Nikmat Tuhan

Naurah, semakin dia membesar, semakin mudah menjaganya. That little kudik is so behave lahh. Aku ingat lagi betapa susahnya melayan karenah dia terutamanya masa aku still in confinement. Rasa mcm nak menangis pon ade. Dlm hati aku dah berkata-kata ' sampai bile aku akn rasa susah mcm nie jaga dia? takkan mcm nie sampai dia betol2 dh besar kott? '. Masa tue aku rasa sgt letih dari segi mental, emosi & fizikal. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, Naurah dah pun berusia 3 bulan+. Kudik tu dah sangat kurang meragam. Menangis pon dah jarang2 sangat. Malam2 sllunya ibu akan letak dia tido dalam cot. Bila dia bangun nak minum susu, dia x menangis pun. Cuma bunyi cam resah & merengek jer. Kdg2 aku saje je perhatikan dia dlm cot tue. Taknak la ajar dia asal merengek sikit, teros angkat. Klu diajar nanti lama2 dia terbiasa pulak. Mulelah mengada-ngada lebih kan. Bila dah rasa cam kesian sgt tue, baru aku angkat, bagi susu & tidokan dia semula. Nak tido pon senang sgt skrg. Tepuk2 montot sikit jer dah tido. Pagi2 sllunya dia akan terjaga dlm pukul 5.30am-6.00am. Masa yg sesuai utk ibu & ayah bangun sama. Mood pn sllunya baik aje. Senyum2, ketawa smpi nmpk gusi & mcm2 bunyi la dia buat. Ibu suka sgt layan kudik pagi2 sblm ibu g mandi & solat. Hubby pn sllu ckp Naurah sgt behave skrg. Klu hubby masih mengantuk, dia akn letak Naurah atas riba & bdk tecit tu senyap aje dipangku Ayahnya. Ibu pun senang hati nk pegi mandi & solat. Dah tak risau2 takot kudik menangis ke hape. Aku rasa sgt bersyukur sbb Allah permudah jggjwb aku utk menjaga Naurah sebaik mungkin. Selepas solat mmg aku doa hari2 moga Allah permudahkan aku menjaga Naurah. Sbb menjaga budak kecik nie bkn senang ok. Lagilah kalau yg jenis senang meragam & suka menangis. Kite parents pn blh jadi tension bila dpt anak yg mcm tue. Rehat x cukup, tido x cukup, kite akan jd cepat naik angin/marah.

Sebelum Naurah lahir lagi, aku percaya setiap insan yg lahir ke dunia nie ada sifat or peribadi yg berbeza-beza & tersendiri. Itu semua Allah sudah tetapkan semenjak azali lagi. Dah tertulis dalam kitab Luh Mahfuz sekian lamanya. Makanya sejak tahu bhw aku pregnant, aku sllu doa moga Allah kurniakan aku zuriat yg soleh/solehah, sempurna sifatnya, baik akhlaknya & tinggi ilmu pengetahuannya. Doa itu masih tidak putus sampai skrg. Dan aku percaya stp apa yg kita doa, selagi ianya doa yg baik, Allah pasti akn tunaikan. PASTI. Aku juga percaya jika aku menjaga  hubungan aku dgn Allah, Allah akn menjaga aku sebaiknya. Ya Allah, permudahkan lah kehidupan aku di dunia & akhirat. Mungkin aku tak mewah dgn harta benda. Tp aku mewah dgn kasih sayang org2 disekeliling aku. Aku mewah dgn suami yg penyayang & ringan tulang. Mewah dengan anak yang tak banyak karenah. Dan mewah dgn rezeki pemberian dari org2 yang murah hati. Stp insan yang lahir ke dunia ada rezeki masing2. Kdg2 kita tak perasan yg Allah sudah bagi kemewahan pd kita. Bkn mewah dr segi wang ringgit & harta benda. Tp mewah dr pelbagai sudut yang lain. Tgk sajelah rezeki Naurah yg masih tidak putus sampai ke hari ini. Ade je baju2 or peralatan bayi yg disumbang. Sometimes dr org2 yg kita tak sangka. Cth smlm kontraktor opis nih bg Naurah 1 set baju baby. Office mate mak mertua pn masih kirim baju2 & mcm2 lg lah. Stroller & car seat x payah beli sbb Abg Edy dh bagi. Duit pemberian org pn masih tak putus. Dah tahap ribu riban dah duit Naurah tuh. Ibu & ayah pn xde duit sebanyak tu dlm bank skrg heheh. Blm lagi kira gelang tgn emas 2 pcs yg parents in law hadiahkn pd Naurah. Cucu pertama lah katekan. Perempuan pulak tue. Murahnya rezeki anak ibu nih ^_^

Bila kita rasa hidup kita diberkati & dirahmati, semuanya menjadi sgt indah. Of course pasti ada kekurangan lain here & there. Lumrah hidup di dunia. Takkan lah semuanya perfect kann. Tp itu semua tak membantutkan rasa bersyukur dgn apa yang telah diberi. Sikit sgt yang Allah ambil berbanding apa yg Dia telah beri. ' Maka, nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?'. Surah Ar Rahman. Wallahualam.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat