Short Trip 2 : Swiss Garden Residence, Bukit Bintang
Jumaat lepas aku half day je kerja waktu pagi. Tengahari aku balik rumah & lunch Asam Pedas Ikan Kembung yang sedap gila di masak oleh habi. Punyalah sedap sampai 3 kali aku makan sampai ke malam. Yang bahagian habi pun aku cilok. Bwahaha. Kalau dah nama orang Johor tu, Asam Pedas lah yang paling feveret sekali. Asal nak balik sana & mak tanya nak makan apa, mesti ckp Asam Pedas. Sampai mak pun tanya tak jemu-jemu ke makan Asam Pedas korang semua ni? Semuanya jawab TAK. Especially Asam Pedas yang mak masak. Cair ke pekat ke kuahnya tetap licin di hirup anak-anak. Kompius mak. Haha.
Lepas makan, solat Zohor. Habi balik solat Jumaat je terus pikap anak-anak menuju ke Bukit Bintang, KL. Ya, itulah destinasi Short Trip Ke-2 kami pada tahun ini selepas ke Port Dickson pada bulan 9 yang lalu. Sebab annual leave aku dah tak banyak, maka tak dapat nak plan cuti jauh-jauh macam selalu. Ambil masa weekend je check in hotel & jalan-jalan macam tourist la sangat. Fefeeling la pasal lepas parking kereta dlm hotel, habi malas nak bawa keluar sebab leceh nak validate tiket parking bagai.
We stayed at Swiss Garden Residence. Mula-mula salah tempat. Kitorang pergi ke Swiss Garden Hotel. Adik beradik je deme dua ni tapi building yang berlainan. Hotel building depan, Residence building belakang. Kami duduk kat Family Suite yang ada 2 bilik. 1 bilik ada katil King. 1 bilik lagi ada 2 katil Single. Tapi yang pakainya cuma katil King. Biasa lah anak-anak semua nak tido celah ketiak mak ayah lagi. Layankan ajelah. Bonding katanya. Haha.
Lepas Maghrib, kami semua keluar cari makan for dinner. Depan tu je dah ada Subway, 7E & kedai mamak. Tapi kami jalan jauh sikit lah kunun nak cari KFC utk budak-budak kat Jalan Pudu tu. Half way aku dah sempot. Naurah pun dah komplen penat. So berhenti makan kat Maulana ajelah. Lepas makan, balik bilik pasal Nazif dah terkuap kuap mengantuk. Jenis budak tido awal. Tu pasal susah kami nak keluar malam. Tak sampai hati nak ganggu tido anak. Aku tak makan masa kat kedai. Bantai lagi Asam Pedas yang habi tapau siang tadi. Sempat tapau murtabak yang jadi breakfast kami esok paginya. Nasib baik ada microwave. Sedap lagi lah makan panas-panas.
Esok pagi-pagi pukul 8 je Naurah dah berzikir nak mandi swimming pool. So melayan lah budak-budak tu bagi happy. Naik atas, mandi & keluar lah kami like a tourist jalan kaki ke BB Plaza, Sg.Wang Plaza & Lot 10. Orang badan besar mcm aku ni memang cepatlah sakit lutut & engsel kaki tu. Tapi gagahkan ajelah pasal taknak manjakan sangat. Teringat pulak masa buat Umrah bulan 4 lepas bila berjalan banyak-banyak ni. Mengimbas sungguh. Kat BB Plaza baru la dapat makan KFC. Lepas tu merewang jelah kami sampai petang. Balik hotel je semua kebabom keletihan. Sebelum Maghrib habi bawa Nazif tapau utk dinner kat kedai mamak. Mamak lagiiiii hohoho
Malam pulak layan Piala Malaysia. JDT Vs Pahang. Pahang menang.
Esok pagi swimming pool lagi lah. Lepas tu bersiap utk check out. Lepas check out kami ke Kenanga Wholesale Centre perabih duit. Kemudian menuju ke Hospital Kajang melawat bapa saudara habi yang terjatuh ketika membaiki atap rumah. Alhamdulillah dah discharged semalam.
Sekian, short trip KL kami. Tahun depan tak taulah macam mana ekonomi keluarga samada mampu lagi atau tak nak ber holiday dengan gst & kenaikan minyak bagai ni. As usual, always have to downgrade our leisure. Cakap banyak pun bukan dapat mengubah apa-apa. Bersiap sedia ajelah.
Demi anak-anak, ibu & ayah kena kerja lebih keras utk bagi yang terbaik utk mereka. InsyaAllah. Rezeki tu milik Allah. Kita minta, Dia akan bagi. Dia Pengasih & Penyayang. Amin.