9 & 10.10.2010

Hari Sabtu pukul 10am dah keluar pergi Mydin, Kota Seriemas. Beli diaper Pampers Comfort for Naurah & setin Anmum Rumusan 2. Yang beli masa Naurah 6 bln aritu sudah tinggal belen2.  Eventho pembuatan susu formula boleh kata banyak jugak yg terbuang begitu saje bile Naurah taknak menom, harus ade back up jugak kan? Setiap hari mmg bekalkan sebekas kecil susu Anmum utk Naurah kt nursery. Selalunye tak habis pon sebekas kecik tue sbb EBM pon aku masih bekalkan mcm biasa. In case Naurah nak menom lebih or tak cukup, dr kehausan cubelah bg Anmum tue kan. Pengasuh ckp klu bagi FM je, Naurah mmg taknak. Tp klu FM campor dgn EBM, Naurah nak pulak. Aku tak pernah pulak dgr ade org camporkan FM+EBM together. Boleh ker hahh? Tp aku tgk Naurah ok jer. Takde pulak meragam sakit perut ke hape. Riso jugak kan. Poo2 dia pon lembut je mcm biasa. So aku pasrah ajelah. Yg penting anak aku sihat walafiat suda.

Bercerita psl susu Anmum, yesterday pegi kenduri kawen kawan habi kt Bangi Perdana. Kwn lelaki mase dia study kt Kuittho dulu. Kawan dia nie lecturer. Dia tanyalah Naurah menom susu ape? Habi ckp susu cap teko. Hehehe. Gelak kawan dia. Dia kate eventho dia tak kawen & takde anak lagi, dia tau jugaklah psl  hal budak2. Gilo hapo bg anak menom susu pekat manis. Kekeke. Then kwn habi pon ckp la yg anak kakak dia ker sedara dia ker ckp klu FM, Anmum ok. Sbbnya anak2 diorang yg menom Anmum semua bijak2. Mcm panjang akal sikitlah. Hmm..taktaulah sbb susu or benda lain, tp dengar dia cerita tue, aku & habi senyum ajelah. Mmg sometimes Naurah menom Anmum pon kann. Klu mmg betol fakta tue, bijak la Naurah bile dh besar nnti. Ahh, tp xkan boleh lawan susu ibu punyer. Ini sudah pasti =)

Eventho Naurah tak pernah menyusu direct dgn aku, aku tetap cuba sedaya upaya bg susu badan kt dia. Sampaila aku bergelar Exclusive Pumper. Sekejapnya masa berlalu. Next week Naurah akan genap 8 bulan. Bermakna sudah 8 bulan aku menjadi ibu EP. Aku bayangkan akan tiba 1 masa nnti susu badan aku mungkin akan kehabisan or akn ade faktor2 yg menyebabkn aku dh x blh mengEP lagi. Serius aku jadi sedih yang amat. Melalui pemberian susu badan nielah pd aku satu2nya yg mengikat perhubungan aku dgn Naurah secara intim. Yang aku saje boleh berikan pd dia. Hak eksklusif dia dari aku. Kalau itu pon sudah ditarik Allah, aku rasa sgt sedih lah. Emosi sgt2. Susah hati dibuatnya. Kdg2 aku rasa malas sgt nak pumping. Tp rasa pelik pulak sbb dh hampir 8 bln pumping kann. Puas sgt rasanya bile tgk Naurah menom susu badan aku dgn rakus. Habis sebotol. Mcm sedap sgt bile dia menegok tue. FM pon tak boleh challenge susu badan aku. Best betol. Beratnya hati  nak stop bg susu badan. Dlm Islam di suruh menyusukan anak sampai 2 tahun. Ada lagi 1 tahun 4 bln lagi sblm Naurah stop susu ibu. Hrp dpt bertahan susu bdn aku hgga ke saat itu. Insyallah.

Lepas g Mydin, balik rumah hantar barang & menuju ke Wangsa Maju. My makcik ada buat makan2 sempena birthday anak2 dia. Lps tu nampak Jusco Setiawangsa teros ajak habi singgah. Teringat ada voucher Jusco RM100 belom guna. So habi soh aku cari handbag. Dapatlah handbag Cleef RM49. Jadilah. Yg penting handbag kene besar sket sbb dh ade anak nie nak isi mcm2 dlm tue. Kecik2 tak muat dah. Pastu habi beli brg dia sikit & kebetulan ade Baby Fair. Rembat 3 helai baju malam utk Naurah = RM23. Murah huhu. Total semua brg, habi kene tambah dlm RM35 jer lagi. Great =D Mase shopping baju Naurah, nampak ade Baby Room betol2 kt bahagian baby tue. So masok dlm & habi panaskan my EBM guna peralatan kt situ. Sempat snap a few pic of Naurah. Ade jgk gambar masa tgh shop my handbag & minum2 kt RASA. Enjoice =)

Hepi masok baby room

Teruja tgk wallpaper wane wani

Kaler terang2 mmg menarik perhatian
Budak lasak
Teruja ddk kt high chair for the 1st time
Tepuk2 meja tak berhenti. Excited giler.
Sebab nampak Naurah sgt suka duduk kt high chair. Teros ckp ngn habi nak beli letak kt rumah. So Insyallah this weekend akan ke IKEA. Dapat pon alasan kukuh nak pegi sane. Sblm nie habi asek declined je klu aku ajak. Menyampah. Kite shopping puas2 kt sane k Naurah! Evenho ibu & ayah dh muflis sbnrnya...hihi =p Ohh lupe nk cerita Naurah dahinya lebam sbb terhantuk kat rak TV. Budak lasak asek nak memanjat je kerjanya. Pagi td hantar kt nursery, mengucap panjang pengasuh tgk dahi Naurah lebam. Kt nursery elok aje takde cedera. Kt rumah dgn parents pulak ko jadi mcm2 yer Naurah. Apelah ibu & ayah ko nie...=B Nie ade gambo budak benjol kt dahi. Snap petang semalam masa attend wedding kt Tmn Tasik Permaisuri, Cheras.

See. Biru lebam kt dahi.


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat