Umrah 2022 - Ujian Sebelum
Bismillah Alhamdulillah akhirnya dapat pun masa & mood utk mengarang kat sini. Banyak sebenarnya nak cerita tentang pengalaman Umrah baru-baru ni. Post sebelum ni aku cuma tulis secara ringkas. Niat di hati nak cerita in detail tentang ujian yg dihadapi sebelum kesana, semasa kat sana & selepas kesana. Aku cubalah yer utk menulis mengikut ingatan yg dah tak seberapa ni. Moga perkongsian ni ada manfaat bagi yg membacanya Ujian Sebelum Berangkat Jemputan Kisah nak dijemput ni pun tak mudah juga sebenarnya. Plan nak pergi dah berbulan-bulan tapi masih takde kata putus. Awalnya nak pergi sekali dgn a few family members tapi akhirnya yg berjaya cuma aku & Kak Ya. Tentang Kak Ya pun rumit jugak sebab dia insist nak bawa Mak sama sbb pernah tanya Mak & dia kata nak pergi. It just that logically condition kesihatan Mak tak begitu memberansangkan. Lebih2 lagi a few months back mcm dpt detect some problem melibatkan jantung. Dah bertambah 1 lagi kerisauan selain drp dialisis 3x s...