Syawal Dah Tamat
Bismillah
Tamat dah bulan Syawal 1444. Raya korang mcm mana? Harap semuanya best best belaker jelah. Syawal aku tahun 2023 ni quite hectic jugaklah. Seronok beraya berjalan kesana sini. Lepastu jadi hos utk 2 kali to attend friends yg kenal through here and ex colleagues masa bekerja dulu. Rasa rindu sangat dah kat diorang semua sebab komunikasi yang jarang-jarang. Once in a while je bertanya kaba bertegur sapa di social media yg aku aktif iaitu ig. Camtu jelah. So raya kali ni aku gagahkan diri dgn support from Iz utk jd hos rumah for them. Setahun sekali apa salahnya kan menyingsing lengan kat dapor tu secara beregu. Kalau aku sorang yg masak, mmg fikir banyak jugak. Tapi sebab ada suami yg memang boleh diharap, makanya aku paksakan diri dgn gembiranya
Di usia awal 40-an ni aku mengaku lebih selesa utk tak aktif sangat dalam mana-mana group sembang. Pertamanya aku nak elakkan dosa sebab aku sendiri yg lemah. Jadi ia jalan terbaik utk aku usaha memperbaiki diri dgn menjauhkan diri dari terjebak dgn aktiviti yg Allah tak suka. At first mmg rasa sunyi jugalah. Tapi lama-lama makin rasa serasi & lebih tenang. Boleh je adapt dgn perubahan asalkan itu yg kita mahukan. InsyaAllah Dia akan tolong niat baik kita. Dia permudahkan jalannya. Agaknya memang dah tiba masa utk aku lakukan beberapa perubahan dlm hidup yg entah berapa lama je lagi bakinya tinggal ni. To focus more on my family rather than friends. Lagi sikit input yg masuk dlm otak, lagi tenang hidup kita. Begitulah
So itulah atr sebab Syawal tahun ni jadi lebih bermakna drp tahun2 sebelumnya. Happy dapat jumpa kawan2 yg dah lama tak sembang. Catch up balik khabar masing-masing. Masih tak kekok even ada yg dah x jumpa almost 2 years. Tak hilang pun sosial skill aku tu. Boleh je masuk dgn semua topik yg diborakkan. Balik Johor haritu pun best beraya rumah adik Abah, Cik Awin & Cik Midah. Iz selalu complaint klu balik Johor tak beraya rumah sedara mara. Haa..tahun ni tercapai dah cita2 dia. Hahaha. Bukan kami taknak pergi beraya, tapi selalunya rumah kami ni yg jadi tempat sedara mara beraya. Tu pon ada yg tak bagitau awal nak datang, kami semua dah takde kt rumah. Dah naik ke KL pulak berjimba anak beranak kat rumah sewa Kak Ya pakej BBQ bagai
Overall raya tahun ni memang aktif sepanjang bulan Syawal kesana kemari. Busy sungguh during weekends memenuhi jemputan beraya jugaklah kan. Weekend lepas kami ke Melaka pulak staycation 1 malam kat SGI sempena hari ni sambutan anniversary ke-14. Alhamdulillah berbelas tahun dah hidup bersama dgn 3 org anak. Rezeki jodoh yg baik. Moga Allah terus berikan kami kesefahaman & kesepakatan utk terus hidup bersama hingga akhir hayat insyaAllah. Amin