Life Updates

Bismillah

Sorry lah lama dah tak mengarang kat sini. Ada 2 post aku dah draft sebenarnya tapi tak habis tulis sebab hilang interest. Biar jelah dia as a draft je. Lagi mudah buat post baru 

So sedikit update on my current life. Kereta JHT yg dah pun berusia 18 tahun tu sedang sakit tenat & telah dimasukkan ke hospital sudah 2 minggu. Kena overhaul enjin bagai. Radiator pun pecah. Kesian dia. Mekanik puji sbb bila dia check engine semuanya masih original part except for 1 barang yg baru je ganti haritu. Senang kata mmg dah masanya la utk si jahat aku tu kaput. At the moment Iz pinjam kereta company & aku kenalah bawak si putih gedabak tu buat hntr budak2 ke sekolah. Hopefully by next week dah dapat balik la si jahat ku tu

Minggu ni pulak FIL adik iparku meninggal due to heart attack. Baik pakcik tu & quite funny orgnya. Dah lama juga sakitnya plus luka diabetis etc. InsyaAllah he's in a good place now after so long menahan sakit & keluar masuk hospital. Kdg kita rasa mmg lebih baiklah org yg dah sakit lama ni "pergi". Sebab kita tengok dia pun kesian sangat like menderita. Takpelah berpisah sekejap kat dunia. Kita pun akan menyusul juga nanti & moga dapatlah berjumpa semula di taman syurga insyaAllah

Next week Naurah akan start exam PSRA. Moga Allah mudahkan dia menjawab semua soalan dengan baik. Cuma mampu doakan ajelah sebagai seorg ibu. Semalam Cikgu bagi link if parents berminat nak hantar anak masuk Maktab Integrasi Tahfiz under Jais kat a few places. Aku nampak ada satu sekolah tu kat Bagan Lalang. Dekat jelah. Cari page sekolah kat FB & nampak la sekolahnya masih baru & seronok pulak tengok banyak aktiviti yg dijalankan. Tiber mcm terbuka hati pulak nak masukkan Naurah kesana. Kalau dapat jadi hafizah rasa sejuknya perut ibu mengandung org kata kan. Dah tanya dia, dia kata try jelah apply & dia prefer klu ada BFF dia pun dpt masuk sana. Tgklah if ada rezeki so mcm mana. If not sekolah kat sini pun OK je. Aku serahkan pd Allah jelah urusan mana yg lebih baik

Walhal sebelum ni aku mmg taknak bagi kiddos masuk boarding school before 18. Tapi bila tengok wajah anak-anak sekolah jadi hafiz & hafizah tu rasa mcm seronok pulak. Lagi pun faktor dekat tu jadi faktor penyumbang jugak rasa ringan hati nak bagi sekolah kat sana. Dlm 30 minit dah sampai dari rumah. Bolehlah jenguk selalu bertanya khabar etc. Kalau boleh mmg nak Naurah masuk sekolah aliran agama sbb dia pun dari SRAI. Sayang pulak rasa kalau tiber masuk aliran biasa je

Weekend akan datang ni kami akan ke Perak utk majlis kahwin adik ipar yg last right after Naurah habis exam of Friday. Byk program dah disusun spjg weekend & syukurlah bersambung cuti dengan Deepavali. Kids akan kembali ke sek on Thursday lepastu Friday kami nk kena balik Semenyih utk majlis belah lelaki pula. Mmg busy la senang cakap. Moga majlis berjalan dgn lancar ajelah

Ok tu jelah sikit updates on my life journey. Till we meet again InsyaAllah


Kita imbas lah time kita bernikah 13 years ago huhu


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Umrah 2022 - Ujian Sebelum