Rutin as a Sahm

Hari ni aku nak cerita tentang life after jadi Sahm, Syukur merasa jugak jadi ibu yang 100% tugasnya hanya di rumah & penuhi keperluan isi rumahnya. Sebab dah duduk rumah, maka tugas hantar & pick up anak from sekolah ofkoslah dah jadi tugas aku. Cuma tak sepenuhnya ajelah

First of all aku nak berterima kasih pd Allah sebab jodohkan aku dgn Iz. Kadang rasa tak layak tapi insyaAllah apa yg Allah takdirkan utk setiap hambaNya pastilah bersebab dan ada hikmahnya. We both ada kelebihan & kekurangan masing-masing. Bila keduanya dah terima diri pasangan seadanya, then everything can be managed wisely

Fasa usia perkahwinan yg dah masuk 13 tahun lebih ni boleh aku katakan fasa yang tenang-tenang aja. Di usia aku yg menghampiri 40 dlm bbrp minggu lagi & Iz yg baru je genap 42 a few days back, kami jadi pasangan yg laid back. Tak kaya harta, tapi kaya persefahaman & kasih sayang. Even Iz dah jadi bread winner, Alhamdulillah financial keluarga kami baik-baik saje. He loved his works & dah naik gaji & pangkat. He deserved it. Memang seorg pekerja yg dedikasi, bertugas tak kira masa tanpa mengeluh. Bila org recognized, kita pun rasa syukur ajelah. Rezeki Allah tetapkan utk berjumpa dgn org yg baik-baik

Satu yg sgt memudahkan transition financial keluarga ialah bab hutang. Aku mmg dah lama bebas hutang sebab mengejar impian jd Sahm. Takde tambah komitmen long term pun sejak pinjaman study & kereta Kelisa habis bayar. Hidup apa adanya ajelah. Iz pun buat pkr yg sama. Komitmen bulanan kami kecil. So gaji Iz tu sangat mencukupi. Setiap bulan dia transfer duit kat aku sbg elaun mengurus keluarga. So aku manage duit yg dia bagi tu wisely ajelah. If ada lebih, aku masuk saving

Berbalik pd rutin hntr anak sekolah, pagi klu Iz tak out station dia hantar semua kiddos. If not akulah yg ambil alih tugas. Naurah je balik sekolah masih naik van. The boys aku handle sepenuhnya. Aku masak cuma sekali sehari iaitu waktu petang for family dinner. Ni aku yg tetapkan sendiri utk elak burn out bab memasak. Klu kiddos lapar, aku masak jelah yg simple2 utk alas perut diorang sebelum membeli kat kantin sekolah. Kdg depa mintak bawa bekal, so aku buat jelah bekal simple2 jugak yg senang tak ambil masa lama

Aku memang bukan jenis ibu yg beriya sangat pun. Aku just jadi diri sendiri so that apa pun yg aku buat tu ikhlas & tak rasa dipaksa. Klu rate diri sendiri, aku bg kategori diri sendiri ni ibu yg average ajelah. Tak beriya sgt, tak malas sangat. Yang penting everyone is happy. Klu malas sangat, aku beli jelah. Takde certain target pun utk aku capai. Just buat apa aku nak buat dgn rasa enjoy & gembira

So in between jd supir anak sekolah. masa kt rumah tu aku buat house chores. Ada banyak masa utk buat solat sunat & solat qada'. Plus membaca & tadabbur al Quran masih lagi diteruskan seperti biasa. Solat wajib masih diawal waktu just like masa masih bekerja dulu. Hidup ni kalau nak rasa tenang & bahagia, Allah mesti jadi fokus utama. Semuanya dahulukan Dia, InsyaAllah yg lainnya pasti baik-baik aje. Dunia ni mmg takde apa aku nak kejar dah. Hidup sambil menunggu mati je

Selagi tak mati, camnilah aku usaha utk Allah redha kat aku sebagai hambaNya so lepas mati nanti jadilah kuburan aku tu taman Syurga bukan lubang Neraka. Memang penat buat amal ibadah yg Allah suruh semua tu. Nak pilih bangun malam drp melayan mimpi dlm tidur. Tapi aku pilih utk bersusah kat dunia ni dan berharap dpt bersenang kat akhirat nanti. Moga Allah terima segala usaha aku & jadilah aku golongan kanan di akhirat nanti. Amin yra

Rumusannya, tak boring langsung bila jd Sahm. Pelik klu org kata ddk rumah ni boring. 1 hari tu cepat je berlalu sama mcm klu kita bekerja. Yelah sebab sibuk jd supir kiddos & buat house chores plus  ibadah tu semua. Bilanya masa nak boring? Takde langsung. So sng kata mmg aku enjoy sgt jd Sahm. Petang ada masa utk take a nap sambil layan Netflix etc. Hari-hari life mcm in vacation mode hehe

Aku sebenarnya tgh tggu Iz balik dr kerja ni. Malam dia ada kerja kt Melaka. Kiddos semua kat rmh in law since cuti sekolah ni kan. So aku ikut Iz os ke Melaka, tido semalam kt sana & esok gerak ke Johor nak jenguk Mak sekejap. Ikutkan mmg dh ckp tak dapat balik sbb Naurah byk program kat sekolah. Tapi dah Mak warded haritu rasa tak syok pulak tak jenguk. So aku & Iz jelah balik kejap kat sana. Pagi Ahad gerak balik semula pick up kiddos. Isnin rutin biasa bermula semula. Begitulah....

Ibu-ibu yg masih bekerja, klu korang dah takde komitmen hutang, bolehlah fikirkan kot nak jd Sahm mcm aku. Kita hidup bukan lama mana pun. Lagipun tak boring ke bekerja yakni jalani rutin yg sama for berbelas or berpuluh tahun? Memang takde rasa nak jd Sahm ke urus sendiri keperluan anak2 & suami? Cubalah wey. Serius best. Kepuasan dia tu, duit yg banyak pun tak boleh nak cover dah. Tak sama rasa bahagia dia tu. Ia macam kita dah jumpa our purpose of life. Back to our fitrah sebagai seorg isteri & ibu. Sangat mendamaikan...

Best pakai niqab sbb nipis. Saja cuba-cuba ;)






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat