Jelajah Penang & Langkawi 2012 (Part 1)

Satu demi 1 tickers holiday di delete. Sampai tinggal 2 aje lagi yang masih menunggu ^_^

Alhamdulillah jelajah Penang & Langkawi 2012 sudah pun tamat. Rasanya holiday yang paling best setakat nie. Maklomler shopping barang-barang idaman hati. Sape tak seronok kan? ^_0

Naurah pon maybe sebab dah selalu sangat pergi holiday & dah semakin memahami keseronokan berholiday, makanya makin senang dibawa kemana-mana. Asal dapat sekali lelap, tak kira berapa lama pun, tak kira kat mana pun samada dalam kereta or di dukungan ibu atau ayah, celik mata terus happy. Takde masalah cranky sebab tak cukup tido or penat. You are such an angel la sayang. Makin selok la ibu ajak ko g holiday mana-mana. Tak banyak kerenah =)

Dalam flight pon dia dah semakin memahami dia dah besar. So duduk aje kat seat sendiri pakai belt diam-diam. Cuma tangan ibu kena sentiasa melingkari belakangnya. Pelok sebelah tangan gitu. Tapi kalo dia tengah ralit makan kopok ke ape, ok aje dia duduk sorang diam gtu ^_^ Bile tunjuk awan biru kat tingkap, dah pandai dia takot. Pelok ibu kuat-kuat. Dia tawu dia tgh terbang tinggi diatas kot. Huhu.

Hari Sabtu memang totally dari pagi sampai ke malam jelajah Penang. Hari Ahad pulak misi shopping pun dari pagi sampai ke malam jugak di Langkawi. So hari Isnin (semalam) dah tak larat nak pergi mana-mana. Duduk rumah, packing luggage & off we went to Bayan Lepas Airport. Sampai rumah jam 5 petang & dapatlah rehat-rehat lama sikit sebelum pergi kerja hari nie.

Sayangnya cable transfer gambar dari camera Nikon tak bawak. Gambar kat Penang banyak kat sana. Camera aku nie adalah gambar sikit-skit bila Nikon dah habis bateri. So hari nie upload apa yang ada ajelah yer. Esok baru tambah dari sisi si merah. Enjoice =D

Mee Udang Sg. Dua, Penang ^_^ Akhirnya dapat gak makan mee udang. Terharu betol rasanya. Hehehe
Nasi Ayam. Ni Naurah punye. Pon sedappp. Yummehhh...

Hukkolohhh....2 gambo jer boleh upload. Server mereng pulak =.= Nanti-nanti la aku upload lagi hokeh!




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat