Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019
Assalamualaikum readers! Dah masuk bulan Syaaban kita, moga Allah sampaikan ke bulan Ramadhan. Allahumma amin.
OK today aku nak cerita pasal kisah bulan lepas tentang aku buat Lasek or Trans PRK kat Advance Vision Petaling Jaya. Klinik ni mmg famous & aku tahu tentang prosedur lasik ni dari blog Maria Elena. Dia buat a few years back. Lama jugak dah. Tapi masa tu aku takde rasa urgency pun nak buat lagi until early this year suddenly datang rasa fed up nak pakai contact lens. Leceh la nak cuci, nak bukak & skali skala mata kering kena infection merah-merah mata.
Spek pulak memang tak pernah rasa selesa memakainya apatah lagi for a long time. Rimas. Kos buat spek, buat lens makan beribu in a year. Even boleh claim medical office, aku rasa sayang je duit tu habis utk benda sedemikian. End of Feb aku call clinic utk buat appointment. Nak tau aku layak buat lasik or lasek. Kena tengok ketebalan kornea samada cukup utk di laser or tak. Sebab kena tinggalkan baki jugak tak boleh laser semua.
So aku pick the date on 2 March hari Sabtu. Pagi tu Naurah ke kursus Prokids dengan Ustaz Ebit Liew kat PICC. Tumpang mek Hany pergi together dengan anaknya Faqihah. So just bawak the boys ke klinik kat PJ sane. Damansara Utama to be exact. Appmnt pkl 10am tapi dapat jumpa doc after 2pm. Lama gila tunggu dah la ramai umat manusia. Klinik viral kan. Good reputation with affordable price. Of course jadi tumpuan segenap kaum tak kira Cina, India atau Melayu. Balance. Since petang tu Iz kena mengundi pilihanraya kecil kat Semenyih, aku cakap dengan staf sane boleh tak cepatkan sikit giliran aku. Syukurlah depa consider and dptla masuk langkau 2-3 org cpt so aku terus bayar full amount of the cost for lasek or TransPRK total of RM3,188 kalau tak salah. Surgery, ubat & 3 follow up after surgery all in. Pick date 15 March on Friday at 1.30pm. Surgery mmg dibuat every Friday.
Pagi Jumaat spt biasa doc dah pesan no perfume, no deodorant, no make up before the surgery. Lambat sikit masuk OT around 2.45pm tunggu turn 1 by 1. Surgery tu sekejap je for both eyes in 10 minutes saje. First dia buat mata kanan, then kiri. Just focus pandangan pd green light diatas. Sblm tu doc titiskan entah liquid apa yg sangat sejuk dan nyaman sampai meleleh leleh tepi telinga. Worry not, ada kapas dah ditutup siap-siap kat both telinga sebelum tu. Bila laser dah ON, the nurse will do countdown like from 15, 14, 13 until done. Everything was so fast. Tak sakit langsung cuma ada rasa a little bit of pressure kat mata & bau something burned.
To be honest aku tak berdebar langsung buat segala prosedur ni. More to excited and tak sabar nak say bye bye to spek and lens. I just had enough of them. Settled kedua mata, keluar and bukak baju OT buang dlm tong sampah & boleh balik. Jangan lupa pakai sunglasses sbb after surgery 6 months mata tak boleh kena direct sunlight. Dalam kereta lagi aku dah tidur. Air mata berjejehan dan mata rasa macam berpasir with mild headache. Sampai rumah sambung tido and makan ubat tahan sakit. A few hours after surgery adalah paling mencabar sampai aku questioned balik diri kenapalah aku buat lasek ni. Mata pedih macam potong onion 1 bakul. Aku ambil sapu tangan, basahkan dengan air Coway sejuk and lap-lap muka sebab rasa melekit dengan air mata. Rimas.
Mata tak boleh masuk air for 3 weeks. Kena hati-hati ya. Ada 2 ubat titis yang kena pakai every 3 hours gap for 5 times a day. Malam kena pakai penutup mata salotep tepi supaya kita tak gosok mata tanpa sedar bila tidur. Mata dalam proses sembuh, so ia sangat fragile. Once you dah buat lasek, you kena commmit dengan segala pantang larang. Kalau mata tiba-tiba x dapat terang balik sbb u tak jaga, kan dah membazir duit namanya. So kena bersabar sampai mata sembuh yer. Lasek mmg ambil masa nak dapat clear vision. For the first 2 weeks, mata masih blm stable. Sometimes clear, sometimes blur. Its normal. Risau jugak mmg mcm ni ke kan. Bila follow up tnya dgn staf dia kata its normal. Usually on 3rd week or a month baru stable.
So 1 week MC after lasek, bila masuk kerja aku sensitif lagi dgn cahaya dari PC sampai kdg2 kena pakai sunglasses tak tahan. Poyo. Haha. Dah la masih kabur. Syukurlah on my 3rd week dah makin okay and now approaching my 4th week sudah selesa macam biasa. Perasaan bila dpt vision yang clear adalah tak terkata. Nikmat dr Allah yg tak dapat aku dustakan. Terima kasih pd Dia sbb izinkan aku melihat dgn jelas buat kali kedua. Second chance org kata. Semuanya Dia yang atur dan permudahkan. Kita cuma perlu sabar dan tabah. Its all worth it. Trust me!
Tak detailed sangat semua yg aku ceritakan ni tapi bolehlah utk bagi gambaran serba sedikit tentang prosedur lasek. Tak sure knp klinik tak rekomen langsung ttg lasik yg kena bukak flap mata tu. Dia terus rekemen lasek/transprk. Aku pun tak tertanya la pulak haha. Tak kisah pun prosedur yg mana asal dpt lihat dengan jelas semula. Redah ajelah, doc know the best. Dah mmg kerja dia yerdak. Dr Yeo tu okay je friendly.
Mcm aku sbb dah nak masuk usia 40-an maybe kena pakai spek utk rabun dekat pulak nanti. Ni atr yg dah dipesan oleh optometrist masa buat check up sblm surgery la. So its our choice to proceed or not. Alah takat spek rabun dekat bukan kena pakai all the time pun yerdak. Sllunya time reading je. Abg Eddy buat lasik dah 4 tahun kot, dia pon dah 40 tahun ni elok je lagi xde rabun dekat. Rezeki masing2 la kan. Small matter jelah. So aku nasihatkan kalau nak buat lasek, buat masa masih muda. Lagi berbaloi-baloi dapat escape lama dr spek rabun dekat. InsyaAllah.
My next appmt is on May. Tak tau nak pergi ke tak sbb optional. We'll see. Maybe final folow up selepas dpt clear vision skrg ni yg everything is just fine.
Happy ibu, happy kiddos |
Padahal masih pakai lens waktu ni hehe |