Rezeki Hang Nadim

Semalam aku happy sangat sebab Allah beri rezeki lagi tak putus-putus kpd keluarga kecil kami. Nadim berjaya masuk ke prasekolah just like Nazif last year. Alhamdulillah tak tertulis nak bagitau macam mana happynya masa aku check online and nampak status berjaya tertulis kat skrin pc petang semalam. Maybe pd org lain benda ni kecil. Tapi pd aku ianya besar sebab aku tahu bukan senang nak dapat tempat kat sekolah tu since cuma ada 1 kelas coz the school is not big enough to accommodate many students.

Thats why sekolah tu pun ada 2 sesi. Since Nazif berjaya masuk prasekolah lagi kami suami isteri dah terkesima sebab tak sangka boleh dapat. We just try our luck. Tak cuba, tak tahu. Dah submit form semua, kita doa pulak kat Allah sebab rezeki tu semuanya datang dari Dia. Itu jelah yg kami buat utk 2 anak lelaki ni.

Kami ni jarang sangat lah layak nak dapat apa-apa bantuan apa-apa skim drp kerajaan. Middle class family kan ramai. Plus mestilah ramai lagi orang yg lebih memerlukan bantuan drp kami. Bersangka baik ajelah kan. So bila anak dapat prasekolah yang basically memang tak perlu bayar apa-apa yuran pun sepanjang tahun, siapa yang tak seronok kan?

Kurang komitmen perbelanjaan bulanan family. Bolehlah salur kat tempat lain pulak. Masa Nazif, GB pernah cakap, dapat ke tak dapat tu based on pendapatan per kapita keluarga. Maybe org lain tu anak sorang or dua. Kita ni dah 3 tu yg jadi perkapita nya rendah. Tu jelah yang kami terfikir masa time Nazif. 

Time Nadim ni pulak, kami suspek sebab tarikh submit dokumen kat sekolah during MCO. Maybe ramai parents yg terlepas pandang so tak hantar. Bila form x lengkap, maybe tak dapat la nk proses. So bila kurang permohonan, kami pun automatik boleh dapat. Atau pun gaji orang lain mmg lagi besar lah drp kami kekeke. Macam-macam la otak ni fikir ttg cane boleh dapat tu. Tapi jawapan paling mudah, rezeki dari Allah ajelah. Kita usaha, doa, insyaAllah dapat lah.

Sehari sblm result prasekolah keluar, aku terdetik nak bernazar puasa 1 hari just like aku buat masa Nazif dulu. So semalam bila tahu je berjaya, niat ajelah hari ni puasa nazar tanda rasa bersyukur sangat dgn pemberian dari Nya. Tak berhenti senyum kami laki bini otw back from office semalam petang. Moga solve jugaklah nanti masalah membaca si Nadim tu next year. Dia ni payah sikit pasal manja kedekek sangat. Hati tisu sangat kalau aku naik suara sikit je dah mencebik. Aku pulak mmg jenis panas hati kalau org lambat sangat pikap. Aihh, moga dpt lebih bersabar tahun depan huhu

Selalu cikgu cakap, apa2 pun parents kena take part jugak utk pembelajaran anak-anak. It just that kadang kita ni pun sibuk lah nak me time kat rumah layan socmed bagai. Sambil-sambil ajelah guide budak2 ni sekali time buat homework tu. Apa nak dikata, kita pun cuma manusia biasa. Kadang dtg mood rajin, boleh je fokus pantau budak2. Kdg dtg mood malas dia, rasa nak tido je tutup lampu.

InsyaAllah moga permulaan yang baik utk keluarga kecil kami pd tahun 2021. Nampak dah hala tuju tu kat mana. Moga tak pernah jemu berdoa spy Allah sentiasa permudahkan urusan kami dan jaga kami baik-baik walau dimana pun kami berada. Kepada Allah kami berserah.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat