Tamatnya 2020

Subhanallah. Sudah sampai kita dalam bulan terakhir tahun 2020. Tahun yang sangat pelik setelah munculnya wabak Covid19. Setahun sudah usia wabak ni yang bermulanya di Wuhan, China. Disebabkan wabak ni, kita merasa curfew pada bulan March. Total lockdown walaupun kes aktif waktu tu baru mencecah 200+. Bulan April langsung tak masuk office. May baru kita start balik bekerja dgn norma yg baru. Sampai office semua staf kena ambil suhu. Digalakkan semua ber face mask all the time sewaktu di office tapi lama kelamaan lemau so boleh dikatakan 80% staf kat sini bogel je muka kesana kesini dlm area office. Bila nk attend orang luar je baru pakai face mask. Alhamdulillah masih sihat walafiat semuanya sehingga ke hari ini

Merasa curfew gelombang kedua pada bulan September kalau tak salah. This time around sektor ekonomi dibenarkan bergerak cuma digalakkan utk berselang seli dengan work from home. Office kami tetap bekerja seperti biasa. Kecuali ada staf yang dikenakan pemotongan gaji up to 35%, mereka masuk bekerja 3 hari seminggu sahaja. 4 hari cuti. Ada yg 4 hari bekerja, 3 hari cuti. Depends on their nature of work here. Utk kami operation team, gaji full, kerja 5 days a week spt biasa due to building audit exercise. Pertambahan kerja. Belum finalized lagi tapi dah di stage akhir. 

Masa depan disini masih samar-samar terutamanya kalau jadi penjualan 10 bangunan yang dimiliki. Tinggal projek CBD je yang perlu dijaga. Entah berapa kerat je tenaga kerja yg masih dperlukan. Mungkinkah ada staf yg akan di offer VSS? Kalau tanya aku, kalau masih diperlukan aku bekerja jelah mcm biasa. Dan klu di offer VSS pun aku okay je. Umur pun dah nak masuk 40-an tak berapa tahun je lagi. Boleh dah nak tukar role dr ibu bekerjaya kpd ibu sepenuh masa. Uruskan hal ehwal rumahtangga, sekolah & pembelajaran anak-anak yg semakin membesar. Bak pucuk dicita ulam mendatang. Cukuplah 15 years dah bekerja membantu ekonomi keluarga. Boleh fokus pada keluarga pulak

Begitulah sedikit sebanyak kisah di tahun 2020 ni. Sekolah budak-budak pun since Sept ritu jugaklah tutup & pembelajaran secara online je via whatsapp group. Cikgu soh tgk video kat youtube, ada yg buah quiz, ada yg soh print handout, ada yg suruh menghafal surah. Since kiddos semua di export ke Semenyih since kami laki bini kerja mcm biasa, harapkan Acu depa jela once in a while tolong guide bdk2 tu buat kerja sekolah. Weekends bila balik sana, aku ambil alih pulak mana yg penting2 like utk penilaian akhir tahun etc

Alhamdulillah dari segi pendapatan keluarga, semuanya OK je macam biasa. Tahun 2021 aku rasa cabaran makin hebat especially bab Covid19 yg masih tak berkesudahan, bab vaksin yang meragukan, bab teknologi 5G dan banyak lagilah agenda oleh para musuh agama Allah cuba utk merosakkan kesihatan penduduk dunia demi mencapai dunia baru impian mereka. Sibuk sangat nak control penduduk dunia dengan mengurangkan populasi penduduk dunia. Sama mcm dlm filem Avengers tu haa. Agendanya sama je. Org kata jangan paranoid sangat lah, itu kan dlm cerita rekaan aje. Memang itulah yg diorang nak kita fikir padahal ianya mmg sedang terjadi sekarang

Kita ni umat akhir zaman. Takde umat lain dah yg akan muncul lepas kita. Kitalah umat Nabi Muhammad SAW. Ada banyak hadis yang mengingatkan tentang keadaan dunia pd akhir zaman. Boleh dikatakan semua tanda-tanda kecil hari Kiamat telah pun terjadi. Kita berada di fasa akhir menanti permulaan tanda-tanda Kiamat besar iaitu munculnya the false messiah iaitu dajjal laknatullah. Dunia yang kita sedang jalani sekarang adalah dunia hasil cetakkan para pengikut dajjal. Kita hidup bergelumang dengan riba melalui pinjaman bank dsb. Terlalu banyak perancangan org kafir utk memusnahkan akidah & iman umat Islam pd zaman kita ni

Segala perancangan mereka ni dah di buat sejak beratus tahun yg lalu lagi. Kitalah umat Islam yang Nabi sabdakan iaitu ramainya umat Islam pd akhir zaman tetapi mereka bagaikan buih-buih di lautan sahaja. Sebab kita tak ada kuasa malah agama kita di label sebagai agama pengganas dan sebagainya kerana media di control oleh org kafir. Ramai diantara kita yg tertipu dengan permainan yang mereka ciptakan. Tak payah nak pergi jauh, circle berdekatan aku pun ramai yang tak percaya bila diingatkan supaya berhati-hati dengan tipu daya pemerintah yang telah pun di control oleh penguasa dunia skrg. Semuanya percaya apa yg pemerintah buat skrg adalah utk kebaikkan rakyat walhal mereka telah pun disogok dengan harta benda dsb

Dengan suami yang tidur sebantal dengan kita pun tak boleh diletakkan kepercayaan sepenuhnya, inikan pula pemerintah yg kita hanya kenal melalui media. Dlm media, mereka hanya tunjuk apa yg mereka nak rakyat nampak. Hakikat dibelakangnya adalah sangat kotor dan busuk. Aku harap akan lebih ramai umat Islam yang terbuka mata tentang permainan jahat para musuh Islam & pengikut dajjal ni. Kadang Allah tutup hijab mata kita sebab kita ni solat wajib pun masih tak cukup. Solat tak tahu makna bacaaan. Banyak lg khilaf kita sebagai umat Islam yg kita kena renung balik apa sbnrnya sebab kita diciptakan oleh Allah sbg seorang manusia yg hidup kat bumi ni

Kita bukan siapa-siapa pun. Takde kuasa pun nak ubah dunia yg korup ni. Tapi kita ada Allah & pesanan yg Rasul kita dah berikan beribu tahun yg lalu. Kita peganglah pd 2 perkara ni, insyaAllah kebenaran akan sampai pd diri kita. Solat lah di awal waktu, tambahlah dengan solat-solat sunat, cubalah bangun malam bertemu & mengadu dengan Sang Pencipta. Ini ajelah usaha yg kita boleh buat utk meneguhkan iman dlm diri menghadapi dunia yang sangat mengelirukan ni. Dunia yg susah utk dibezakan yg mana benar dan salah. Cuma Allah ajelah yg boleh selamatkan kita drp segala fitnah yg berlaku skrg ni

Minta tolonglah pd Dia utk lindungi kita, keluarga kita dan umat Islam keseluruhannya drp tipu daya dajjal dan pengikutnya. Tahun 2021 pasti akan lebih mencabar. Sejujurnya aku takut nak menghadapinya dgn iman yg senipis kulit bawang ni. Risau nasib diri & keluarga samada kuat atau tak nak menghadapi sgl cabaran mendatang tu. Dpt ke tak bezakan pkr benar dgn salah. Ya Allah, aku taknak jadi pengikut dajjal. Kau hidupkan aku dlm iman, tolonglah matikan aku dlm iman juga. 





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat