Malam ke-23
Bismillah
Yeay belum Syawal dah ada new post. Just a quick one ajelah. Mood mari pulak lepas settled sunat terawih & witir tadi. Baru lepas video call dgn Iz jugak kat JB sane. 3 minggu berturut dia out station. Mula mula ke Utara, kemudian 2 weeks ni kat JB. Letih betul bila dia tak ada nak bantu apa yg patut kat rumah ni. Respect betul pada ibu atau bapa tunggal yg handle anak-anak seorang diri bertahun tahun lamanya. Kita ni yg kena tinggal beberapa minggu pun dah lemau sangat rasa dia. Makanya kita ni kena selalulah rasa bersyukur dengan apa yg Allah dah beri pd kita. Hargainya selagi ada. Kita tak tahu bila Allah akan ambil balik. Semuanya milik Dia. Dia yg mencaturkan hidup kita sebaiknya. Tugas kita ialah redha & try our best to deal with every situation Allah put us into
OK stop melalut Sharena!
Lega betul esok dah Jumaat. Bermakna ada 3 hari je lagi kiddos akan bersekolah. Next week sampai Selasa je due to Ment Pend umum Rabu pun dia bagi cuti tambahan sbb supposedly 1 Syawal jatuh hari Sabtu. So adalah hari lebih sikit utk org ramai prepare perjalanan nak balik ke kampong masing masing. Selasa malam by right dah boleh bertolak balik esp yg kampong jauh nuu. Bila balik berperingkat, harapnya dapatlah kurangkan kesesakkan jalan raya nanti
Rabu tu plan nak export kiddos dulu ke Semenyih. Lepastu aku & Iz balik semula la BBST. Lemau pulak aku duduk kat sana lama lama sementara nak tunggu 1 Syawal tu. Iz pun takde amek cuti sebelum. Biasalah klu raya belah sini mmg kitorang jarang amek cuti sebelum. Raya belah aku je amek cuti awal. Jumaat lepas Iz balik kerja bolehlah balik sana. Takde ape nak kejar pun. Maybe Iz dpt half day early dptlah balik cepat sikit tolong apa patut
Malam ni malam ke-23. Haa malam ganjil ni tak lain tak bukan bersangkut la dengan malam Lailatul Qadr. Kalau tanya aku, sebenarnya aku tak mencari pun malam yg penuh barakah ni. Sbb aku mmg all out tak kiralah hari apa pun asalkan dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah masih Allah beri kekuatan fizikal utk beribadah eventho dah hujung hujung ni rasa agak lemau jugalah tubuh badan. Time petang selalunya mmg aku qada tidur sampai 1 jam. Yelah setiap hari bangun 4.00 pagi. Mengadap Allah dulu sblm turun ke dapur panaskan lauk bagai. Kalau bkn bulan puasa pun mmglah aku bangun awal tapi depends on waktu Subuh masuk bila juga sebenarnya. Bermakna klu masuk pukul 6.00 am, aku akan bangun sejam awal like 5.00am gitu
Haih sebenarnya aku tadi nak cerita pasal sekolah Naurah. Tapi dah melalut entah kemana mana je. Next time la aku cari masa lagi bercerita. Hilang dah mood haha
First time naik speed train dari Madinah ke Mekah. Dapat simpan tenaga sblm melaksanakan Umrah due to waktu perjalanan yg singkat vs naik bas. Tapi train ni tak sejuk huhu |