Kuantan Day 1 & Half Day 2

Kami bertolak dari Sepang pukul 11.30 pagi. Aku paling tak suka sebenarnya time matahari pacak kat kepala neh g travel. Tapi memandangkan aku hanya duduk di seat penumpang, redho ajelah ikot suka hati driver nak bertolak pukul bape. Syukur bab jem memang takde. Cuma ada slow sket sebab ramai orang nak masuk exit Genting nun. Lepas tu smooth aje perjalanan.

Singgah kat RNR Temerloh around pukul 2ptg. Makan ikan patin masak tempoyak. Sedap. Huhu. Habi amek part ekor aje sbb situ takde lemak-lemak ikan. Pergi balik kitorang makan ikan patin ni taw! Sedap bangatt. Pastu harga pon takdelah mahal bebenau macam orang kata kalo masok pekan Temerloh & makan kat warung sana. Opismate habi ckp dia mkn utk 2 org sampai kena RM35. Hohohoh. Pitams.

Sampai bandar Kuatan dalam pukul 3.30ptg tapi merayau la cari hotel dulu. Bila tak jumpe, habi tanya orang & senang je sampai hotel dah. Kami duduk kt Hotel Sentral Kuantan. Dgr ceritanya hotel tu masih baru. Akhir tahun lepas baru bukak. Kami tempah by agoda for RM156 nett for Deluxe Room with breakfast. Memang berbaloi sbb perabot semua masih baru & bersih. Keluasan bilik pon berbaloi & view sungai pon memang menarik. Lebih kurang masa duduk hotel kat Kuching dulu. View sungai jugak.

Naurah sokmo happy kalo ddk hotel. Gelihati aku tengok dia dok jalan sana sini dlm bilik macam pengawas. Kejap kejap naik atas katil pastu baring tengah-tengah mcm bos sambil pegang remote control tv. Gaya tak hengat okeh! Hehehe.

Konker tilam habesss!

Ok. Badan memang letih la sbb baru sampai. Bajet kami taknak kuar hotel nak duduk melepak aje. Tapi rasa macam rugi pulak sebab kami duduk bandar Kuantan 1 malam aje. Esoknya dah nak checkout gerak ke Cherating pulak. Bila masa lagi nak berjalan kan? So dalam pukul 6ptg, kami turun & jalan-jalan tepi sungai. Macam kat waterfront Kuching jugak. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Terbaek! Ramai orang memancing kat tepi-tepi tu. Kebetulan ada pasar malam pulak. Dapat la belikan Naurah eskrem seketoi. Jalan-jalan aje sblm tggu waktu malam sikit nak terus dinner. Malas nk naik hotel pastu turun balik semata utk dinner. Byk gak gerai makan tepi tu. Takde masalah nk makan ape =)

Aloh mate ko Naurah....hakhak
Pilih aje mane yg berkenan di hati
Gambor berani mati neh. Saksikanlah aku penuh 1 badan wahai donia.....T_T Kena kecikkn size gambo spy tak nampok penuh 1 alam...kahkahhh

Kedai yang dipilih antara banyak tu tak bape sedap pulak masakannya. Tapi kira murah la 3 hidangan bersama air RM16.50. Belasah aje pasal dah lapo. Naurah paling banyak makan sebab tengahari tu aku suap makan dia taknak. Sekali jumpe nasi ayam, tak pandang kiri kanan dah mentekedarah. Hahahha. Lapo yer nak? Pas makan, naik bilik, tengok tv & tido. Nyamannnnn......

Esok paginya breakfast dulu kat hotel. Makanan tak  banyak pilihan. Tapi bolehlah setakat nk kenyangkan perot. Sebelum tu ada budak kena tangkap main bedak. Hahahha

When caught in the act
Nanes bila bedak kena rampas kehkehhh =P
Kejap je nanes, tak lama pastu ngeeeee..posing!

Last posing sebelum keluar bilik. With skirt cheetah idaman mek Na....agaagga

Ok. Pas checkout kami pergi ke Teluk Chempedak kejap.Alang-alang dah sampai bandar Kuantan kan? Dekat aje dalam 15 minit gitu dah sampai. Itu cerita next n3 lah yer. Penat la tunggu upload gambo nie banyak-banyak. Petang sket aku up lagi 1 n3 kalo tak bape bz. Tata.



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat