepak kat Pulau Manukan dalam 3 jam gitulah. Habi & Hirraz siap naik para-sailing lagi. RM150 for 2. 15 minutes per session. Puas jugalah kata habi. Bila lagi nak merasa katanya. Bagi jelah chance hehe.
Selain Pulau Manukan, ada lagi pulau yang dekat-dekat situ iaitu Pulau Sapi & Pulau Mamutik. Kalau korang snorkeling better pergi jelah. Kami ni bukan hardcore sangat. So Pulau Manukan pun dah cukup. Pulau yg lain tu tak besar mana & takde kemudahan mcm kat P. Manukan tu. Just for snorkeling la. Ikan mana-mana sama je kot. Hahaha.
Pukul 2petang kami dah berada di tanah besar semula. Balik hotel & lunch kat hypermall lagi. Balik bilik & berehat. Malamnya kami keluar dinner pukul 8malam menuju ke Seri Selera, Kampung Air. Riki punya riki, adik laki aku kata mahal. So waze Gayang Seafood Restaurant, Tuaran. Rupanya Gayang ni kalau dari dari hotel kami duduk 20 minit je jaraknya. Since kami dari Kg. Air yang dekat KK city tu, rasa mcm jauhnya lahai perjalanan nak sampai.
Kami sampai Gayang pukul 10malam. Tengok dekat papan tanda dia waktu operasi 11pagi-10malam. Apekah???? Hahahah. Tapi adik laki aku biasa lah. Dia pujuk tokey cina pompuan tu soh entertain gak kami yg datang dari jauh ni. Mengalah cina tu. Hehehe. So dapatlah kami makan jugak kat situ. Orang lain semua dah siap nak balik, kami 1 family baru duduk nak order lauk pauk. Special guest katanya. Kahkahhh =P Sila jangan buat spt kami yer. Rancang perjalanan anda sebaiknya.
Untungnya semua yang kami order sampai cepat. Terbaik gak makan kat sini. Kami makan ikan jemuduk 3 rasa, pucuk manis (again?). udang butter kering, sotong goreng tepung, ketam masak ape tah deme rekemen, macam ada rasa rempah kari gitu. Sedakkkkkk huhu. Pastu ketam goreng telur masin & air honeydew 1 jug besar. Ikan jemuduk tu besar makaihh. Sempot nak ngabiskan sekor tu hah. Rasanya makan kat Gayang ni lagi sedap drp kat Anjung Selera. Seafood nya lebih segar gitu. Masakan pun lebih variasi. Harga aku tak sure sbb masa bayar tu aku dah ddk dlm kereta ngan Nazif. Nanti update balik entry selepas ni yer.
OK. Sambung esok untuk hari ke-3 dan terakhir.....
Update: makan kat Gayang RM270 je. Berbaloi hoiiii vavava =D
Update: makan kat Gayang RM270 je. Berbaloi hoiiii vavava =D