10 Months Already!!

Tsk tsk..nak nanges...
Ngeheheh =B Rasanya this is my 1st time upload pic Naurah nak menangis. Kesian dak kecit kene buli dgn Ibu poyo. Keh keh. Sekali sekala takpe kan Naurah? Kasi chance Ibu nk beriang gumbira main2 dgn chuk. Sblm dia menangis mcm nie, korang tengok sendiri ape keje dak kecik nie. Mane tak aku buli dia pulak kaw2. Hehee =B

Korek2 gambo cat soh kuar..keh kehh
Pastu buat muka lawak bile cat tak kuar..kekeke...
Nampak kan ape yg terjadi ruang tamu tue. Bersepah habis dgn mainan dia. Layankan ajelah. Ayah tgk sebok sapu dapur, kite sepahkan ruang tamu pulak ye Naurah! =B

Punyelah laju tangan & kaki dia bergerak. Kepak2 mcm nak terbang..hahaha
Bile dah penat, termenung buat muka comel...hihi
Ape2 pon weekend layan karenah dia seharian mmg best. Penat tapi seronok tgk dia bermain. Bukan selalu dpt habiskan masa main2 mcm nie dgn dia. So bila ada kesempatan, aku bagi je dia sepah-sepahkan rumah. Panjat tangga. Merangkak ke dapur. Layankan aje.

Ohh..Naurah dah genap 10 bulan! Yeayyy!! Pantasnya masa berlalu. Lagi 2 bln dah nak masok 1 tahun. Apa2 pon aku tgh tunggu Naurah dapat kaki nie. Setakat nie dia masih tak berani lagi berdiri without support. Kdg2 aku saje dirikan dia, pastu lepaskan. Dapatlah bbrp saat berdiri. Pastu terus nak jatuh. Naurah suka kalau aku buat mcm tue. Tp dia masih tak kompiden lagi nak buat sendiri. Aku ada instict dia agak lambat nak berdiri sendiri & berjalan. Entahlah. Tggu & lihat jelah. =) Let it comes naturally. Ibu tak kesah.

Gigi Naurah setakat nie yg betul2 nampak dah 4 batang. 2 atas & 2 bawah. Gigi kelima dah nampak kat bahagian atas. Yang ke-6 belum nampak bayang pulak. Apa2 pon dia mmg suka menggigit. Aku dah pernah sekali kena kat peha. Sampai berbekas 2 btg gigi dia. Sabo jelah. Wan dia pon dah bbrp kali kene gigit. Huhuh. Bile dh gigit org dia sengih2 pulak. Cesss. Buat org geram jer.

Dari segi perkembangan otak, dah makin byk pandainya. Cepat je ikot bila org ajor. Dah banyak yg dia paham bila kita cakap. Best. Mcm dah ckp dgn org besar. Hehe. Main2 dgn dia pon makin best since dia dah pandai bermain. Guling2 gelak2 sama2. Mmg syok. Ruginya siapa yg taknak kawen lagi. Ruginya orang yang taknak anak. Hidup berkeluarga adlh life yang paling seronok di dunia =D

Last but not least. Bye-bye Aunties....

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat