Ujian Datang Silih Berganti - Umrah 2014

Assalamualaikum semua =D

Alhamdulillah aku & habi selamat menjejakkan kaki ke Msia pd hari Rabu minggu lepas pukul 4.30petang drp Terminal Haji di Jeddah, Arab Saudi. 

Habi sihat. Dia kena flu lebih awal drp aku masa di Mekah. Aku pulak kena flu on my last day at Mekah/Jeddah. Sebab itulah masih bersisa flu & batuk buat masa ni. Lite-lite aje. Tak teruk mana pun =)

Hari ni aku cuma nak cerita tentang beberapa halangan/ujian drp Allah kepada aku sebelum akhirnya dapat menjejakkan kaki ke Madinah & Mekah. Pertamanya tentang haid yang tidak semena-mena telah skip sebulan. Bermakna pd bulan March, haid aku tak datang. Dalam otak memang fikir macam-macam dah. Sedih tak terkata. Mmg ujian pertama utk aku.

Alhamdulillah atas berkat doa kawan-kawan juga agaknya, akhirnya haid aku datang pd 8hb April bersamaan hari Selasa. Hari Sabtu nya dah nak bertolak ke Madinah tu. Aku cuma bersangka baik & berharap haid aku tak berpanjangan sangat. Usually hari ke-6/7 memang dah boleh mandi wajib. Moga kali ni pun begitu.

Hari Sabtu aku masih lagi belum suci sepenuhnya. Tapi semangat dah berkobar nak ke Tanah Haram. Tak sangka ujian kedua pun muncul. Flight kami SV 2799 delayed & semua jemaah ditempatkan di Hotel Boulevard, Midvalley until further notice. Yang kami dengar, plane ada masalah teknikal. Teruskan saja bersangka baik. InsyaAllah.

Hari ke-3 iaitu pd hari Isnin kami di Hotel Boulevard, ramai yang semakin resah gelisah kerana tiada info terbaru drp pihak Tabung Haji. Aku sendiri dah rasa serba tak kena. Terfikir sekiranya sbb aku sbnrnya yg tak dijemput Allah utk ke rumahNya, maka seluruh jemaah yg pergi pun terpalit sama. Sedih sangat masa tu. Aku buat solat taubat & solat hajat. Mohon padaNya spy di jemput & dipemudahkan segala urusan.

Petang Isnin around 6petang akhirnya pihak Tabung Haji memberi perkhabaran gembira. Kami akan berlepas ke Madinah pd jam 3pagi. Alhamdulillah. Allahu Akbar. Hati kembali berdebar.

Sepanjang kami terkandas, ada beberapa belas/puluh orang yg menarik diri & mahukan refund dr Tabung Haji. Ada 2 kemalangan makcik tua jatuh di bilik air sehingga retak tulang tangan dan ber anduh. Maka semua mereka ini tidak jadi menjejakkn kaki ke Tanah Haram. Wallahualam.

Hikmahnya pd diri aku, pada hari Ahad haid sudah kering & aku berlepas ke Madinah dalam keadaan suci drp segala hadas. Alhamdulillah =)

Disebabkan kami sudah lambat 3 hari drp jadual asal, maka masa kami di Madinah sangat pendek. Cuma 2 hari 1 malam bg grup kampeni kami krn kami perlu juga bertolak ke Mekah pd hari Rabu berikutan ada perjumpaan dengan Tan Sri MK disana pd hari Khamis. Jemaah yg lain dapat extend 1 hari di Madinah sebelum ke Mekah.

Hikmahnya pd aku, sejujurnya rezeki aku memang lebih baik di Mekah drp di Madinah. Bilik hotel di Mekah lebih besar & selesa drp hotel kami di Madinah yg agak sempit bagi 2 orang sebilik. Perasaan aku juga lebih kuat di Mekah berbanding di Madinah. Maybe sbb kat Madinah rushing sangat kot. Tak sempat nak feeling lelebih dah kena bye-bye :("

Ada juga beberapa kejadian menarik utk aku ketika di Mekah. InsyaAllah akan aku ceritakan dlm entry yg akan datang. 

Jet lag mcm belum hilang sepenuhnya. Melampau tak? Haha. Macamkan pergi haji khennnn. Mengada!!


Ibu nampak hepi nak berpisah??? Nazif nampak sedih. Barulah kena dgn majlis -.-"

Tetiba plane di towed huhuh

Wajah2 kecewa

Bye-bye plane...

Beramai keluar semula menunggu bas utk ke Hotel Boulevard


Dan akhirnya.....Masjid Nabawi...Assalamualaikum ya Rasulullah...


To be continued......






Popular posts from this blog

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Umrah 2022 - Ujian Sebelum