Early Learning - Part 1

Sebenarnya aku agak berbelah bagi nak cerita pasal 1 benda nie. Tak tahu macam mana reaksi dari para readers of my blog yg budiman tentang perkara ini. But 1 thing for sure, semua parents kat dunia nie suka if anak2 mereka menjadi manusia2 yg bijak & soleh/ah. Aku akui sejak tahu aku pregnant lagi, macam2 aku cari maklumat mcm mane nak bagi anak yg lahir sok bijak & berakhlak. Dari menjaga pemakanan sampailah kepada amalan membaca Al-Quran aku cuba utk buat mengikut tips2 yg diberi sedaya upayanya. Kdg2 je main tipu sbb tak tahan napsu makan heheh. Bile Naurah dah lahir ke dunia, otak aku ligat jugak mencari jalan didikan yg terbaik utk jadikan Naurah bdk yg bijak & berakhlak mulia. So belilah aku mcm2 toys yg kononnya meransang minda & buku2 samada soft or hard books. Aku yakin pendidikan yg terbaik adalah sejak dari anak dalam kandungan ibunya lagi. Dan berterusan setelah dia lahir. Paling kritikal sekali zaman kanak2. Kat sinilah kita nak  start bentuk peribadi anak. Bak kata pepatah ' melentur buluh, biar dari rebungnya'.

Dan aku suka melihat perkembangan pembesaran anak2 sedara aku. Dari situ aku belajar secara diam2 tentang didikan yg kakak or abang aku terapkan pd anak2 diorang. Kalau aku nampak ada kelakuan anak2 buah aku yg x elok, aku cuba fikir jalan penyelesaian mcm mane taknak anak aku sok jd mcm tue. Taktaulah samada kaedah yg aku guna utk Naurah berjaya atau tak, tapi at least aku cuba kann. Aku pasti ramai yang mengikuti blog ini & berangan-angan alangkah seronoknya kalau anak kita juga menjadi spt anak tuan punya blog tersebut. So good of her for sharing with us teknik2 mendidik anak dari bayi lagi. Hasilnya pon sudah nampak & amat membanggakan. Dari hari ke hari aku nak cuba buat pd Naurah. Tp tuelah....asyik buat itu ini, pergi ke sana ke mari, perkara yg penting di abaikan. Sedar tak sedar, Naurah dah pun berusia 8 bulan.  Tibe2 rasa macam ruginya masa yg dah terlepas tue sbb tak dipergunakan sebaiknya utk pendidikan awal buat Naurah =S 

Naurah baru 8 bulan. Aku rasa masih tak terlalu lewat lagi utk mulakan pendidikan awal utk dia. Tapi macam mana nak mulakan? Nak try kaedah Darwish&Darwisya kena ada DVD player. Itu aku takde sbb rasa tak perlu utk aku & habi. Tapi ianya perlu utk pendidikan awal utk Naurah. TV of course dah ada kan. Then CD utk pendidikan tu macam mana pulak? Lagi 1 hal. Haishh..serabot jugak otak aku bile pk.

Di suatu petang yg indah, the 3 of us ke Giant, Nilai dengan tujuan membeli Baby Bites utk bekalan Naurah ke nursery. Dah shopping ala kadar, tibe2 aku rasa haus giler. So habi ajak jalan2 ke area yg jarang kitorang jalan kt bahagian dalam Giant tue. Pusing punye pusing, tiba2 aku di approach oleh sorang budak lelaki nih. Umur dalam awal 20-an gitulah. Mule2 aku mcm malas nk dengar ape dia cakap. Mcm dengar tak dengar jer. Naurah didukung oleh habi jalan jauh sket. Then aku dgr la bdk tu ckp mcm program belajar utk budak2. Aku pon tunjuklah Naurah & ckp anak akak kecik sgt lagi. Mane pandai baca buku ke hape. Then bdk laki tu tambah lagi. Program nie utk baby dari usia baru lahir sampai la dah masok sekolah rendah pon sesuai. Dan habi & Naurah yg agak jauh pn sampai tempat aku ditahan bdk lelaki tue. Habi pn spt biasa lagilah kureng bab sales man/girl nie kan. Terus ckp takpelah kitorang nak balik cepat nie. Then bdk tu pn ckp 5 minit jer bang. Dengar jer. Tak rugi pun. Klu berminat beli, kalau tak tak apa. So dia pon tunjuk jalan ke tempat booth dimana kawan2 bdk lelaki tu ade bbrp org menunggu sambil tersenyum-senyum pd kami. Ada sorang bdk ppn yg muda jugak umpan Naurah dgn belon. So ralit la si Naurah bermain belon di dukung bdk ppn tue. Mula2 dh nak nangis dah tue bdk tu amek dia...hahhaha...Anak aku nie ddk nursery pon tak jadi peramah jugak. Camno? Takpe...itu tanda anak aku bijak. Don't talk/play with strangers kan Naurah?? Hehehe.

Then pengenalan ttg program pendidikan awal utk kanak2 semenjak dari bayi hinggalah ke peringkat sekolah rendah bermula. Melanguk la aku & habi dengar. Dan semua kata2 salesman tu mmg tak dapat di sangkal lagi. Aku rasa semua parents pon mengakui kebenarannya. Habi yg sceptical pon mengangguk saje. Aku yg mendengar lagilah excited. Cuma cover2 sket la sbb at the end, yg paling penting adalah $$$. Betol tak??? Samada mampu atau tidak. Semua org pn nak anak jadi pandai. Aku sendiri paling suka kalau Naurah dapat menguasai bahasa Inggeris dari kecil lagi. Cutenya bila kanak2 umur 3-4 tahun speaking in English with their parents or anybody else. Apatahlagi kalau proper English & can do simple mathematics without even using their hands to count. Congak jer dalam kepala which is aku nampak ramai anak2 cha ya nun alif mudah melakukannya. Dan rahsianya adalah pendidikan awal kanak2 sejak dari usia baby. Kindergarten di Malaysia sllunya bermula ketika anak2 sudah berusia 4-5 tahun. Which is sbnrnya sudah agak lambat. Masa tu otak kanak2 mengikut peratusannya sudah ade penurunan. Alah..mcm kite nielah. Makin tua, makin bengap. Hahah. Masa masih baby nielah otak manusia sgt fresh & sgt mudah masok ilmu. Bile anak dah umur 4 thn baru nak hntr belajar mengira, ABC, pd waktu tue dah beratus ribu sel otak anak kita yg dah mati sebab tak digunakan. Itulah uniknya otak manusia. If tak di eksploitasi, ianya akan terus mati. Rugi betol kannn???

So apa yg perlu kita buat, dedahkan baby kite dengan kaedah yg paling relevan utk mereka ketika ini. Mengunnakan pendengaran & penglihatan. So cara yg paling mudah, samalah dgn cara Darwish&Darwisya. TV, VCD Player & CD yg bersesuaian. Rasa mcm doa aku dh dimakbulkan jer bile di approach ttg program awal kanak2 nie. Aku taknak Naurah bile dah besar sok jadi mcm anak kakak aku. Asyik mintak dibelikan DVD Ultraman saban hari. Asyik nak mainan Ultraman setiap bulan. Asyik nak tengok kartun2 yg tak memberi apa2 faedah pd perkembangan otak. Meniru gaya2 Ultraman & lagi haru bila dipukulnya kita betul2 macam Ultraman belasah rasaksa. Korang sanggup ke anak korang jadi mcm tue?? Inilah situasi yg sangat mudah kita tengok berlaku pd kanak2 melayu khususnya pd masa kini. Sedih tak? Aku rasa sedih sgt. Di kala bangsa2 lain berlumba-lumba hantar anak2 mereka dr umur 1-2 tahun bermain alat muzik utk meransang perkembangan otak anak mereka. Kita pulak mak bapak melayu sogokkan anak dengan cartoon network yg rancangan kartunnya belum tentu berkualiti. Lagi hampeh bile di alih bahasa pula ke bahasa melayu. Manelah anak nak pandai English..

Aku bukan nak condemn bahasa melayu. Tapi realitinya skrg di zaman kita nie pon di alam pekerjaan, semuanya nak guna English. Bayangkan pulak zaman anak2 kite sok. Zaman Naurah, Kaisha, Zarif Mikhail, Myiesha, Aisyah, Husna, Eisya. Sudahlah di peringkat sekolah pon sdh sgt kompetitif. Ape lagi di zaman pekerjaan. Hanya yang betul2 cemerlang akan berjaya. So mcm mane dengan anak2 kita? 

..to be continued....(penat menaip hohoh =B)

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat