Wanita & Kerjaya

Ade akak kt opis nie bg emel tulisan dr Ustaz Zaharuddin yg agak popular dgn ruang dia kat dlm paper. Tajuknya: Wanita, Aurat, Kerjaya & Suami Nusyuz. Tetibe aku rase cam nak komen sket la pandangan Ustaz dlm penulisan dia nih. Byk yg Ustaz tulis, aku setuju dgn dia sbnrnye. Byk sgt isu yg dikupas dlm penulisan dia yg nih. Yg paling menarik perhatian aku ttg peranan wanita yg sbnrnya mengikut Islam. Spt yg kite tahu, tugas utama wanita sbnrnya lebih dituntut utk mendidik anak2 di rumah. Tempat yg terbaik bg seorg wanita adlh di rumah. Tp wanita2 zmn skrg kbnykknnya bekerjaya. Maka tugas2 mendidik anak diserahkn pd samada Taska atau pembantu rumah. Dan lahirlah anak2 generasi baru yg sedia ada skrg nie. Kite bkn xtau dgn pelbagai masalah sosial yg melanda anak2 muda alaf baru nih. Sudahlah buat salah, pantang ditegur pulak tue. Mulelah kite tercari2 di manakah puncanya masalah ni berlaku. Bile kaji2..selidik2...barulah nmpk kat mane akar umbi puncanya. Stp yg Islam anjurkan, pasti itu yg terbaik utk manusia. Bila kite langgar & lebih mementingkan kehendak diri, rosaklah jadinya. Ada pulak yg kate Islam nie tak up to date & mengongkong wanita. Tp bile dh nmpk sndiri depan mata kesannya, tang mane lagi nak kite nafikan ttg kesempurnaan undang2 Islam?

Bile aku aplikasikan dlm life aku pulak, akhirnya aku rasa aku sndiri tak mampu memenuhi tuntutan agama Islam dlm hal nie. Klu ikotkan kehendak hati, of course akulah insan yg sgt berbahagia utk menjadi suri rumah sepenuh masa & menjaga anak2 dgn sepenuh jiwa. Sbbnya aku mmg sentiasa bersetuju dgn konsep yg dianjurkan oleh Islam. Agama Allah, pastilah yg sempurna bukan? Tp...yer masih ade tapi. Kehidupan di dunia x semudah yg disangka & tak semuanya mengikut kehendak hati kite. Dlm situasi aku, aku terpaksa bekerja utk menolong membangunkan institusi rumah tangga kami. Nak harap gaji suami je, mmg sesak lah hidup. Lebih2 lagi aku pn ada tggjwb sndiri. Cth: bayar duit kereta, bayar pinjaman pendidikan etc. Takkanlah nk lepaskn semua beban tanggungan tu pd suami? Ya, semua masalah ni pasti akn selesai sekiranya suami mempunyai pendapatan yg tinggi. Tp hakikatnya suami hanya berpendapatan sederhana. Maka terpaksalah isteri sama2 bekerja utk menaikkan taraf ekonomi rumahtangga.

Aku sndiri pernah ajukan soalan pd hubby utk menjadi suri rmhtngga nih. Walaupn aku sndiri sdh tahu jwpnnya, tp saje inginkan kepastian. Dan tanpa bertanya pun aku boleh fikir sndiri hasrat hati itu sgt mustahil utk dicapai dlm situasi kami skrg. Maka suka atau tak, nak atau taknak, aku tetap kena menjadi wanita yg bekerjaya. Apa yg mampu aku buat cuma berdoa pd Allah moga suami mendapat kerja yg memberikan tawaran gaji yg sgt cukup utk aku menjadi seorg suri rumah. Mane tahu, 3-4 tahun lagi hasrat hati ini akan tercapai. Bukankah stp rezeki manusia di muka bumi nie Allah yg tentukan? Makanya aku pn hnya mampu berdoa moga satu hari nnti hasrat aku utk menjadi seorg suri rumah yg dpt menjaga semua keperluan rumah tangga & mendidik anak2 sesuai tugasnya sbg seorg wanita dpt terlaksana. Dptlah aku memenuhi 1 lagi tuntutan agama Islam dlm kehidupan. Insyallah, amin.

Pincangnya muda mudi dizaman skrg adlh kerana ramai ibu2 tidak dpt menjalankn tggjwbnya mendidik anak2 sndiri. Aku tahu pasti ada ibu2 yg tak setuju dgn aku. Terutamanya wanita2 yg mmg suka bekerja & x betah ddk kt rmh buat kerja2 rmh & jaga anak2 saje. Well...tepuk dada, tanyalah iman. Dan aku pasti ada wanita yg bersituasi spt aku. Kami setuju & mahu, tp tak mampu melaksanakannya. Insyallah, suatu hari nnti. Allah pasti lebih mengetahui apa yg tersirat di dlm hati stp makhluk-Nya. Sekian.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat