Tiada Lagi Alasan

Aku pernah berangan-angan kalau aku jadi manager kat rumah sepenuh masa, aku nak buat lebih banyak lagi ibadah drp apa yg aku dapat buat masa aku jadi seorang pekerja. Ironinya tahun 2019 ni pun aku masih belum dapat resign dari jd seorang pekerja. Allah belum rezekikan. But I look at positive side. Ini semua apa yg Allah kehendaki utk aku. Semestinya ia percaturan yang terbaik. Jadi aku berhenti beralasan utk tak all out bekenaan perkara ukhrawi and do my very best while I'm still a worker.

Ya, aku mungkin masih bekerja. Tapi itu bukan alasan utk aku tak boleh all out dalam beribadah kan? Of course la cabarannya besar tapi aku pun tak berapa nak percaya kat diri sendiri yg aku boleh all out jugak kalau tak bekerja. Entah-entah jadi lagi malas yerdak? Allah Maha Tahu, maka Dia tak kabulkan lagi hajat dihatiku itu. Boleh jadi jugak kan? Let just think like that. It makes my life easier actually.

And aku pn bukanlah stress tahap gaban pun jd seorang pekerja especially bila da ada flexible hours kat ofis ni. Pagi-pagi tak tergesa nak ke ofis. Sempat buat breakfast utk anak-anak sblm ke sekolah, sempat golek depan TV layan Netflix sambil lipat baju, sempat masak juga kalau dtg roh rajinnya. Instead of mengeluh of this and that, just enjoy apa yg Allah dah rezekikan buat masa ni.

Tentang ibadah pulak, kat ofis pun boleh selitkan sebenarnya pkr2 yg bermanfaat. I can do dhuha, recite Al Quran, sambil2 dengar ceramah pak ustaz while working, solat bila masuk waktunya. Its all good actually. Dan aku cuba utk buat rutin baru bila kat rumah. Tido seawal yg boleh pd waktu malam & bangun seawal yg boleh sblm masuk waktu Subuh. Subhanallah sudah hampir setahun aku ubah rutin ni and to be honest, its not become easier at all.

Day by day its a struggle. Sometimes aku menang, sometimes aku kalah. But I am trying my very best. Masa berlalu dengan pantas, sedar tak sedar dah nak masuk 2020. Kalau aku tak berusaha dengan bersungguh dari skrg, bila lagi? Usia makin naik, kudrat makin berkurang. Kalau tolak dengan umur Nabi SAW waktu baginda wafat, ada dlm 26 tahun je lagi nak hidup. Itu kalau nak dikira mcm tu. Kalau mati lebih awal?

Kesimpulannya kehidupan kita pd hari ini janganlah dijadikan alasan utk tak bersungguh-sungguh mengejar akhirat. Kalau kite fikir mendalam sikit, mesti ada jalan mcm mana kita boleh je beramal ibadat sebanyak yg boleh dlm pd kita meneruskan kehidupan seharian kat dunia ni. Its a matter of kita nak ke taknak je sbnrnya. Nak 1000 daya betul tak?

Life skrg ni jelah peluang aku mengumpul pahala sebanyak yg boleh utk alam kehidupan yg seterusnya nanti. Takde masa lain dah, by hook or by crook aku kena gunakan masa yg Allah bagi skrg ni semaksima yg mungkin. Kdg aku terfikir, patutlah Allah rezekikan aku dgn Nadim 4 tahun yg lepas, sbb skrg aku rasa agak relax dek anak-anak makin besar, I can focus on myself more. Dulu masa anak kecik2 rasa struggle sangat bab nak menambah amal ibadah. Nak baca Al Quran pun rasa berat on & off. Mmg byk la alasan aku masetu sbb rasa badan pun penat sgt. Nak juggle masa tu payah.

So skrg ni aku kena tebus balik la masa-masa lalu yg aku dah bazirkan tu. Siryes mmg dah xde alasan aku nak bagi pd Allah kenapa aku tak boleh berusaha dengan lebih baik utk life aku kat akhirat sok. Aku hrp Allah akan terus pimpin aku dlm perjalanan hidup ni so that aku berjaya dlm kehidupan selepas ni nanti. Amin yra.















Nah random pictures. Gambar mmg ade beribu tapi biasalah malas nak upload. Dah takde passion mcm dulu2 nak cerita byk benda kat sini. Masa berlalu cepat sgt lah.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat