Balik Langat

Ahad lepas FIL ajak ke rumah Angah. MIL tak ikot sbb nak kemas rumah. Sbb FIL nak bawak Naurah sekali, so terpaksa la Ibu pon turut serta while habi driving the car. Tak jauh pon. Kat Hulu Langat area nak ke Sg. Congkak. Lalu highway Grand Saga, jumpa 2 tol, jalan depan sket dah sampai. Sampai2 je nampak kereta Puteh. Kebetulan sungguh. Nampak je kete habi, teros Angah & Puteh keluar bile nampak FIL tengah pegang Naurah. Tak nyempat2 nak keluar kereta, Puteh dah sambar Naurah. Maklumlah, last jumpa masa majlis aqiqah si kenit tue. 4 bulan lebih jugaklah tak berjumpa. Excited sungguh diorang main2 dgn Naurah. Si kecik tu pulak asyik nak di lepas ke bawah. Dia kan tengah sebok nak explore kebolehan merangkak & duduknya yang masih belom stable sgt tuh. Dilepas atas tikar, kejap mengundur kejap menyenget. Diambil marah & menangis pulak. Sua dekat kucen kecit yg comel, teros menyengih nampak gusi. Nampak gaya Naurah akan jadi pencinta kucen mcm Ibu jugak. Yessss lahhh =D

Happy di pegang Atok Semenyih
Main butang baju Atok la tue...(ehh ade muka Ibu lak dlm cermin hihih)
Lebih kurang sejam lebih je kat sane. Pastu FIL ajak balik. Org laki bukan pandai menyembang lama2. Klu MIL ade, lainlah. Aku setakat sikit2 okelah. Tak reti nk sembang byk2 sgt heheh =) Raya nnti kite datang sana lagi yer Naurah!! Kutip duit raya sekali =B ngeheheh...

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat