Short Trip : PD Golf & Country Club I

Kitorang bertolak pukul 12 tenghari ikot jalan dalam. Lalu kampung bestnya lahai. Naurah ngadu dah lapar. Kitorang makan kat Kedai Pink, Kg.Jijan yang femes dengan asam pedas & nasi ayam nya. First time makan situ sebenarnya. Selalu je takde sebab nak makan kat sana. Kali ni ada sebab. Sebbaek x tutup. Ramai orang tapi tetap ada tempat la nk duduk & makan. Cuaca panas terik. Aku amek asam pedas kembung & habi amek tenggiri. Naurah & Nazif kongsi makan nasi ayam. Sempat beli donat gebu XL. Rasanya ini yang paling terbaik kot huhu. Beli 2 je. Habi tak sempat jamah pun pasal dah kena baham 3 beranak je =P





40 minit camtu dah sampai kat PD. Sampai PD habi tetibe rasa nak muntah & migrain kronik dia pun datang. Tetibe je. Ini kali kedua pergi holiday & habi kena migrain. Pertama masa honeymoon kat Cameron 5 years back. Tu pasal habi fobia naik atas tu. Sebbaek awal tahun ritu dia OK. Itu pun sebab Family Vaccay kot. Kalau x ntah bila nak jejak lagi atas tu.

A few times b4 sampai ke PDGCC habi stop the car tepi jalan & muntah. Kesian. Dalam masa yang sama aku frust huhu. Aku saspek kepala dia tak tahan kena panas terik masa lunch kat Kedai Pink sblm tu. Bukan sebab terlewat makan spt selalunya. Rasa nak suruh dia singgah klinik je amek jab sbb tu je cara cepat utk dia recover. Tapi xde pulak klinik bukak. Biasa la weekend mmg susah nk jumpa klinik yg bukak.

Sampai PDGCC 2.45ptg & terus lah lepak dalam bilik. Cuaca baik sangat. Redup je macam dah pukul 6petang. Naurah selok ah nak g pool pasal dr sliding door je mmg view pool. Dia nampak je ada budak-budak dah mandi, berzikir la kat telinga aku jomlah g swimming 3juta kali (tipu haha). Nazif happy je explore sana sini. Habi lps makan panadol terus pengsan ah tido. Akhirnya pukul 4ptg aku dah tak tahan dengar bebelan Naurah. So nekad jelah bw 2 orang budak tu g mandi pool. Tak bawak camera or henfon lansung pasal nak handle 2 budak. Kena bagi perhatian yg sepenuhnya. Taknak amek risiko pape. Lain la kalau habi ada sama.



Sebbak Naurah dah pro. So dia relax ah bawak diri dlm pool. Aku handle Nazif dari tangga pool tu je. Tak dapek la aku nak masok sama dengan pakai skirt tu. Hahahaha. Mmg takde plan nk masok pool. So aku x bawak sehelai pun seluar pjg. Mane nak sangka habi kena migrain tak semena mena gitu kan. Habis basah skirt & baju aku melayan ke Nazif. Sejam lebih jugaklah melayan budak dua tu. Bila Naurah kata OK utk balik bilik, zass baru balik. Sampai bilik mandikan diorang & salin baju malam sesiap. Tak lama lps tu habi pun bangun. Masih sakit kepala tp boleh tahan. Dia dah lapor psl muntah semua yg mkn ms breakfast & lunch hari tu. 

Around 7pm kami pun keluar JJCM menuju ke arah Teluk Kemang. Singgah makan kat Mari Makan. Not bad lah. Biasa je. Coconut shake sedap. Pastu aku teringin nak rasa Char Kuey Teow King yg femes tu. Masa arah pergi ke PGDCC dah nampak. So habi pun tapaukan la yg special utk aku 1 & kerang bakar. Nazif & Naurah tido bila sampai bilik & kitorang pun makan berdua jelah sambil tengok TV. CKT King mmg suit the name. Sedappppppp. A must try if you go to PD. Kerang bakar pun OK sbb tak kering. Padan la ramaiiiiii sgt orang makan situ. Susah nak cari meja kosong.

Sambung n3 lain lps ni. Byk pic dalam camera Nikon. Wayar transfer tertinggal. Sambung cerita esok jelah.












Popular Posts