Iftar, Botok-botok & Breast Milk

Hari nie ada Majlis Berbuka Puasa at Cyberview Lodge Resort & Spa - Verandah. Alah..hotel sebelah opis aku nie jer hahh. Jalan kaki 5 minit sampai. Habi kene pakai baju melayu, guwe kene berbaju kurung. Naurah masih belom decide mahu pakaikan dia baju ape. Kalau ikot aku, mestilah kene pakai baju malam. Baju tido. Bermakna berseluar panjang & baju berlengan panjang. Boleh pakai suit jumper jer. Tutup semua sampai kaki. Tak payah pakai stokin. But habi said boleh pakai baju jalan-jalan. Or baju gown to be exact. Ok ker hahh? Budak2 shud be ok kot. Tp aku tetap rasa nak pakaikan dia baju tido jugak. Bisa? Ekceli sejak bersalinkan Naurah, baju kurung sudah byk tidak muat. Terutamanya part kain. Rasanya pinggul suda bertambah ukur lilit bbrp sentimeter. Lebar jer kalau tgk dari belakang hahah. So masih tak tau lagi nak pakai baju kurung or blouse saje. Emm..jubah hitam ade. Tp haritu macam ade tertetas sket benangnya. Klu rajen jahit sikitlah balik nnti. Klu tak rajen, belasah jelah pakai baju ape pon. Takkan diorang nak halau pulak if baju tak menepati tema kan? heheh...

Hari tu masa balik Johor, mak ade buat botok-botok. Ada jugak yg panggil pais ikan. Rasanya ini mknn org Jawa. Ker mknn org Johor? Entah. Jawa Selangor panggil Pais Ikan. Jawa Johor panggil botok-botok. Ini berdasarkan sesi bersembang dgn Siti si Jawa Selangor tadi. Botok-botok nie dibungkus dgn daun pisang. Dalamnya ada pelbagai jenis daun-daun kampong. Contoh daun pucuk ubi, pucuk betik, daun sur or mengkudu  daun tenggek burung dan bermacam jenis daun lagi.Senang kata byk daun yg rasanya pahit. Selain daun2, isi utama botok2 adalah Ikan Tenggiri. Pastu letak rempah yg aku tak reti nak buat. Mak je pandai hihi. Dah balut semua isi2 dlm daun pisang, boleh la di kukus dlm periuk kukus. Hari tu, mood baek maka telah makan juga daun2 yg agak pahit2 sedap tue. Lebih byk korek ikan yg tersembunyi di dlm daun2 je sbnrnya hihi. Misi utama menulis ttg botok2 adlh sbb nk bagitau, daun2 yg pahit2 bermacam itu telah menyebabkan air susu badan den bertambah dgn jayanya. My B engorged like masa dlm pantang dulu. Sangat teruja okeh. Terpaksa bangun pagi2 bute dlm pkl 4 pagi semata-mata nak pump B yang semakin membengkak dgn air susu. Sekali pam dapat 10oz. Giler macam tak percaya. Sudahla pam dgn mata tertutup hahah. Itu pn sbnrnya klu pam lebih lama, maybe blh dpt belas2 oz lagi. Mengantok punye pasal, rasa B dah kurang engorged, teros tutup suiz pam. Bisa? Klu dh nama pemalas...pemalas jugak laaaa...

Botok-botok Ikan Tenggiri kredit to pakcik gugel
Tak taulah sayur apa yg buat susu jd sangat banyak. Sbb dah bercampur2 kan. Tp senang kata daun2 yg pahit la. I guess pucuk betik, daun mengkudu & daun tenggek burung. Sbb 3 nie mmg pahit ya amat huhuh. Alhamdulillah, sehingga ke hari nie, selepas bbrp hari makan daun2 itu, my B tetap menghasilkan susu yg membanggakan bagi diri ini. Lebih2 lagi dlm bulan Ramadhan yg penuh berkat nie. Each session, 3 times pumping at the office sudah boleh dapat 3.5-5oz instead of 2.5-3oz before this. Syukur Alhamdulillah. Susu FM Anmum jadi hiasan suda =D

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat