Kita Sudah Menghampiri Fasa ke-5

Sejak virus Covid muncul kat dunia ni, ia merupakan satu permulaan kepada fitnah-fitnah yang seterusnya. Tahun demi tahun yang kita semua akan jalani akan menjadi semakin sukar dan sukar. Tidak ada yang akan lebih mudah dan mudah. Selepas Covid, timbul isu vaksin. Kemudian isu nama Allah boleh digunakan di gereja/ penganut Kristian. Satu demi satu ianya muncul. Malangnya masih terlalu ramai yang masih buta mata hatinya. Masih merasakan bahasawanya orang yang menguasai negara kita ini sedang berbuat kebaikkan kepada rakyat.

Tidakkah kita sedar bahawa sistem kehidupan kita pada hari ini garapan daripada siapa? The hidden hand yang mencorakkan pentadbiran sebuah negara. Bukankah kita semua sedang berada di dalam Fasa 4 yang Rasulullah SAW pesankan dalam hadisnya. Fasa mulkan jabariyyan iaitu fasa tertegaknya kerajaan-kerajaan yang menyeleweng atau juga dikenali pemerintahan yg menggigit. Fasa inilah dimana agama Islam ditindas dan difitnah sewenangnya setelah jatuhnya Fasa Khilafah lebih kurang 100 tahun yg lalu kerajaan Turki Uthmaniah

Ada banyak sebab kenapa ramai diantara kita yang seakan tidak mahu ambil tahu dengan situasi dunia kita pada hari ini. Diantaranya sebab apa yg Nabi SAW juga pesankan, penyakit wahn yang bermaksud cinta dunia, takut mati. Kita dah terlalu selesa hidup dengan sistem yang digarap oleh para pengikut dajjal sehinggakan tanpa kita sedar, kita juga sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Nauzubillahi min zalik.

Kita lupa pesan Nabi SAW supaya kita menganggap dunia ini hanyalah sekadar persinggahan sebentar utk kita berusaha menjalankan segala syariat agama Allah dan kematian merupakan penghubung kita kepada kehidupan yang kekal abadi. Kehidupan dimana kita akan menuai segala hasil yang kita usahakan semasa hidup didunia. Disanalah segala penat lelah kita dalam menjalankan syariat Allah akan terbalas dengan berlipat kali ganda.

Harta benda, anak pinak, pangkat kita semasa kat dunia ni hanyalah pinjaman. Sebagai perhiasan dimana kita menjalani kehidupan dunia sahaja. Hakikat yg sebenarnya ialah kehidupan di akhirat lah yang menjadi fokus utama kita.

Sejujurnya, tipulah kalau kata aku tak takut nak berhadapan dengan kematian. Tapi yg sebenarnya dizaman segala macam fitnah yg berlaku skrg ni, aku lebih takut kalau aku mati dalam keadaan kufur kepada Allah. Yakinkah yang kita akan mati dalam keadaan beriman kalau kita tak usahakan sesuatu utk menghadapinya? Syurga Allah itu sangat mahal wahai sahabat sekalian....

Kita hidup dalam sistem mereka. Betapa susahnya kita nak lari dari pelbagai perkara yang agama melarang, tapi sebab ia sudah menjadi normalisasi, maka kita juga terperangkap. Contoh paling senang ialah riba'. Nak beli kereta, kena buat loan. Nak ada rumah sendiri, kena buat loan. Berapa ramai yg beli 2 benda tu dengan duit cash? 

Sebab itu Nabi SAW juga sudah menyampaikan. Kalau pun tak secara langsung terlibat dengan riba', debu debunya juga akan melekat pada kita. Begitulah jahat & liciknya sistem garapan para pengikut dajjal & penyembah syaitan.

Ya, kita memang sudah terperangkap. Tapi yakinlah bahawasanya rahmat Allah itu besar kepada hamba-hambaNya yg beriman. Kuatkan semangat, teguhkan akidah. Jangan terlalu leka dan lalai dengan kehidupan kita pd hari ini. Bersungguhlah dalam beribadah. Masa kita sudah semakin suntuk utk hidup didunia. Musuh agama Islam semakin rancak membuat pelbagai fitnah utk mempercepatkan kemunculan their false messiah.

Bangunlah wahai hati-hati umat Islam para pejuang agama Allah! Sudah semakin hampir kita dengan Fasa ke-5 iaitu fasa berulang semula zaman khilafah yang dipimpin oleh Imam Mahdi. Islam akan kembali gemilang dan terbilang dan berada di tempat yang selayaknya. Walau dalam tempoh itu nanti kita mungkin akan gugur dimedan kancah peperangan ataupun bencana, moga kita dianugerahkan Allah mati syahid insyaAllah, allahumma amin. 


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat