Hidup Sambil Menunggu Mati

Now I know, in order for me to write here, I need free time and get inspired. So topik hari ini ialah nak cerita tentang kebahagiaan. As I'm getting older day by day passed by, what is more important for me is that I spend my life with people that I love spending time with and things that I love to do.

Entah berapa lama jelah lagi Allah izinkan umur aku kat dunia ni. Bulan depan insyaAllah genap usia 38 tahun. Tua sangat dah rasa. Rambut makin menipis menampakkan kulit kepala. Uban semakin memutih di tepi kepala. Anak-anak semakin membesar. Naurah sudah 10 tahun, Nazif baru je genap 7 tahun & Nadim akan genap 5 tahun pd bulan 11 nanti. Tak lama dah.

Perkahwinan kami pun dah memasuki tahun ke-11 pada bulan May yg lalu. Tahun 2020 terasa lebih cepat berlalu due to Covid 19 (MCO). Now dah masuk bulan Ogos menghampiri ke bulan-bulan terakhir utk tahun ni. Apa je ntah achievement spjg tahun ni. 

Awal tahun 2020, pindah masuk main office & masuk section Operation. Dulu takde manager since I'm always working direct with HOD/Senior Manager yg lead Asset Management. Now dah ada Manager and actually best jugak sebab buat kerja baru, belajar benda baru even tak bertukar company. Lemau kot buat kerja yg sama for the past 14 years working here. Now dah makin OK sbb ada kerja2 baru. Moga lebih berkat gaji yg diterima insyaAllah.

Itu bab kerja. Satu lagi benda penting nak share ialah bab ibadah. Alhamdulillah dah 2 years plus since Allah benarkan aku bangun utk menghadapkan wajah aku padaNya di sepertiga malam. I really need those quality time to be with Him. Itulah yg buat hidup aku rasa lengkap dan hati ini hidup. Kalau takde rutin tu, rasa tak lengkap. Macam kita dah biasa buat solat fardhu 5 waktu, pelik kan kalau tinggal 1 drpnya? Begitulah rasanya bila missed solat malam.

Bila rasa dah buat yg terbaik masa hidup kat dunia ni, hati tu rasa lega sikitlah macam mana nak menghadap kematian & hidup kat alam barzakh pulak. Even tak pernah tenteram pasal takkan pernah capai rasa yakin dpt masuk syurga, tapi rasa lega tu ada sbb I know I did my very best at this very moment. Cuma bab iman ni kan payah psl dia ada turun naik. Kdg gigih sangat, at times lagha jugak dgn dunia. Selagi bernafas macam tu jelah keadaan dia.

Antara sebab kenapa jarang menulis kat sini ialah bila aku update apa2 tentang life aku skrg ni, rasa macam aku bragged ttg life aku yg kononnya macam best sangat inilah. Riak naw gaya tulisnya tu. I hate this feeling sebab aku takde niat nak menunjuk pun life aku ni best sgt. Cuma aku bersyukur je akan apa adanya. Ada suami, ada anak2, ada kerja makan gaji yang tak seberapa ni, dapat beli serba sikit apa yg aku nak, tak payah nak mintak kat suami, dapat memberi serba sikit pd yg memerlukan. Ok la kan?

Ada je lagi kehendak yg masih tak tertunai due to kekangan kewangan. Tak semua yg aku nak aku boleh dapat pun. Nak perbesar dapur pun tak cukup duit nak buat. Nak buat loan tp aku takut riba. Elok2 Allah dah bagi debt free from bank, ko nak mencari dosa lagi. Tapi geramnya rasa nak perelok rumah sedia ada tu. Biasalah kalau dah namanya manusia tu kan. Macam tak pernah puas dgn apa yg ada. Sentiasa mencari keselesaan selagi boleh. For the time being mengumpul lah duit gaji tiap bulan apa yg lebih tu. Entah berapa lama lagi kena kumpul baru cukup, aku pun tak tau.

At the same time nak sangat jejak kaki sekali lagi di rumah Allah. Lama dah tak kesana. Dah rasa terpanggil tapi Allah tak izinkan lagi. Sepatutnya plan pergi pd bln Ramadhan yg lepas tapi tak jadi due to MCO. Target next year la pulak. Masih tak jemu doa mintak pd Dia. Moga dia perkenan. Sedih jugak sebab rasa mcm Dia tak sudi je aku jd tetamu Dia. Pernah je aku merajuk taknak mintak dah apa-apa kt Dia. Tapi lama-lama bila fikir balik, mcm org sombong pulak aku ni dgn Dia. So teruskan jelah mintak apa-apa kehendak yg ada dlm diri ni. Kalau Dia tak tunaikan, maknanya Dia simpan utk habuan kt Syurga sok mudah mudahan allahumma amin

Kadang masanya belum tepat utk ditunaikan. Bersangka baik ajelah kan. At times rasa lelah, letih, penat dengan kehidupan kat dunia ni. Hari demi hari berlalu pun macam sama je rutinnya. Pastu tau-tau setahun dah berlalu. Entah-entah tak lama lagi tau-tau dah kat alam barzakh. Allahuu....

Harap Allah ambil nyawa time dah layak masuk ke Syurga. Time kehidupan kat alam kubur sok dah nampak pemandangan Syurga. Dapat jumpa dgn arwah Abah bertanya khabar, bersembang ttg yg masih hidup kat dunia. Doa yg baik-baik ajalah.


Ipoh Feb 2020 vaccay sempena Naurah genap 10 years



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat