My Mija

Elmirza Ez Zahra @ Mija
Semalam semasa mem'pumping' sorang2 dalam Surau opis, aku called Mak kat kampong. Saje nak sembang-sembang & info dia yg 2 adik aku yg bermalam kt rumah aku mlm sebelumnya, sudah pon bertolak menuju ke Gurun, Kedah saing2 masa aku g keje. Yang mengangkat phone anak buah aku. Anak my eldest sister, Mija. Dia nie mmg rapat dengan Mak aku. Ibu, Ayah & siblings dia semua dah balik ke Senawang, N9. Tapi dia taknak ikot. Nak temankan nenek katanya. Dgn Abah aku dia tak bape suke sgt. Or senang kata mcm dog vs cat. Sbbnya Abah aku suke giler sakat dia. Tu dia asyik hangin je dgn Atok dia. Kekeke. Kelakar kalau tgk diorang bergaduh. Org tua & budak2. Mmg aku tukang bantai gelak ajelah. Hehehe.

Mija nie baru berusia 4 tahun. Next year dia dah nak masuk taska. Dia nie kira budak yg bijak & paling boleh di harap antara adik beradik dia. Petah sgt bercakap mcm org dah besar. Tp dia nie mcm kurang kasih sayang sket. Kesian aku tgk dia. Tu yg dok menumpang kasih pd nenek & suami aku. Ini org feberet dia lah senang ckp. Klu jumpe habi, mmg manja giler. Mcm habi tu Ayah dia pulak. Sbbnya dia dgn Ayah dia tak bape nak rapat & ngam. Dgn kakak aku pon dia ada kureng sikit. Aku pon pelik nape diorang mcm tak fair melayan si Mija nie. Sedangkan abangnya si Ejam di layan dgn baik & selalu di lebihkan.

Mija nie bila kakak & BIL aku keje, di jaga oleh Wan nya. Mak BIL lah. Mak BIL jaga ramai cucu2nya. Most of Mija's cousins adlh lelaki. So Mija mmg selalu kena buli & di ejek dgn pelbagai gelaran yg kalau kita dengar pon rasa kesian sgt. Gelaran2 tu sampai dah melekat pd dia. Her Wan & BIL pon sometimes panggil Mija dgn nama gelaran tue. Bab nie yg aku marah sgt2. Tak baik betul. Jgnlah kita yg dewasa ada otak nie mengikut pulak menyebut gelaran yg tak baik pd anak2. Kakak aku, tak pernah pulak aku dgr dia panggil Mija dgn nama gelaran tuh. So ok la kot. Entah.

Apa aku nk sampaikan kat sini, kalau boleh ibu bapa janganlah pilih kasih antara anak-anak. Sebolehnya berlaku adil. Tak kisahlah anak tu ada yg lebih lawa ker, lebih bijak ker, lebih baik ker. Jgn di beza-bezakan. Kesannya maybe tak berapa nampak skrg. Tp in future mesti boleh nampak. Mcm Mija, di sbbkan Ibu & Ayah dia kurang beri perhatian pd dia, maka dia kurang sayang pd mereka. Dia sendiri mintak nak sekolah dekat kampong aku & duduk dgn nenek. Mak aku sbnrnya dah perasan yg kakak & BIL aku kurang adil pd Mija. Thats y dari kecik lagi Mak selalu back up Mija. Tu sbb Mija sgt sayang pd neneknya. Eventho Wan Mija yg jaga dia hari2, maybe sbb ada juga unsur2 kurang adil, maka Mija pon tak bape rapat dgn dia. Sedangkan klu ikot logik, Mija sepatutnya lebih rapat dgn org yg selalu dia jumpa. Jumpe Mak aku bukannya selalu. Tp nape dia sayang nenek lebih dr semua org?

Kite boleh fikir sendiri pasti adanya kepincangan dlm pengagihan kasih sayang pd Mija oleh org2 yg selalu bersama dgn dia. Aku harap klu Naurah dah ada adik2 nnti, aku dpt layan dgn adil & saksama. Aku jadikan kes anak buah aku nie sbg tauladan.

p/s: Mak aku ckp, Abg Mija si Ejam takut-takutkan Mija dgn berkata ' Nenek nak meninggal tahun depan'. Dengar abg dia ckp macam tu, Mija terus ckp ' Ok, Mija nak tinggal dgn nenek. Nak jaga nenek. Supaya nenek tak meninggal'. Aku dgr Mak aku ckp si Ejam ckp mcm tue, rasa mcm nk lempang jer. Tak baik betul. Seb baek takde depan mata. Ejam nie dah sekolah Darjah 1. Tahun depan Darjah 2. Nakal giler sbb Ibu & Ayah dia selalu lebihkan dia.

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat