Jalan - Jalan Melaka : Day 1

Dimulakan dengan nama Allah yang Maha Pengasih & Penyayang.

Moga bermulanya minggu ini dengan perkara yang baik-baik sahaja. Banyak benda nak cerita sepanjang bercuti panjang minggu lepas. Ada benda best & ada jugak yg tak best. Best ke tak best ke hidup mesti mau terus ye tak? Kalau dah namanya hidup, macam itulah dia.

Moh ler aku terus ceritakan tentang holiday sempena sambutan ulangtahun perkahwinan kami yg ke-4. Tulis secara ringkas ajelah pasal tengah tak berapa nak sihat pulak time tengah menaip neh. Kami bertolak drp BBST around 11am & sampai Melaka 1 hour later. Kejap aje. Bile sampai mcm blur pulak nak kemana. Dua-dua tak familiar dgn bandar Melaka sebab dah lama sangat tak explore. Menjajar la kami nak cari port makan yg sedap spt dlm list yg aku tulis. Sudahnya bila perut dah lapor tak tahan, singgah je kedai makan yg nampak.

Paling tak best sehari sblm holiday, Naurah demam jenis suhu badan je naik mencanak. Siap sedia lah kami dgn segala ubat dia. Tak syok sgt g jenjalan time anak tak sihat. Bila dia cranky, kite pun serba tak kena dibuatnya. Makan pun ala kadar & tergesa-gesa. Lepas makan, tapau nasi ayam in case Naurah lapar ptg nya & terus cari Bayou Lagoon Resort. Masuk je bilik, buka TV & melepak atas katil 3 beranak. Macam la jauh sgt perjalanan. Ptg sikit Naurah dah agak sihat & mkn nasi ayam dgn lahapnya. Senang hati mak melihatnya. Around 6pm bila cuaca dah redup, kami turun bawah main air kat water park.

Habi & Naurah ajelah yg bersuka ria. Aku cuma jadi mamarazzi. Tu pon tak lama mainnya psl Naurah tertelan air pastu termuntah. Then dia ngadu kesejukkan. So naik atas & mandi dgn proper pulak. Lps mandi, terus bersiap ke Medan Ikan Bakar Parameswara, Umbai. Tak jauh pun drp hotel. 30 minit je dah sampai. Meriah jugaklah kat situ. Ramai je orang. Last 2 years masa pergi dgn my family members, kami ke Medan Ikan Bakar Terapung. This time pegi ke tempat yg betul iaitu yg tulis Pernu. Kami pesan Ikan Jenahak Bakar. Sayangnya sambal ikan bakar dia tak sesedap mana. Biasa aje. Tak boleh lawan yg kat Kuantan sane.

Tp yg lainnya adalah sedap like Ketam Masak Blackpepper, Sayur Campur, Air Longan Sejag & Sotong Goreng Tepung. Total damage RM94. Takdelah murah mane. Hehe. Lps makan terus balik hotel. Anak tak sihat nak jalan beriya pon tak jadi. Itulah dia cerita hari pertama kami di Melaka.

Bersambung.....

* gambar dlm kamera. lupa nak bawak wire transfer.
** henpon aku tertinggal kat opis spjg bercuti pjg T_T




Popular posts from this blog

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Umrah 2022 - Ujian Sebelum