Clever Naurah =D

Mcm org2 selalu cakap....budak2 klu baik demam/ sakit, banyaklah skill baru yg dia dapat. Well, its the same for Naurah. Tp klu nk dpt skill baru tak payah demam tak boleh ker?? Huk huk. Semakin membesar, semakin cerdik si Naurah nie. Kkdg aku mcm tak percaya je baby yg terlentok-lentok leher tak kuat dulu tu dah faham ape yg org ckp kt dia. Ishh..da pandai anak aku nie. Dah beso dah dia. Mcm tak sangka..huk huk. Terharu lak kejap =B Apa2 pon, meh aku senarai ape yg Naurah dah pandai buat skrg yer....

1) Dah pandai pok amai-amai - bila org nyanyi jer, dia akan tepukkan tangan dia =)

2) Dah pandai twinkle2 little star - bila aku nyanyi twinkle2 jer, dia kan buat tangan mcm star kelip2. dari dia kecik aku suka buat tangan aku bukak tutup mcm star tinggi kat atas. now dia dah pandai buat sendiri =D

3) Bila aku tanya ' Naurah, where's your mole?'. Terus dia kocoh2 selak seluar panjang yg tutup kaki habis nak tunjuk taik lalat setepek kat pergelangan kaki dia tuh. Dlm bahasa melayunya, Wan Andak (adik MIL) tanya Naurah ' Mana lalat uk ukk kat kaki Naurah tuu??'  (adoii..lalat berak atas kaki Naurah? cam poyo sket pengajaran nie pd Naurah huhuh)- pun Naurah akan kocoh2 cari kt kaki dia tue. Hahaha. Lawak giler.

4) Dah berani-berani nak lepas tangan utk berdiri sendiri. Kejap2 dia akan buat. Masih takut2 tapi tengah practice sungguh2. Bontot tonggeng-tonggeng mcm nak berdiri tapi tak lepas lagi. Kui kui. Tak padan petite!!

5) Bila org cakap, ' Nak tengok gigi Naurah!!'. Dia akan sengih luas2 nampak gigi 3 batang tuh. Hahaha. Tp x payahlah nak main2 lidah sekali yer Naurah!! Adoi...dah tertutup gigi ko tue. Kekeke. In English, Ibu akan tanya ' Naurah, where's ur teeths??' - dia akan nganga luas2 juga tunjuk teeths. =) clever girl...

6) If org tanya ' Naurah, mamam (makan) macam mana?' - dia akan buat2 kunyah makanan dlm mulut. Sweet giler. Hahaha.

7) Bila Noddy, Spotty & Dottie menyanyi, dah pandai goyang2 tangan & badan. Ikot pergerakan yg diorang buat. Comel =) Pastu suara pon da start keluar. Nyanyi dlm bahasa Naurah...tp kite tak paham la..huhuhuh...

Since Naurah dah banyak paham nye nih, aku tengah ajor dia angkat tangan utk baca doa & aminkan kat muka. Ajor pelan2. Everytime turun tangga dr tingkat atas sambil dukung Naurah, aku suka baca doa Bismillah Hillazi La Yadhurru Maasmihi.....seterusnya. Hrp time aku baca doa tu, Naurah boleh angkat tgn & bila habis baca doa, aminkan dekat muka. Practice hari2 Insyallah lama2 pandai =) Lagi satu maybe dah boleh start ajor dia tunjuk mana eyes, mouth, ears, nose....hohohh, best =D Aku try buat this week & akn update korang bila Naurah dah start bg respond yg +ve ok! Insyallah.

To be honest, aku tak sangka pd umur 9 month+ nie baby dah faham apa yg kita tnya & pandai buat apa yg kita ajar kt dia. Mmg aku betul2 terkejut masa PIL tunjuk Naurah dah boleh buat mcm2 aksi yg betul bila ditanya. Terus aku dpt idea nak ajar dia macam2. Tak sangka pulak dia cepat tangkap. Mcm twinkle2 little star tue, masa dia kecik2 aku rajin buat & nyanyikan pd dia. Pastu dah 2-3 bln stop tak buat dah. Secara spontan for the 1st time aku nyanyi je twinkle2 tue hari Sabtu lepas, Naurah terus buat tangan dia bukak tutup mcm star yg aku buat dulu. It means otak dia masih ingat lagi apa yg aku buat pd dia 2-3 months back. Genius betul otak baby nie. Mmg x boleh disangkal lagi. Sayang klu tak di explore sejak diorang kecil nie kan? Sori lah Naurah. Ibu tak sangka ko dah makin bijak & pandai buat mcm2. Lps nie Ibu ajar mcm2 lagi k! Skrg klu aku sebut je Mommy Monster pd Naurah, kekek2 dia ketawa tgk aksi aku nk terkam dia. So sweet. Seronok tgk anak makin lama makin bijak.

Ini aksi menggaru rashes chicken pox yg gatal giler. Yg ini tak perlu org ajor. Sendiri pandai. Hahah.

Popular Posts