Kegembiraan Yang Semakin Pudar

Beberapa hari kebelakangan ni aku asyik terfikir apa  sebenarnya  yang   boleh   membuatkan aku betul-betul rasa happy. Betul ke bila aku dapat beli apa je yang aku nak aku akan  happy? Lately aku tak rasa macam tu pulak.  Entah  kenapa  pulak  tiberrr  camni  perasaannya. Gaji yang  baru  masuk  akaun 25hb  lepas setakat  hari ni aku  tak  salurkan  ke  shopee lagi. Tak taulah bertahan sampai bila kan...

Aku macam tengah buat ujikaji terhadap diri sendiri sekarang ni. Cuba untuk tak membeli apa-apa utk diri sendiri & cuba nak spend duit lebih banyak utk family & friends. Sebab aku rasa aku tak gembira mana dah bila beli barang yg aku nak. Tak taulah perasaan ni sekejap je ke atau sampai bila-bila. Tak dapat nak jangka lagi

Dan lately makin membuak perasaan nak resign dari kerja sedia ada ni. Letih hadap rutin yg sama for 15 years pergi balik kerja. Kerja tak susah mana, officemates pun baik-baik belaka. Tapi macam rasa jelak sangat dah. Boleh kata hari-hari mintak nak resign dgn Iz. Walau apa pun aku takkan resign selagi tak dapat green light drp dia. Walau rasa muak macam mana pun, izin dari dia tu sangat penting bagi aku. Aku bukan hidup utk diri aku sorang je. Ada suami & anak-anak yang perlu difikirkan sama

Macam nilah jadi perempuan. Kadang kita sendiri tak faham apa sebenarnya yg kita nak dalam hidup ni. Rumit. Nanti dah berhenti kerja, dok kata bosan pulak duduk rumah tak buat apa. Tak pun mengeluh penat pulak bila rutin ambil & hantar anak ke sekolah setiap hari. Nak berniaga macam tak reti pulak. Tapi aku rasa aku lebih kepada nak kebebasan masa. Tak terkekang dgn waktu kerja yg terlampau panjang. Maybe ni semua atas faktor usia yg makin bertambah jugalah. Bulan ni akan genap 38 tahun insyaAllah

Kalau nak ikut target, by 40 aku plan nak berhenti kerja dah. Lagi 2 tahun jelah. Mampu ke tak agaknya nak bertahan sampai tiba ke waktu tu? Hmm..entahlah. Aku pun takde jawapan yg rigid. Maybe teruskan bersabar ajelah berserah pada Allah, doa ditunjukkan & dipermudahkan jalan utk aku betul-betul rasa bahagia dgn kehidupan yang dijalani sekarang ni

This Friday Iz will turn 40 insyaAllah. Tak tahu nak bagi hadiah apa dah kat dia sebab macam-macam dah bagi sejak hidup bersama. Kalau birthday anak-anak selalunya kami akan pergi bercuti. Utk birthday kitorang, cukup dengan lunch or dinner treat for each other. Itu pun dah memadai. Usually aku akan tanya ada apa-apa ke dia nak aku belanja. Selalunya dia takde nak apa pun...

Mungkin aku kena banyakkan lagi memberi kepada org sekeliling. Ni jelah yang aku dapat fikirkan takat ni dalam usaha mengembalikan balik kegembiraan yg seakan semakin pudar & hilang terhadap barang-barang atau apa-apa yg bersifat kebendaan

Nak belanja budak-budak ni kat shopee lah. Baju ke....apa-apa jelah selain toys hahaha




 


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat