Language, Dinner & Habi

Kak Niza & Naurah masa beraya rumah guwe 25/9/2010
Membaca kembali blog DarwishnDarwisya membuat aku lebih excited utk mencuba pelbagai VCD pendidikan lain yang mempunyai pelbagai bahasa. Seronoknya kalau Naurah dapat menguasai bahasa lain jugak selain dari Bahasa Melayu & English. Macam Sami Yusuf yg boleh menguasi 5 jenis bahasa. Dahlah hensem, bijak & talented pulak tue. Hehehe. Jgn jeles habi =p. Bahasa apa agaknya aku nak bagi Naurah belajar ek? Rasanya bahasa Mandarin penting jugak sekarang nie kan? Banyak jugak aku tgk iklan jawatan kosong yang menyatakan kebolehan berkomunikasi dlm bahasa Mandarin merupakan 1 kelebihan. Kite pon sedia maklum kebanyakan employer pon terdiri dari bangsa Cina. My habi friend menghantar anaknya ke kelas bahasa Mandarin seminggu 2 kali semasa usia 4-5 tahun & anaknya sudah boleh bertutur dgn agak fasih. Tapi kalau aku mulakan dari awal utk Naurah, tak perlu dah nak hantar dia ke kelas macam tu pon kan? Dan 1 lagi bahasa yg aku interested adlh bahasa al Quran iaitu bahasa Arab. Rasa tak lengkap pulak kalau bahasa Arab nie tak di masukkan dlm senarai. Tinggi pulak cita-cita aku nie kan. Rasanya boleh tercapai ker? Aku fikir2, kalau Darwish & Darwisya boleh, kenapa pulak Naurah tak boleh kan? Think +ve Sharena!!!! =D

Dah masok hari ke-3 aku dok asek citer pasal pendidikan awal utk Naurah jer. Tak bosan2 lagi nampaknya aku nie. Hihihi. Ok lah selain dari tue, kes baju dinner aku masih belom lengkap pon blh la aku selit cerita sket. Tudung aku masih lagi tak berjumpa okeh! Malam tadi cari kemeja pink for habi. Hahaha..kesian dia kene paksa ngn aku pakai baju wane pink. Nak matching dgn baju aku yg ada kaler pink punye pasal. Hantam sajalah labuuuu (dlm kes ini labu=habi). Pilih punya pilih, aku yg bertimbang rasa nie decide pilih kemeja yg taklah ketara sangat pink nya. Habi ckp klu beli pink yg dia tak berkenan, dia akan pakai sekali jer time dinner nie. Pastu mogok taknak pakai dah. Hehhh, beli mahal2 pakai sekali. Ape kessss??? So jenuh jugaklah pusing Parkson, Alamanda carik baju yg sesuai. Cerewet mengalahkan nak beli baju aku. Hohoh. Pas bayo baju, naik atas pergi Guilyn nak cari tudung pink aku pulak. Kuciwa jugak sbb takde yg sesuai. So hari nie habi ajak pergi cari tudung kat Nilai 3.

Tapi pagi tadi jumpe dgn Kak Ana, Finance kat pantry. Sembang2 psl baju dinner, dia ajak cari tudung kat butik kazen dia kat Bangi lunch hour nie. Cam ok gak idea tue. Last2 dapat kumpul 5 org semua sekali kata nak pegi. So Insyallah tghari nnti blh pegi & harapnya jumpa tudung yang sesuai. So tak payahlah nk keluar ptg nie & kacau waktu tido Naurah mcm mlm td lagi. Kesian Naurah kamok2 waktu tido kene kacau. Semua sbb Ibu punye preparation utk pergi dinner Sabtu nie. Takpe, nnti Ibu upah mamam yogurt k Naurah!!! =D

Hari nie aku drive kete g keje. Habi g jumpe doktor kulit berkaitan masalah resdung & alergi (seafood) yang makin menjadi-jadi. Kesian habi takleh makan seafood waima ikan sekali pun. Balik2 ayam..balik2 daging. Jemu wehhh!! Aku yg tgk pon blh dtg jemu. Dia apetah lagi. Dan lauk2 utk aku masak pon makin sempit skopnya. Rasa kejam la pulak nk masak benda yg dia tak boleh makan. Mcm siakap 3 rasa, sotong masak sambal or kerang rebus cicah kicap. Wuhhuu..leleh2 lak air liur aku pagi2 nie =B Seb baek aku mmg tak boleh makan udang & ketam sbb Naurah alergi pd 2 mknn tue. Kalau tak, tambah masok lagi dlm senarai hihi. Alang2 pegi Bangi, blh la makan kt Restoran Limau Nipis. Ada ikan bakar sodappp & air limau nipis special yg letak eskrem vanilla nyum nyummm. Habislah diet aku......haihhhh.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat