Naurah New Interest

Hari nie aku nak cerita ttg progress Naurah learning English with Noddy. Masok usia Naurah 8 bulan aritu, dia sudah mula berminat dengan TV. Paling dia gemor klu dengar lagu yg sllu TV3 main tue. Yg ade gambo globe tue kan. Haaa...masa kat sepital kena warded hari tue pon dok terteleng-teleng kepala nak pandang TV kat atas bile dengar lagu tu dimainkan. Punyelah gelak besor semua tok sedara, wan sedara, bapak sedara dia tengok gelagat budak sakit tue. Menjajau (bahasa johor sket heheh) di cariknya dari mana dtg bunyi lagu tue. Hahaha. Cute gilessss.

Skrg rutin pagi aku & habi sudah semakin mudah since bukak saje VCD Noddy, Naurah akan ralit tengok TV. Maka bolehlah aku membasuh pinggan di dapur, mengemas bantal2 depan TV  & susun atas sofa etc. Wahhh..sangat berbaloi-baloi lak rasa beli VCD tue. Bukan saje membantu perkembangan otak Naurah, malah memudahkan ibu bapa nak buat kerja rumah tanpa di ganggu si kecik. If sblm nie Naurah cuma diam & tonton. Now Naurah dah start mengeluarkan bunyi2 sekali. Biasalah bahasa baby. Aku pon tak paham ape yg dia dok ckp. Tangan pon dah start bergerak-gerak macam nak ikot pergerakan character dlm VCD. Satu perkembangan yang baik. Syukur alhamdulillah =)

Rasa mcm tak sabar nak start buka VCD No.2. Ada lagi 2 weeks sblm genap sebulan 1 VCD saja yg dimainkan berulang-ulang. Naurah hanya akan ralit menonton bila 2 kali VCD di ulang. Masok kali ke-3 dia dah start nak merangkak ke tangga or menangis bila tengok takde sape2 yang teman dia. Hehehe. Kelakar. Tp bila keluar part2 yang menarik perhatian dia, contohnya bila lagu keluar, dia akan tertinjau-tinjau balik nak tengok TV. Tak pon dah separuh jalan merangkak ke tangga, dia patah balik nak tengok TV. Miahaha. Lawak pulak tengok. Petang lepas balik keje kami akan pasang Noddy & pagi masa nak bersiap pegi keje pasang lagi. Sgt mudah.

Ingat tak dulu aku ada ckp Naurah jenis budak yg sgt susah nak tersenyum & ketawa? Skrg dia dah ok sketlah. Hehehe. Bila hantar kat pengasuh yg sllu jaga dia si Nor tue pagi2, mau dah dia senyum-senyum. Dah lama2 maybe dia dah selesa kann =) Tapi bab org yg tak berapa dia kenal, masih tak bapa nak lagilah. Siaplah org tu kena tenung dgn Naurah sampai mcm nak tembus. Masa kat ward hari tu semua nurse dia tenung baek punyer. Gelak2 la diorang semua. Sampai naik malu dibuatnya kene tenung dgn budak kecik. Pastu tak payahlah nak agah-agah si Naurah nie nk buat dia senyum. Kompem dia buat tak paham jer. Kekeke. Kerek betol anak aku nie. Kdg2 aku & habi lak yg serba salah dibuatnye. Anak mcm xde respond. Hahaha. Kesian kt org yg mengagah dengan bersungguh-sungguh. Kalau tak ditenung, Naurah akan nyorokkan muka dia kat bahu aku. Pemalu. Ikot ciri2 aku dah tue. Hahahaha. Ayat tak ingat.....kui kui.

Ibu tengah pumping, Naurah guling2 dulu k! (snap pagi tadi)
Siap pandang belakang tak bagi aku amek balik brg2 dlm mangkuk kuning. Kakaka.
Main2 kaki dulu sambil tggu Ibu habis pumping. Sempat lg main lidah. Cett
Klu tak jelir lidah, buat mulut itik. Tggu aku dpt getah, siaplah kene ikat muncung tue.

Popular Posts