Kitalah Umat Akhir Zaman

Last post aku adalah sedikit pesanan tentang akhir zaman. Ya, akhir zaman itu adalah situasi dunia pada hari ini. Kitalah umat akhir zaman. Masih ada lagi ke yg tak percaya akan hakikat ni? Kalau korang tertanya how sure am I tentang dunia skrg adalah cetakkan para pengikut dajjal laknatullah, hmm agak payah jugak nak jawab ni. I still reserved about 5% from full percentage on this issue. Kadang mmg rasa susah nak percaya tapi buktinya terlalu banyak utk aku ignore

Aku mula berminat tentang ilmu fitan ni sejak mendengar ceramah drp Ustaz Auni Mohammed di YT. Diikuti dengan para ustaz dari Indonesia seperti Ustaz Zulkifli MA & Ustaz Rahmat Baequni. Yang international spt Sheikh Imran Hosein. Tak ramai agamawan Islam yang mahu membincangkan tentang topik akhir zaman ni. Adakah krn mereka tak berminat? Atau takut? Atau diugut? Entahlah. Tapi akhir-akhir ini semakin ramai agamawan spt Ustaz Wadi Anuar & Hadi Fayyadh (also a book writer) dah mula bersuara. Ada juga dari kalangan rakyat biasa seperti Nuno, The Bike Preacher & Prince Meed to name a few

Kita bukannya perlu taksub dengan segala pembongkaran dan penyampaian maklumat dari mereka tapi tugas kita adalah utk sentiasa berwaspada dan buat amalan-amalan yang Nabi SAW suruh kita buat beribu tahan yg lalu. Setiap Jumaat kita lazimi Surah Al Kahfi. Sebelum salam dalam setiap solat kita baca doa terlindung dr fitnah dajjal. Doa pada Allah minta Dia bukakan hati & minda kita utk dapat membezakan antara perkara yg benar & salah. Itulah usaha kita utk menghadapi dunia akhir zaman ni. Ia bukan benda yg salah pun. Semuanya yg agama kita anjurkan utk kita amalkan. Betul tak?

Kalau pun kita tak sependapat, tak ada salahnya kita amalkan semua amalan kat atas tu. Dapat pahala sbb ianya surah yang terkandung dlm Al Quran dan doa yg merupakan senjata bagi org mukmin. Cuma ada sesetengah orang yg suka memainkan sentimen seperti mahu permusuhan itu dicetuskan diantara kita sesama umat Islam. Perlu ke? Kalau tak setuju, kita just agree to disagree ajelah. Tak perlu nak kecam orang sana sini sebab nak menegakkan pendapat dia sajalah kononnya yang betul. Macam tu ke cara orang Islam?

Persoalannya, klu mereka yg asyik kecam org yg percaya kononnya pd teori konspirasi ni, mereka amalkan tak apa yg Nabi SAW suruh kita buat tu? Sebab org yg percaya, dia akan bersedia utk cuba menepis segala fitnah yg mendatang. Dia usaha baca Al Kahfi setiap Jumaat. Dia amalkan baca doa elak fitnah dajjal stp dlm solat. Itu je point dia. Kalau tak percaya pun amalkan, tak ada isu pun kat sini. Sama-samalah kita berusaha utk jadi umat Islam yang terbaik disisi Allah

Apa yg kita takutkan ialah kita terperangkap dlm fitnah dajjal krn ia merupakan fitnah terbesar yg Nabi SAW katakan. Sehinggakan para sahabat pd zaman Nabi pun rasa gerun bila mendengar peringatan drp baginda tentang dajjal. Mereka semua bersyukur kerana hidup pd zaman Nabi masih ada krn klu dajjal keluar pd waktu tu, Nabi SAW ada utk membela mereka. Jadi kita umat Nabi yang hidup pd hujung zaman ni, janganlah pandang enteng akan apa yg dajjal boleh buat pd iman & akidah kita. Kalau hal dajjal ni kecil, Nabi takkan berpesan ribuan tahun yg lalu

Para pengikut dajjal ni dah buat rancangan utk merosakkan iman dah akidah umat Islam sejak ratusan malah mungkin ribuan tahun yg lalu lagi. Negara kita merdeka drp penjajahan British juga bukanlah dapat direalisasikan dengan mudah. Ada syarat-syarat yang mereka telah tetapkan dan para pemimpin negara kita tertakluk kpd syarat yang telah diberikan. Pemimpin yang seperti boneka. Kalau tak begini, macam mana agaknya begitu banyak kita tengok kat Malaysia ni wujud kelab Rotary dan bangunan Freemason or Army of Salvation. Bagaimana mereka boleh masuk dlm negara kita kalau bukan atas keizinan pemerintah? Fikir-fikirkanlah. Tak perlu nak bersangka baik sangat dgn pemimpin yang undang-undangnya tidak tertegak selari dengan undang-undang Syariah berdasarkan Al Quran & sunnah

Islam suruh kita patuh kpd ulil amri yang menegakkan hukum agama Islam bukan negara yang kononnya mengamalkan demokrasi sekarang ni. Jadi kenapa nak butthurt sangat kalau kita tak sehaluan dengan pemikiran pemimpin dan merasa was-was dgn beberapa tindakan mereka yang melibatkan rakyat? It just that we have our own opinion based on many facts bukan hanya cakap-cakap kosong saja

Tulisan ini bukanlah nak mengapi-apikan rakyat supaya bangun menentang pemerintah. Ini hanyalah penulisan pemikiran peribadi yg aku kongsikan kat blog picisan ni. Setuju ke tak setuju ke bukanlah persoalannya. Ada org tak kisah pun tentang benda mcm ni. Asal dapat makan minum ada rumah sudahlah. Asal hidupnya aman damai sejahtera. Tapi aku menulis sbb aku ambil kisah juga dgn nasib saudara seIslam aku kat Malaysia ni. Isu dajjal ni melibatkan iman & akidah bukan perkara boleh dibuat main. Marilah sama2 kita amalkan apa yg Nabi pesan dulu spy kita terhindar drp menjadi pengikut dajjal. 

Kalau tak takut dgn fitnah dajjal, sila muhasabah diri. Kita ni paling penting sekali pengakhiran hidup kat dunia ni macam mana. Ibadah bagai nak rak pun sepanjang hidup, kalau pengakhiran hidup kita tu tak beriman pada Allah, apa pun tak dapat. Nak cium bau syurga pun belum tentu. Jadi marilah kita berpesan-pesan pada kebaikan dengan penuh kesabaran bak yg tertulis dalam Surah Al Asr. InsyaAllah, wallahualam.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat