Family Trip : Jelajah Pulau Pangkor 2014





Alhamdulillah selamat sampai pergi & balik kami semua. Perjalanan yang panjang tapi menyeronokkan. Percutian keluarga terakhir kami tahun 2014. Semuanya berpuas hati walau penat kemain lagi semuanya ^_^"

Selama 3 hari aku lansung tak jenguk media sosial. Wassap, fb semuanya turn off. Padahal sbb memang takde access sama hahaha =P

Perjalanan bermula dari AU2, Keramat pukul 1030am. Ada 3 kereta tapi kami gerak berasingan. Family Abg Eddy dah menunggu kat Swiss Garden Hotel. Dia bertolak sehari awal. Yang stayed kat Swiss Garden Residence KL ada 2 kereta pun gerak berasingan hari Jumaat tu. Pandai-pandai lah driver memasing menyampaikan diri kat tempat tujuan tu.

Habi drive CRV Abg Eddy pasal banyak barang nak bawak. Since kami duduk kat Villa, so boleh masak. Ramai gini memang sesuai sangat if masak-masak je. Lagi jimat. Dah la nak ke Pekan Manjung tu ambil masa dlm 20 minit. Better masak ajelah kan gitu? Kami ikut highway Latar masuk kat area Selayang & keluar di Kuala Selangor. After that memang jalan kampung lah lalu Sabak Bernam sana. Terus aje sampailah ke pekan Manjung. Swiss Garden ke depan lagi siap lalu kebun kelapa sawit bagai. Horror gak lalu situ memalam pasal gelap gulita takde lampu jalan. Sebbaek tak nampak pape yang menyeramkan.

Kami sampai kat Villa pukul 3 petang. Just nice for check in. Masuk je villa memasing keletihan sangat. Pukul 6 petang baru gerak ke swimming pool hotel bawak bebudak mandi. Lepas balik villa, masak ala kadar lauk sardin, telur dadar, scallop sambal & nasi. Kekenyangan. Aku masuk tido awal pasal Nazif pun dah mengantuk. Happy chit chat itu ini dengan budak-budak nya ramai. Meriah betul.

Esok harinya pagi Sabtu lepas basuh pinggan aku, habi & both NZ ke hotel. Melawat Kak Ya & Pak Chu yang bermalam kat sana. Lepas tu kami ke pantai melihat-lihat. Both NZ takut dengan ombak laut hahaha. Nasib baik tak geli dengan pasir. Dalam sejam jugaklah kami lepak-lepak tepi pantai tu. Lepas tu balik villa & sarapan pun dah tersedia. Untung ramai perempuan yg boleh diharap hehe =)














Ya Allah, seronoknya tengok budak-budak bermain dengan gembira. Rezeki Allah bagi kepada kami utk membolehkan diorang menikmati percutian mcm ni. Aku dulu adik beradik mana ada jenjalan gini. Mak Abah orang susah. Peneroka Felda je. Adik beradik ramai. Untungnya awak both NZ. Even ibu & ayah ni takdelah kerja hebat mana, senang mana, masih lagi Allah berikan rezeki bercuti sebegini. Terima kasih ya Allah. Nikmat yg manakah mahu kami dustakan. Syukurlah ada adik beradik yang murah hati & tidak berkira. Dapatlah kami menumpang kesenangan & rezeki orang =)

Tahun depan tak tahulah macam mana rezeki kami. Ibu & ayah akan usahakan walau sesusah mana pun yer both NZ. Tak dapat jalan jauh, dekat pun boleh. Asalkan duduk hotel, budak-budak ni suka aje. Ada swimming pool pun dah cukup seronok.

Pukul 11.30am kami semua bersiap utk ke Ritz Hotel Ballroom, Manjung. Makan dengan lahapnya hahaha. Kena makan banyak pasal lepas tu nak jelajah Pulau Pangkor pulak. Kami singgah di Masjid bersolat jamak Zohor & Asar sebelum ke jeti Lumut utk naik feri ke Pulau Pangkor. Sampai je Pangkor kami sewa 2 van & jelajah pun bermula. 4 perhentian kami singgah di tempat bersejarah perjanjian Pangkor di meterai, Teluk Nipah, kilang ikan bilis & jajan, last sekali tokong Cina. Apekah? Hahaha. Aku tak keluar dari van pun. Tak koser lah. Fridge magnet murah pun aku tak teringin nak beli. Now dah nyesal takde kenangan grrr.

Pukul 7ptg naik feri semula ke jeti Lumut dan hujan pulak sampai kat sana.

To be continued....









Popular posts from this blog

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Umrah 2022 - Ujian Sebelum