Nursery Di Serang HFMD

Around 11.37am this morning. Received call from Naurah's nursery. Dah cuak giler apsal tetibe org nursery call pulak kann. Bdk tu pulak cakap mcm termengah-mengah. Suspen gilosss. Masa tu habi on the phone (office) & tak sempat lagi pn ckp ape2 dgn dia. Soh dia hold kejap. Then bdk nursery tu pn cakap..

" Kak, boleh datang amek Yanie tak? nursery kene tutup lah kak...'

" Hahh?? tutuppp? Nape dik?"

" Td org kesihatan datang buat check up mcm biasa. Pastu ade kes sorang budak tu kene penyakit kaki, tangan & mulut. So nursery kene tutup seminggu. Start hari nie pukul 12.00tghari dah kene tutup."

" Ohhh...ye kerrr...mcm tu lah pulak yerr....hmm, oklah nnti akak dtg amek dia".

Dalam hati lega lah sikit. Ingatkan ape2 jadik kat Naurah. Hisshhh...berderau darah den. Tp tetap riso jugak sbb kebetulan Naurah pon kene eczema kt muka. Pastu kat tangan dia smlm mcm bintat2 mcm kene gigit nyamok. Dengar ade penyakit kaki, tgn & mulut tue, teros risau kot2 Naurah dah terjangkit jugak. Then cakap balik dgn habi yg on the phone td. Dia ckp, baru je nk bagitau aku tentang nursery tue ngan aku. Tup2 org nursery dah call aku. Habi ckp MIL yg kebetulan MC hari nie akn amek Naurah. Dah gerak dari Semenyih. Pastu bwk Naurah balik Semenyih. Ptg balik keje kene ke sanelah nmpknye. Amek Naurah balik Salak semule. Hmm..ok la klu mcm tue. Habi tanya aku bagi ke MIL bwk balik Semenyih. Well, aku nk cakap ape? Sbnrnya berat hati jugak sbb klu boleh aku mmg nak amek Naurah bwk opis je kejap. Takde hal. Pastu malas la pulak nk ke Semenyih. Mggu lepas kan dah balik sane. Minggu nie nak g jalan2. Tp takkan aku nk ckp x boleh kan? Dah la MIL dah gerak dah time tue. So cakap ngn habi ok jelah. Tp malam nie nak balik Salak jugak. Taknak tido sane. Habi kate ok. huhuh...

Ape2 pon soh habi ckp ngn MIL g bwk Naurah check up kat An Nur Specialist. Takot ade ape2 kan. Harapnye xde pape. Eczema biasa jer. Ape2 pon hati masih rasa x sedap. Tak sabar sgt2 nak jumpa Kudik. Nak pelok dia kuat2. Kesiannya anak ibu nie. Macam2 hal sungguh. Pasal seminggu nursery tutup, aku dah called Mak kat Johor. Tanya if dia boleh dth rumah aku jaga Naurah utk seminggu. Dia kata maybe boleh. Tp dia dtg sorang or berdua dgn adik aku Anje naik bas je kot sbb kat rumah Johor ade construction sket. So kene ade orang pantau kerja. Abah tinggal lah kot. Ape2 pn x kompem lagi. Klu Mak jadi datang, lega lah aku. Kalau tak jadi, kene fikir alternatif lain. Maybe aku kene amek cuti la kott...hmmm tgkla nnti mcm mane. Dugaan sungguh. Salah satu keburukan hantar anak kt nursery. Mudah kene penyakit berjangkit. =(

Sempat bace tentang info HFMD nih. Dari segi ruam, mmg Naurah kene. Tp i doubt sbb HFMD. Itu sbb eczema aku termakan sayur kacang panjang goreng yang di campur dgn udang. Udang kan NO NO utk Naurah. Plus Naurah masih lagi ceria. Menom susu banyak mcm biasa. Tak demam. Flu jer & dah nak baek. Tp sbg langkah berjaga-jaga. G jelah check up. Nak tau lebih lanjut ttg HFMD leh bace kt sini.

gmbr ihsan dr incik gugel

Popular Posts