Pinggan Melamine Pasaraya Eco
Rambang mata tengok pinggan mangkok melamine kat Pasaraya Eco, Saujana Impian Kajang hari Ahad lepas. Sebab kami dari rumah in law kat Semenyih, dekat jelah nak pergi ke Eco ni. Aku perasan pasaraya ni masa nak ke Hulu Langat tengok rumah BIL. Rupanya pasaraya RM2.12. Hehe. Tapi pada aku barangan kat Eco ni lebih berkualiti drp kedai RM2.12 yang biasa tu.
Contohnya melamine ware ni ah. Pinggan lebih besar & tebal. Macam mahal gitu padahal barulah RM2.12 ser. Rambang mata punya pasal, sampai 3 corak aku rembat. Tapi 1 corak ambil 2 pinggan jelah. Itu pun habi nampak dah geleng kepala. Ade mak kesah??? =P Geleng la sampai sudah, aku ambik jugak. Dan dia yg bayo. Hahaha.
Ada orang mempertikaikan dari segi safety melamine ware ni. Boleh jadi penyebab cancer katanya. So aku aku pun gugel & dapat maklumat drp website kerajaan Malaysia bahagian Pemakanan & Keselamatan tentang melamine ware. Kat situ tulis melamine ware ni bahaya bila terdedah pada suhu panas yang extreme. Contohnya bila kita masuk dalam oven or microwave utk panaskan makanan. Masatu bahan kimia yg terkandung pada melamine ware akan bertindak balas & membahayakan kita bila masuk dalam perut dalam tempoh waktu yang panjang.
Kesannya tidaklah serta merta boleh nampak ye. Ada orang kata lagi, selalu kita makan kan nasi panas & lauk panas. Tak merbahaya juga ke? Pada aku kepanasan masakan kita belum cukup extreme utk keluarkan bahan kimia tu mcm klu kita masuk dlm oven/microwave. InsyaAllah selamat.
Kenapa suka sangat guna melamine ware? Sebab dia ringan hehe. Lemah betul nak pakai pinggan kaca. Lagipun kalau nak bagi budak-budak makan, takkan nak bagi yg kaca kan? Dahlah deme sibuk nak angkat pinggan sendiri. Buatnya jatuh kaca kena kaki luka dah 1 hal jugak. Pinggan Corelle mak ada 4 keping je. Tak cukup especially kalau ada tetamu. Pastu corak pinggan melamine selalu lawa-lawa taw. Kehkehh =P
Ada orang particular pasal melamine ware ni. Depends lah masing-masing kan. Setakat ni aku yakin nak guna melamine ware ni tanpa was-was. Asal jangan masok dlm oven/microwave. Aku memang tak pernah masuk apa-apa yg berbentuk plastik dlm oven. Asyik terbayang plastik mencair. Even ade tulis safe to use in oven. Ohh, mmg mak tak berani lah. Tepuk dada, tanya selera memasing yer =)