Aku & Blog

Blog aku nie kbnykkan entry adlh berkisar ttg kehidupan aku & org2 di sekeliling aku. Antara yg aku selalu cerita adlh ttg perasaan, suami & anak, family, office mates & mcm2 lagilah. Aku anggap blog nie mcm diari aku tp x bape personal sgtlah sbb xkan nk share semuanya dgn semua org kann. Ada yg perlu di tapis, aku tapis la siap2. Klu x update blog, rase cam busan la pulak klu xde keje kt opis nih. Dan lagi 1 aku cam nk buat kenang kenangan ape yg aku tulis kt dlm blog nie. Otak kite nih bkn boleh ingat semua benda. Sometimes aku godeh balik entry aku yg lame2 yg kdg2 buat aku nk tergelak bile bace semule. Takpun buat aku teringat ingat semula dugaan & halangan yg pernah aku harungi bbrp tahun yg lepas. Aku masih ingat keadaan2 yg pernah buat aku rasa mcm sgt berputus asa & rasa mcm dah xnak hidup kt dunia nih. Rase mcm dah xleh handle masalah2 yg dtg pd satu2 masa tu. Tp akhirnya aku ada kt sini skrg sdg menaip entry ini. Bermakna semua masalah yg aku rase aku x blh hadapi satu masa dulu, semuanya aku dh berjaya tempuhi. Dgn berjaya atau tidak, yang penting tak ada 1 pon keputusan yg pernah aku ambil, nak aku ubah tentangnya. Krn klu aku adalah aku yg skrg, aku sudah cukup puas hati. Bkn bermakna aku sdh perfect serba serbi, tapi aku percaya aku sdh berjaya menjadi seorg yg jauh lebih baek drp aku yg dahulu. 

Hidup tanpa ujian & dugaan akn menjadikan hidup kita suram & bosan. Aku pernah lalui fasa sgt bosan dgn hidup & rasa mcm takde perasaan bila buat ape2 pon. Sampai aku fikir, mcm nie sajekah hidup aku? Aku rasa Allah murka dgn aku pd waktu tue. Mcm Allah dah tak pedulikan aku sampai Dia taknak duga aku dgn apa2. Sedihnya bila rasa mcm tue. Setelah bbrp tahun hidup yg mcm haram, akhirnya Allah bagi aku 1 dugaan yg maha hebat & aku sgt2 tersentap dgn ujian tu. Mungkin pd sstgh org ia hanya 1 ujian biasa. Tp pd aku tidak. Aku mmg rasa mcm nak mati je masa tu. Baru aku tau perasaan org yg bunuh diri. Alhamdulillah, mungkin dgn adanya setitik iman di dada, aku dapat bangkit & jd org yg baru. Aku katakan baru sbb byk yg aku belajar dari ujian tu. Paling ketara adalah perubahan hubungan aku dengan Allah. Hubungan hamba dgn Penciptanya. Agama. Itulah yang berjaya menyelamatkn aku dari terus berputus asa dgn dunia.

Perbaiki hubungan anda dgn Allah. Maka hubungan anda dgn hidup pasti menjadi lebih baik. Bbrp bulan aku berjaya hidup dgn sempurna pd pandangan peribadi aku. Hidup dgn mengadu semuanya pd Allah. Melayan kesedihan hati. Berharap & berdoa pd Dia. Boleh kata semuanya tentang Dia. Hingga akhirnya Allah berikan aku 'matahari'. Dia telah temukan aku dengan jodoh aku. Aku rasa bahagia semula dgn dunia. Dunia masih lagi indah utk aku. Aku taknak mati. Aku nak hidop. Malangnya bila aku dah gembira, aku sudah mula lupa. Aku dah kembali jd manusia yg cinta dunia & lalai ttg akhirat. Tidak bolehkah aku berjaya dgn kedua-duanya? Aku nak dunia. Aku juga nak akhirat. Boleh. Tapi iman aku masih senipis kulit bawang. Aku tak kuat. Bbrp bulan beribadat dgn tekun belum dapat menjadikan aku berjaya di dunia & di akhirat.

Aku dah putus asa lagi ker? Kali ni bukan dgn dunia..tp akhirat. Belom. Aku masih belom nak menyerah kalah. Dan aku taknak kalah dgn melupakan akhirat. Aku pernah kalah sekali dgn dunia. Aku redha. Tp dgn akhirat aku x sanggup. Kalau aku sanggup, bermakna aku akn jd aku yg dulu. Yg hidup tanpa arah tujuan yang jelas. Ada org yang pilih dunia saje. Ada juga org yg pilih akhirat saje. Dua2 ini salah. Allah suruh kite berjaya di dunia & akhirat. Seimbangkan dunia & akhirat. Tp dunia nie terlalu banyak dugaannya. Sgt susah utk berjaya di akhirat dgn godaan2 dunia. Aku masih mencuba & berusaha utk seimbangkan atr keduanya. Buat masa skrg, masih. Itulah aku skrg. Masih perbaiki here & there. Kdg2 menang, kdg2 tewas. Jaga Solat. Jaga Solat. Jaga Solat. Itu yg paling utama. Dlm Solat stp bacaan ada maknanya. Surah Al-Fatihah sdh menerangkan segalanya. Itulah dikatakan ianya 'ibu segala surah'. Dalam surah tu kita panjatkan puji-pujian pada Allah, kita mohon Allah tunjukkan kita jalan yang lurus, jalan org2 yang Dia redhai bkn jalan org2 yg Dia murkai. Stp kali Solat, ayat itu kita ulang bbrp kali. Ia surah yg wajib kita baca dlm solat. Knp? sbb surah itu penuh makna yg sdh mencakupi segalanya.

Aku rasa hidup aku hari2 adalah 1 perjuangan. Berjuang utk menjadi muslimah yang baik. Aku bertudung tp kdg2 aku keluar dgn t shirt lengan pendek. Aku tewas lagi. Betapa mudah utk tewas. Dunia aku selalu tewas dgn akhirat in future. Bodohnya aku. Walau apa pun aku akn terus berjuang. Berjuang hingga satu masa, Allah akn tarik nyawa yang di pinjamkan ini. Saat itu barulah aku sdh tak perlu berjuang. Aku boleh relax sambil merasai pula hasil perjuangan aku semasa hidup. Ada hasilkah? Cukupkah? Wallahualam. Ya Allah, berilah aku kesudahan yang baik. Amin.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat