Why worries?

Kalau kita manusia suka berfikir, semua ciptaan Allah yg ada di dunia ini termasuklah diri kita sendiri adalah cth pd kakuasaan Allah SWT. Stp kejadian pasti ada hikmah yg tersembunyi di sebaliknya. Tidak Allah ciptakan spt kejadian itu dgn sia-sia. Cthnya kitar hidup tumbuhan & binatang drp proses kelahiran or permulaan penciptaan sampailah ke akhir hayatnya membuktikan bhw stp yg hidup pasti akan mati. Stp yg bermula pasti ada akhirnya. Samalah mcm manusia. Kita yg hidup di kala ini, semuanya pasti akn mati. Itu sudah satu ketentuan dr Allah.

Masalah mempercayai perkara yg ghaib yg sllu org kafir pertikaikan iaitu ttg kehidupan selepas kematian. Adanya hari akhirat, syurga & neraka. Balasan baik bg org yg taat pd Allah & buruk pd yg mengingkari perintah-Nya. Inilah yg org2 dr zaman2 Nabi lg pertikaikan. Dlm Al-Quran pn byk kali di ulang2 ayat ttg apa yg org kafir persoal nie. Pd zaman Rasulullah SAW, perkara utama yg di tekankn oleh baginda SAW ialah ttg tauhid. Kepercayaan pd Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan Yang Tidak Ada Sekutu, Tuhan Yang tidak beranak dan diperanakkan, Tuhan yang Mentadbir seluruh Alam. Bila dah ada tauhid dlm hati, maka mudahlah perkara2 yg lain menyusul. Solat, Zakat, Sedekah etc.

Alam yg ada skrg adlh cth pd alam akhirat kelak. Keindahan pemandangan mengingatkn kita pd Syurga yg berganda2. Lahar gunung berapi mengingatkan ttg api neraka yg jg berganda2. If kita yakin akan kematian, maka yakinlah ttg adanya hari akhirat, syurga & neraka.

Aku taknak jd mcm yg dikisahkan dlm Al-Quran ttg org kafir yg mohon utk hidup semula after mati & tahu kbnaran ttg kehidupan lepas mati utk taat pd Allah. Sbb Allah takkan mungkin akn menghidupkan org yg sudah mati. Ini adalah ketentuan-Nya. Aku taknak ada rasa menyesal sbb tak beribadah dgn sungguh2 pd Allah masa aku hidup nie. Sbb tu aku kene fokus pd penghambaan aku pd Allah. Aku nk jadikan ketepatan waktu solat, tambahan solat2 sunat, bacaan Al-Quran & pengajian terjemahannya, bacaan buku2 agama yg meransang minda & berakhlak baik kpd semua manusia sbg rutin hidup hingga ke akhir hayat aku, Insyallah. Aku nak terus berada pd landasan nie sbb aku dah rasa betapa mudahnya perjalanan hidup aku & betapa rahmat & berkatnya kehidupan yg aku jalani skrg. Allah menjaga aku sbb aku menjaga-Nya. Buktinya ada dlm life aku skrg.

Aku tak menyesal aku menjadi spt skrg ini. Ini semua adlh aturan Allah yg terbaik utk aku. Apa2 pn ujian lepas nie, aku takkan keseorangan & menderita spt ujian dgn Sepul dulu. Aku dah ada Allah yg sentiasa ada utk aku bersandar. Bukankah fikiran spt ini yg paling agung? Allah itu sentiasa ada, tak pernah tinggalkan kita. Dia yg mengurus sgl kehidupan kita. Dia yg tahu apa yg ada di belakang & depan kita. Sbb tu aku cuma mohon ketentuan yg terbaik je utk hidup aku. Cukup. Simpan hari/masa lepas dlm tong sampah. Hidup utk waktu ini. Future, tawakal saja pd Allah. Masa yg ada skrg nie, perguna elok2, baik. Jgn sia-siakan. So why worry abt future if we've done the best for now?

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat