Ibu Singa =B

Singa=Ibu, Lamb=Naurah kekeke...
Semalam petang on the way balik ke BBST from Johor, aku noticed gigi terbaru  (no.3) Naurah sudah mau tumbuh. Masa tu habi acah2 Naurah. Bdk tue sejak baik demam bukan main lagi becok mulutnya. Bukan main lasak mengexplore segenap pelusuk ruang. Bukan main menyengih lagi kalau di layan mulutnya. Suke ketap2 bibir, suke muncung2 bibir. Entah ape keje ntah. Pastu tangan adlh maha laju mencapai ape2. Dah pandai nak pukul2 org dgn tangan. So smlm dlm kete aku marah dia sbb suke pukul2 org. Tak pun cekau2 dgn kuku dia yg tajam menikam tuh. Dan dia mmg dah faham klu aku marah. Dok pandang je muke aku bile aku masamkan muka & buat muka garang. Dia pukul aku, aku pukul balik tangan dia. Teros dia tenung gaya tak puas hati. Aku paling x suke budak yg suke pukul2 org nih. Tak baik tau! Masa mule2 dia start habit baru dia tue, aku rasa tak kisah sgt sbb dia mcm kecik lagi. Tp bile dh lama2 mane boleh jadi. Sakit giler dia cekau muka aku. Skrg dah tambah nk pukul2 org pulak dgn tangan kecit dia tue. Hehh, x boleh jadi nie. So skrg klu dia pukul2 org, sape2 pon lah. Aku akan pukul balik tangan dia. Cam tepuk gitulah. Pastu buat muka garang. Teros dia tak jadi nk buat. Dok pandang je muka aku dgn tangan yg separuh jalan dh nak mencepuk or mencekau.

Habi pon bile Naurah nk pukul2 org, terus dia ckp ' nanti Ibu marah nanti...Ibu pok Naurah nanti!!'. Pandai pulak guna nama aku since habi mane pandai nk marah2 nie kan. So tugas utama utk jadi garang adalah tugas aku. Senang jer. Since aku pun digelar singa by my siblings. Hahaha. Payah nak marah tp klu dh marah mmg mcm singa lapo. Ditambah dulu2 dgn rambut mengerbang. Kuang kuang. Dulu ok! Skrg sudah proper =B Dan Naurah aku rasa mmg dah bertambah bijak laksana. Dia mmg sudah faham ok! So tak perlulah aku menangguhkan lagi proses mengajar dia spy tak jadi budak yg nakal. Budak yg suka hati nak buat apa yg dia nak. Dia dah kena tahu apa yang salah & yang betul. Aku takut kalau aku biarkan jer dia dgn habit memukul & mencekau tue, dia ingat apa yg dia buat tue tak salah. Maybe ada yg anggap aku exaggerate psl hal nie. Tp instict parenthood aku mengatakan Naurah sudah semakin bijak & dia sudah bersedia utk diberi didikan tentang what is can & what is cannot.

Naurah mcm terkesima bile dia tgk muka garang aku. Hahaha. Mcm otaknya tengah berfikir nape Ibu buat muka mcm tue? Gerunnya. Apa yg aku buat salah nie? Kekeke. Klu tak buat salah, Ibu takkan marah sayang. No more cekau2 & pok2 org ok! Be a good girl Naurah. Kan da beso nak jadi doktor. Mane blh pukul2 org. Ishh..tiba2 aku dapat membayangkan betapa garangnya aku lepas2 nie. Bile byk lagi habit2 baru yg Naurah akan pelajari. Habit2 yg tak bagos. Hoho. Mmg nak kena lepuk tangan tu dgn aku. Eh, tp Naurah pon garang jugak tau! Ikot aku lah tue kot. Klu habi ajuk dia ckp ' hehhh...' dia pon lawan balik 'hehh'. Buat muka serius pulak tue. Mcm x puas hati je habi ajuk dia. Lawak giler. Hahaha. Pastu buat suara mengeram. 'hmmmm...'. Kakaka.

Tak dpt nk upload gambo sbb henpon tertinggal dlm kete habi. Hari nie naik kete aku. Esok Insyallah.

Popular Posts