Resipi : Kimchi Kobis Cina
Yang ini boleh letak resipi sebab dah janji hari tu kan? ^^
Senang aje buat kimchi versi Malaysia neh. Aku memulakan projek pada pukul 9.20pm malam tadi. Potong the kobis, basuh & rendam dengan air garam selama 8 jam. By right pukul 5.30am aku dah kena bilas & perah the kobis. Tapi aku kesiangan & lewat 1 jam drp jadual. No worries. Takde hal pon nak terlebih rendam 1 jam. Bila rendam dengan air garam, aku tengok the kobis macam jadi lembik lah. Cam dilayur gitu. Digaramkan adalah spt diperam atau dijerukkan lah hasilnya ye dop?
| 1. Potong the kobis ikut suka hati anda |
| 2. Rendam dengan air garam. Garam like 4-5 table spoon |
| 3. Peram selama 8-9 hours |
| Iklan sementara menunggu 8 jam ^^ *baju Na bagi hihi |
So aku bilas dgn air paip & perah utk menghilangkan rasa masin yang melampau. Dah siap perah, bolehlah start buat kuah pedas utk gaul dengan kobis pulak. Siang bawang merah, bawang putih, halia, serbuk cili & kisar bersama air 7up (updated:- & cencalok). Zreettttt....siap! Serbuk cili tu dalam 2-3 table spoon. Ikot tahap kepedasan yg korang mahu. Tuang atas kobis yg dah diperah tadi & gaul rata. Now boleh lah try rasa kimchi kobis anda. Tambah la segala perisa yg patut ikot kesedapan tekak. Aku letak sikit gula & sos ikan. Bila dah kena dengan tekak, bermakna kimchi kobis anda sudah pun siap ^^ Easy peasy right?
Bila dah siap, boleh lah masuk dalam bekas & simpan dalam fridge. Setengah jam je buat semuanya. Kimchi ni makan sejuk-sejuk gitu yang sedap. Pada tekak aku lar huhuhu. Bila di makan dengan daging or ayam BBQ memang sangat kena lah. Balut-balut gitu, nasi sikit & auuummmm!! Perghhhh..
| 4. Gaul dengan rencah yg dah dikisar. Pakai sudu kalau taknak tgn pijar yer |
| 5. Dah siap simpan dalam fridge. Yeayyy!! |
1 kobis bunga cina jadi sebekas gitu aje. Tak banyak sangat pon. Just nice la utk makan dengan nasi 3-4 kali makan. Camni mane nak sempat bawak rumah Kak Ya + + So kena buat lagi lah nanti neh?
updated:- homaigod....mak lupe letak cencalok weyhhhh!!!! padan macam ade yg kurang tadi T T balik nanti gaulkan ajelah sikit dlm kimchi....patutnya cencalok tu kisar sekali yer dgn bahan kuah. plis take note!!