Ringkas About LEWN

Entah kenapa aku rasa lega sangat2 bile dah beli LEWN utk Naurah. Rasanya macam dah lengkap segala yang Naurah perlukan buat masa skrg nie. Sebelum nie aku mmg dok runsing jer tentang pendidikan dia. Kalau boleh aku taknak dia membesar jadi orang yg biasa-biasa jer. Budak-budak yang biasa-biasa saje. At least dia kena advanced sket dari budak-budak lain. Bijak & disayangi ramai. Nak soh jadi solehah kecik2 nie mcm poyo lah pulak kann? Hehehe. Naurah sudah ada saving, sudah ada insurans kesihatan & pendidikan dan yang terbaru, program pendidikan awal sebelum dia melangkah ke kindergarten. Testimoni dari para ibu bapa yang menggunakan LEWN for their children pon sangat2 memberansangkan. Dgn kaedah yang paling mudah iaitu memasang VCD, anak kita mendapat pendidikan secara tidak lansung.

Program LEWN ini adalah dwi bahasa. Iaitu malay & english. Bak kata salesman, jangan pulak sampai anak dapat A for English, but C for Malay. Hehehe. Taknak jugak macam tue kan. At least cartoon character menggunakan kedua-dua bahasa. 1 character memberitahu yellow in english & kemudian menerangkan kuning dlm bah.melayu juga. Salesman menerangkan lagi, bayi dapat menerima sebanyak 5 bahasa dgn mudah sebelum berusia 5 tahun. Genius kan otak baby nie? Cuba kite skrg nk belajar Mandarin. Mau amek masa 5 tahun baru terer. Kekeke. Baby sangat mudah menerima satu2 pembelajaran krn otak mereka sgt fresh. Takde fikir apa2. Thats y sgt mudah menerima. Mcm kite nie dh mcm2 difikirnya. Duit la, kerja la, family la. Tu yg xde fokus. Byk betul ilmu yang aku dapat dari salesman LEWN ttg baby. Kerja diorang kann. Mesti diorang stadi punyer kaw-kaw. Rasa mcm sblm nie aku memperlekehkan je keupayaan otak baby bile dgr pelbagai penerangan salesman LEWN nih. Yang betulnya aku nie jahil. Jahil tentang potensi baby. Maklumlah baru jadi parents....(mcm alasan jer..huk huk)

Buat masa skrg, aku perasan Naurah belum berminat sangat dengan TV. Tapi aku yakin dia dah setahun lebih nanti, mesti asek nak tengok kartun jer kan? Standard la bdk2 kecik kan. Suke tgk kartun yg berwarna warni. Mcm kita jugak masa kecit2 dulu. Tp kdg2 tgh ralit bermain tue, Naurah pandang jugak TV. Terutamanya bila dia dengar Azan berkumandang or lagu selingan TV3 tuh. Skrg Naurah lebih tertarik utk mengexplore kebolehan dia memanjat & berdiri. Takpe, itu utk fizikal dia. Fizikal kene kuat, mental pon kena mantap jugak. Hohoh. Takpe, kita mulakan perlahan-lahan yer Naurah. Insyallah, tahun depan sudah boleh nampak hasilnya. Amin.

For my blog readers yang berminat dgn program LEWN nie, bolehlah tinggalkan comment di ruangan komen. Aku sedia membantu mcm mane nak dapatkan LEWN nie. Sharing is caring. I know pasti ada yang memperlekeh & memandang negatif benda2 nie. Dah buat survey siap2 & baca pelbagai komen dlm pelbagai forum. Pd aku itu hak individu. Tak berminat, sudah. Berminat, bertanyalah yg selanjutnya. Mungkin ada ibu bapa di luar sana yg mcm aku dulu. Masih mencari-cari program early learning utk anak2 tapi tak tahu nak dapatkan kat mana. So hrpnya dgn entry aku ttg LEWN nie dapat membantu sikit sbyk semua ibu bapa yg masih tercari-cari tue. Sama2 kita berusaha memberikan pendidikan awal utk jaminan masa depan anak kita. Insyallah, amin =)

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat