Bangkok - Day 1
Day 1
LCCT
Flight from KL to Bangkok adalah pada jam 8.30 pagi. Kami semua keluar dari rumah around 6.00am sebab international flight kena ada di sana 2 hours earlier. International flights nie lebih rumit prosesnya berbanding domestic. Sama macam masa nak ke Ho Chi Minh dulu, no mineral water/liquids boleh dibawa masuk ke dalam flights.
Penerbangan ke Bangkok mengambil masa lebih kurang 2 jam. Rasa sekejap aje. Terutamanya bila ralit tengok stewardess jalan ke hulu hilir tolak troli makanan & jual pelbagai souvenirs. Kalo layan breakfast, lagi rasa cepat masa berlalu. Sebab flight kami pagi, Abg Eddy dah siap² order makanan utk semua. Aku & Naurah makan Nasi Ayam. Habi dapat Nasi Lemak. Kenyang Alhamdulillah.
Bangkok
Kami sampai di Bangkok around 9.30 pagi waktu di sana. Perjalanan dari Suvarnabhumi Airport ke hotel kami Citadines di Sukhumvit mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sampai² jer teros nampak muka Abg Eddy yang sudah siap sedia menanti kami di sana. Urusan kerja dia di Bangkok sudah selesai. So, dia memang join all us throughout the journey.
My brother & SIL sebenarnya dah pernah bercuti di Bangkok on 2007 kalau tak silap. Honeymoon diorang ler tue. Si Emriel pon takde lagi time tue. So diorang masih ingat lagilah certain things in Bangkok. So takdelah menajajau sangat kami nih. Boleh kata Abg Eddy mmg jadi our tour guide jugaklah.
Citadines Hotel, MRT & The Boat
Sampai je Citadines, check in, rehat dalam 1 jam, kami semua tak bazir masa, teros memulakan perjalanan holiday yang pertama. Since MRT station 10 minit perjalanan saja dari hotel, kami pon berjalan sajelah beramai-ramai dengan Naurah setia duduk di dalam stroller. Bila jumpa tangga, Habi & Abg Eddy sama-sama angkat itu stroller. Syoknye jadi ko yerp Naurah!
Budak kecik tue, walaupun cuma duduk di stroller bila kami bercuti menaiki flights, lansong tak create any trouble to us. Dia duduk baik jer dalam tue& macam faham yang kami memang takkan larat nak dukung dia sepanjang masa. Betul² masa kami tengah tunggu train, dia pon tertido dengan mudahnya di dalam stroller. Terus kami tutup full cover & dia tido nyenyak hampir 1 jam. You are such an angel, Naurah =)
MRT kat Bangkok nie sama macam LRT kita juga. Cumanya diorang punya lebih laju & masa menunggu tak lama. Dalam 5 minit je dah sampai train lain. Best.
Dari MRT, kami berjalan sikit sampai ke tempat utk menaiki bot besar. Macam feri jugaklah lebih kurang. Tapi bunyi enjin dia memang kuat giler. Syukur Naurah tido lena kepenatan. Naik feri nie dalam 40 minit jugaklah. Dapatlah tengok pemandangan tepi sungai. Oh, the sungai adalah sangat besar & berombak. Macam laut pon ada bila tengok ombaknya. Jakun kami sekejap. Plus angin adalah kuat. Syok!
The Grand Palace & Temple
Akhirnya kami sampai ke destinasi yang hendak di tuju. The Grand Palace. Macam Istana Diraja diorang lah. Tak ada apa yang menarik sangat kat sini. Dalam setengah jam jer kami kat sana utk ambil gambar. Pastu naik Tuk-tuk menuju ke temple ape ntah namanya. Ada patung Buddha baring besar giler. Patung nie diperbuat daripada emas yerp. Naurah pon teruja tengok patung tue. Pas amek² gambo, kitorang berjalan jelah di sekitar temple utk ambil gambar. Taman kat situ cantik siap ada kolam ikan bagai. So sambil duduk relax ajelah. Takde ape nk di kejar pon.
MBK Shopping Mall
Experience naik tuk-tuk memang best. Laju & cilok sana sini. Adventurous betol. Hehe. Dapat rasa sekali pon ok lah kan. Lepas abes amek gambo kat temple, semua macam dah penat nak naik MRT lagi. So pakat naik teksi 2 buah menuju ke tempat yang lebih sejuk & selesa. Kami semua ke shopping complex MBK (Mah Boon Krong) yang dibuka sejak tahun 1986 lagi. Suasana & barang² kat sana lebih kurang macam The Mines lah kalo kat Malaysia. Affordable.
Kat sini kitorang memang terus tuju tempat makan aje. Lapo sebab dah nak malam dah masa sampai tue. Ada International Food Court di Level 5 & kami makan di restoran Yana. Ada quite a few lah halal restaurant kat MBK nih. Aku oder Nasi Briyani yang sedap giler. Naurah pon syok makan nasinya aje. Ayam sampai 2 ketul. Sape tak suka kan? Haha. Entah nape perot aku jadi kecik masa kat Bangkok. Tak habis pon makan & bagi pd Kak Ya jer. Aku pon mcm tak percaya aku tak habis makan. Wahaha...
Jem
Pas makan, semua pakat beli brg² basah utk di masak esok harinya. Beli ikan, udang & sotong. Pastu beras 1 kotak kecik & vegetables. Settled. Pas beli brg² tu semua, kami pon balik ke hotel dengan menaiki 2 buah teksi. Sepatutnya dari MBK ke hotel kami dalam 5km aje. Tapi jem maha hebat membuatkan perjalanan yg sepatutnya 15minit, dah jadi 45 minit. Rupanya Sukhumvit area di mana hotel kami berada memang area yang betul² sibuk & terletak di tengah bandar Bangkok. Area situ boleh kata hi-end punya people lah yang tinggal. Rumah besar² macam kat area Damansara sana.
Ape nak buat. Dah kami memang nak hotel yang dekat dengan MRT. Terpaksa lah terima hakikat utk tempuh jem if travel by taxi/van. Sampai je bilik, kami mandi dulu puas-puas. Naurah pas mandi, minum susu, teros pengsan ketiduran. Aku & habi sempat lagi la tengok TV kejap pastu pengsan jugak sebab kepenatan berjalan seharian. Penat tapi puas & seronok =)
End of Day 1 in Bangkok.