Her 1st VCD

Noddy & Friends
Semalam, Ahad bersamaan 24.10.2010, genap umur aku 28 tahun 1 bulan. Hehehe. Bukan itu nak cerita sbnrnya. Tp kebetulan pulak kan. Ekceli semalam habi telah mencilok DVD Player kt rumah Semenyih. Tp dah tanya dululah dgn MIL boleh ke nk pinjam kejap sblm kitorang cilok DVD Player kt rmh Johor mase balik on Deepavali sok. Syukur MIL xde halangan. So dgn rasminya dapatlah Naurah menonton Noddy & Friends buat julung kalinya di rumah. So aku nak ceritalah ttg penerimaan Naurah. Hohoho. Sangat teruja itu budak oke! Aku rasa inilah kali pertama nampak dia sgt fokus pd TV. Sblm nie Ibu & Ayah bukak ntah hape2, so dia kurang tertarik la agaknya. Bile tgk Noddy & friends with songs seme, dia ralit pulak menonton. 3-4 kali jugaklah mainkan VCD tu berulang-ulang. Tapi serius mmg bagus lah. Sgt educational. For this first VCD, kisahnya ttg Noddy & Rainbow. Mengajar tentang colours. Yg bagusnya bila karakter Spotty si belalang male say in English red, si Dottie juga si belalang female akan sebut merah. Mcm tue jugaklah utk warna2 seterusnya. 

Aku perasan jugak mcm anak Abg aku si Emriel tue, bila sebut car dia tahulah. Tp dia tak tahu dlm bahasa Melayu car disebut kereta. Terpinga-pinga lak bile kita ckp kereta. So dia cuma tahu 1 language saje. Hrpnya Naurah tahu bhw pink juga adalah merah jambu. Heheh. Me & habi sampai dah boleh hafal pulak perbualan2 Noddy & Friends. Kelakar giler. Byk juga pelajaran dapat dari 1 VCD nie. Paling aku terharu masa Naurah tgh duduk kat pangkuan aku sambil menonton Noddy, tiba2 dia pandang aku & kiss my lips. Aku rasa macam she said ' thanks Ibu for buying me LEWN'. Maybe aku over tp mmg betul rasa mcm dihargai sgt2 by my own daughter. Dia tak pandai bercakap, so skill terbaru dia kan dah pandai kiss, so itulah agaknya cara dia berterima kasih pd pengorbanan Ibu & Ayahnya. Welcome Naurah =D hik hik

Tapi aku noticed 1 benda. Rasanya lebih berkesan if one of the parents menonton sama-sama dgn anak & ikot serta dgn apa yg character suruh buat. Contohnya Dottie akan cakap ' sebut nama Spottie when u see hat in your tv screen '. As anak kita masih belom pandai cakap, kita lah yg tolong cakap  Spottie bile gambar hat pop out at the screen. Sbbnya bila aku cakap Spottie when the hat pop out, Naurah akan pandang aku & senyum. Secara tak langsung aku teach Naurah sekali. Aku yakin lama-lama nnti Naurah akan faham yg dia kena sebut Spottie or any words yg Dottie suruh cakap when the hat pop out. Anyway ini cuma teori aku jelah. As the salesman said, mother always be childrens No. 1 teacher.  LEWN helps me a lot dalam mendidik Naurah di usia ini. Harapnya takkan ada lagi hari-hari yg berlalu menjadi hari yang tak memberansangkan utk otak Naurah. Nanti Ibu balik keje petang nie kite tengok Noddy lagi ok Naurah! =)

Ohh..Naurah sudah ada skill baru. Dia dah boleh lambai tangan if we say 'bye-bye'. Hehe. Dah besor anak dara aku nie. MIL & pengasuh kat nursery yang ajar. Tapi dia tak master sangat lagilah. Kdg2 she waves, kdg2 tak jugak. Takpe, practice makes perfect kan Naurah =) At least ada jugak ilmu ko dapat dari pengasuh2 tue. Ajor yang elok2 takpe. Kalau yang tak elok, Ibu babap nanti...hihih =p

Oh, my dinner sudah berlansung pd malam Sabtu dengan jayanya. For lucky draw, habi dapat Faber Induction Cooker. Aku lak dapat Philips Home Theater. Hohoh. Pasnie Ibu pasang Noddy gegar 1 rumah Naurah. Hahaha. Rezeki kami. Suami isteri dapat lucky draw. Sudah la special case dua2 nama boleh masok bowl lucky draw. Nama dua2 pon naik. Syukur alhamdulillah. Ohh, my dept. dapat 3rd place for performance. Dapatlah RM1,500 buat bagi2. Rezeki jugak tue. Door gift pon not bad. Semua org dapat purse, watch & name card holder. Aku dapat purse D&G berwarna Pink & Casio watch. Habi wallet Mont Blanc & jam Casio jugak. Rezeki..rezeki....

Popular Posts