Apa Khabar?

 Bismillah

Assalamualaikum semua! Ada lagi ke reader blog aku ni? Setahun lebih menghilang dari arena blogging. Bila aku tengok balik tadi, nampak last post on March 2021. Lepastu ada 2 draft post yg aku tak proceed to post pun. Maybe sebab rasa its too personal to share kat sini

Maybe ada yg dah tahu and ada yg belum tahu, aku sekarang dah jadi stay at home mom (Sahm). 15 Oktober 2021 ialah hari terakhir aku bekerja di office Cyberjaya. So dah almost setahun jugaklah kan sebenarnya. Cepat betul masa berlalu. Tak rasa apa sangat pun especially bila hidup yg dilalui sekarang ialah life yg sangat didambakan. Rasanya ada dalam 5 tahun jugaklah aku bertahan sebelum Allah makbulkan doa

Hidup kat dunia begitulah. Mana ada everything went smooth aje. Cara Allah nak didik kita utk jadi hambaNya yg layak masuk Syurga ialah melalui pelbagai ujian yg Dia ciptakan. Kalau nak masuk Syurga tu senang, buat apa Neraka itu dicipta yerdak? So dari ujian2 itulah kita belajar utk memperbaiki diri sambil kita lebih kenal dengan Pencipta kita. Ia satu proses yg setiap manusia pasti akan lalui. Bezanya kita nak sahut atau tak je 'panggilan' Dia

Sebenarnya dah beberapa minggu aku terfikir tentang making a come back kat blog ni. Since dapat komen drp seorang reader blog ni di Fb. Dia kata dia cam penulisan aku kat sini dgn komen yg aku tulis kat satu group di Fb. Ingat pulak dia nama sebenar aku. Terharu jugak dibuatnya. Then aku pun tertanya kenapa dah ada masa kat rumah aku tak rajin juga nak menulis kat sini? Masa bekerja kemain lagi kan kdg dalam seminggu sampai 2-3 post naik

Sejak muncul zaman sosial media, mmg aku aktif menulis kat ig stories je selain up post utk gambar as kenangan. Kat Fb pulak aku komen kt dlm mostly private group or org2 yg aku follow. Up status tu memang tak adalah. Suka share je apa2 post or video yg bermanfaat. Tu jelah 2 medium yg aku selalu guna. Kat whatsap pun dah tak ada join mana2 group yg aktif kecuali group family. Alhamdulillah rasa lebih tenang harapnya kuranglah mengumpul dosa bila menulis apa-apa yg secara tak sedar ada org terasa hati, salah bagi maklumat dan sebagainya

Mungkin aku memang tak sesuai ramai kawan. Kawan2 tu semua elok je perangai. Tapi aku ni yg banyak kelemahan dalam berkawan. Mulut & jari ni kadang senang terlajak. Jadi eloklah Allah jauhkan aku dari perkara yg sebenarnya banyak bagi keburukkan utk aku drp kebaikkan. Mula-mula tu memang rasa sunyi sikit. Tapi lama-lama rasa biasa dah. Alhamdulillah. Begitulah bak Allah kata dlm kitabNya, boleh jadi kita suka akan sesuatu tp sbnrnya ia tak baik utk kita. Vice versa

So aku stop kat sini dululah sebagai post pembuka bicara tahun 2022. Sejak covid melanda satu dunia ni, year 2020 & 2021 lesap begitu saja. Macam tak wujud pun 2 tahun yg penuh cabaran tu. Tau2 dah masuk 2022 huhu

Moga aku tak stop kat post ni je. Habit yg dah lama tinggal memang susah nak pick up balik hehe. Aku akhiri dgn gambar wedding 2 adik aku yg bongsu & second last di musim pandemik. Dapat adik ipar sorang lelaki, sorang perempuan. Perfect.









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat