Early Learning - Part 2

Kebanyakan ibu bapa zaman skrg adlh bekerjaya. Mak keje, Ayah pon keje. Then masa utk anak sangatlah terhad. Mcm aku & habi sampai rumah lepas keje pukul 6-6.30ptg. Naurah tido paling lewat pukul 8.30mlm. Then bape jam je tu masa yg kami ada utk bersama dgn Naurah? Nak main2, nak guling2, tak dan nak bukak buku, Naurah dah merengek nak tido. Kite penat pon jadi 1 hal jugak. Balik nak kene memasak lagi, basuh botol susu lagi..yadda yaddi...tup tap tengok jam dah pukul 11mlm. So berakhirlah 1 hari yg tak memberansangkan bg anak kite. Tup tap anak dah nak masok umor setahun pon. Haihh..mencabar sungguh nk jadi parents nie kan? Nak harapkan weekend pon bkn boleh diharap sangat. Kdg2 ade jemputan kawen, kdg2 nak balik kampong, kdg2 nak ziarah org sakit. Bile masa nak meransang otak anak nie weyy???

Aku fikir2 masa Naurah umo 4 tahun nnti dah bolehlah hantar kindergarten. Tapi rasanya tak mampu nk hantar masok Smart Reader ker Kumon ker or  kindergarten yg establish. So hantar jelah kt tempat yg biasa2. Tp if ada program utk kanak2 dari bayi lagi, mudah & mampu (eventho belen gaji dh baki2..uhuk), apa salahnya mencuba. Pd aku ianya adlh 1 pelaburan pendidikan utk jangka masa panjang juga. Kalaulah ade rezeki, Naurah pon ade adik2, tak payah nak poneng2 kepala camne nk bg pendedahan awal pendidikan pd anak dah. Follow jer program yg dh ada (hrpnya dh nampak hasil pd anak yg sulung). Tapi walau mcm mane pun, berbalik pd kita sbg ibu bapa jugak. Jgn dah beli program mahal2, buat hiasan pulak. If dah ada program yg dibeli, mudah jer.

1. balik rumah pasang tv, masok vcd dlm player, bukak suara dlm volume yg munasabah & biarkan anak kite bermain di sekitar tv yg sentiasa terpasang dgn program pendidikan.
2. klu terlebih rajin, malam2 bacakan buku yg disediakan mengikut alur cerita dlm vcd yg kita pasang siang hari pd si kecil. ini utk membiasakan dia dengan buku.

Di awal2 usia anak dr 0-2 tahun, diorang banyak bergantung pd deria penglihatan & pendengaran saje. Thats y TV adlh salah satu bentuk pendidikan yg paling relevan. Dan pd usia nie jugak, mereka adlh peng'copy' No.1 di dunia. Bak org selalu kata, contoh paling utama adlh ibu bapa. So klu kita suka minum air berdiri, jgn marah pulak anak ikot perangai yg sama. Itu sbb dia meniru perlakuan kita. Jgn ingat diorang kecik, diorang tak bijak ok! Hehehe. Dan tak hairanlah kalau Darwisya yg selalu menonton Barney & Friends bila speak in English menggunakan loghat English US. Cuba klu bagi dia tgk cartoon yg guna accent English UK, kompem dia akan ikot jugak. Maklumlah peng'copy' No.1 di dunia =)

Klu kita bagi anak kita tgk kartun Ultraman, perlakuan Ultraman lah yg ditirunya. Betol tak? Sbb tu pd aku sgt kritikal usia2 anak2 kita semua skrg nie. Kita kene selective pd rancangan TV yg selalu terpasang tue. Kan mudah kalau kita sentiasa pasang kartun yg educational. Bile dah pandai masok sendiri VCD dlm player sok, taklah dicarinya VCD Ultraman mcm anak kakak aku. Kekeke.

Natijahnya aku & habi dah pon membeli program pendidikan awal kanak2 kt Giant hari tue. Player takde lagi. So tertangguh la niat nk bukak setiap hari bagi Naurah tgk. Pdhal dah excited nak mulakan nieh. Ekceli program nie if in lump sum belinya, agak pricey. Tak mampu kitorang kalau x pakai credit card nk bayo heheh. So ape blh buat, bayarlah scr installment every month. Transfer by maybank2u. Cuma 1 jelah kene korban sblm ade TV lebih. Tak dapeklah nk tgk drama melayu petang2 kt TV3. Kekeke. Alah, tgk online pon boleh kan? Jgn nak bagi alasan. Dan bukan lama sgt pon masa yg diambil bukak VCD tue. Tido je si kecik, tutuplah. Blh tgk CSI pulak malam2. Anyway aku & habi rasa kami dah mengambil langkah yg sewajarnya utk pendidikan awal Naurah. Bijak ke tak bijak ker, let Allah decide for that. Hrpnyer bile Naurah masok tadika sok, dia dah tak heran bile cikgu ajor ABC or mengira samada in malay or english. Insyallah, amin.

Program yg Naurah akan ikuti setiap hari lepas DVD player dh beli sok adlh Learning English With Noddy. Kartun Noddy from UK tue. Lagunya jer aku familiar. ' Make way for Noddy...Noddy!!'. Hehehe. Ade dpt 20 VCD, xtvt books, lots of strory books, stickers & byk lagilah. Lansong dah tak payah beli buku2 ape dah. Sampai umur 6 tahun pon boleh pakai & masih relevan. We pay RM122/18 months. Kategori mampu bagi kami eventho tersedak-sedak sket. Hahaha. Anything for you my dear Naurah. Ibu & Ayah try our best. Lepas nie Ibu cari VCD mengaji pulak yer. Hehehe. Jgn anak bijak tapi tak berakhlak pulak. Tak besh jugak mcm tue. Heheh. Jadi anak yg bijak & solehah ok Naurah!! =D We love u so much. Mmmuahhhss.

p/s: lepas2 nie kompem aku sronot nk update penerimaan Naurah ttg LEWN (Learning English with Noddy) nie pulak. tiba2 Naurah nk panggil aku mommy or mom mcm mane pulak yer??? kekeke (berangan la labuuu....)

Popular Posts