Pendidikan Baby: Berulang-Ulang

kredit to google

Tergerak nak tulis dgn lebih lanjut bila ada yg bertanya macam mana Naurah boleh jadi ralit mcm tue. So aku nak share sikitlah apa yg salesman LEWN terangkan masa dia perkenalkan cara pendidikan sejak bayi dilahirkan sampailah sudah masuk peringkat kanak-kanak.

Sebenarnya masa beli LEWN nie dulu, Naurah dah berumur 7 bulan+. Rasa itu pon mcm dah lewat giler sbb bila tgk form parents lain, ada yg dah beli seawal bayi diorang berumur 2 bulan lagi. Dalam hati aku fikir, alah...dah lambat gak Naurah start nih. Mesti dah susah sikit nak pupuk minat dia nih. Tp memegang kpd kata-kata 'better late than never', kitorang beli jugaklah learning set Noddy nih. 

Aku tak tahu baby lain mcm mane. Tp aku noticed masa Naurah 8 bulan, dia dah mula insterested dgn TV. Sebelum nie dia buat tak endah jer. So aku pon bersemangat balik nk perkenal Noddy pd Naurah sbb rasa macam its the right time for her. Sebenarnya klu bukak dari usia awal lagi, mmg lah baby takde nak ralit tgk mcm Naurah skrg. Tp diorang byk menggunakan deria mendengar. Listening. Mendengar hari-hari sampai hafal. Mcm kita dengar lagu. Eventho kita tak minat lagu tue, tp klu dah hari-hari dengar, terhafal jugak liriknya. Betol tak? Well, its the same for babies. Mmglah diorang sebok main benda lain. Tp telinga tetap mendengar juga.

Senang kata bila dah umur Naurah, dia dah start gunakan 2 deria. Melihat & mendengar. Listen & Watch. Takpelah dah skip 1 part masa mendengar saje pon. At least mendengar & melihat lg nampak impaknya. Senang ibu & ayah nak buat keje. Bab nie yg paling best sekali buat kami yg tinggal ber-3 saja ni. Takde org lain blh tlg tengok Naurah. Terpaksa bergilir-gilir. Dah ada Noddy, ibu & ayah blh buat mcm2. Sekali sekala je jengah si kecik samada masih ralit or dah mula jemu.

Yelah. Diorang pon pandai jemu jugak. Jemu bayi adlh bila di bukak berulang kali dlm satu masa. Kali pertama & kedua boleh tahan lagi. Masok ketiga yg selalunya dia dah merayap nak pergi tangga. Heheh. Tp diorang tak jemu kalau bukak hari-hari okehh!! Petang nie bukak, pagi esok diorang akan ralit menonton mcm tak pernah tengok pon episod tu sebelum nie. Itu yg bagusnya ttg pendidikan VCD nie utk babies. 

Pendidikan utk babies tak sama mcm kita yg dh dewasa nih. Cara didikan semuanya mengikut peringkat umur. Kalau kita yg dh besor nie, hari2 tgk episod sama, mmg muntah ijo lah kan. Tp babies ok jer. Otak diorang jenis mengingat sst yg berulang-ulang. Mcm gambar dlm otak. Ttg words, sebenarnya diorang dah ingat. Tp diorang masih belum boleh bertutur. Ttg warna, diorang mmg dah hafal warna topi Noddy, tp masih belum pandai mewarna. Cuba diorang dah pandai, bagi pencil color, bagi gambar Noddy yg tak berwarna, mesti diorang akan kaler topi Noddy mcm yg diorang tgk dlm VCD. So dah tak perlu ajar dia suruh warnakan pokok itu hijau. Diorang dah tahu sbb dlm VCD pokok adalah warna hijau. Topi Noddy adlh biru. Itu skill kita boleh try test bbrp tahun lagi. Ibu tunggu yer Naurah. Heheh.

So klu ikot umur Naurah skrg nie, dia cuma pandai nak ikot pergerakan yg ada. Cth mcm goodbye. So tgn Naurah akan melambai ikot character dlm Noddy tuh. Yg senang-senang ajelah. Klu melompat apa semua tu belum boleh ikot lagi. Tggu Naurah dapat kaki dulu. Huhuh.

Kesimpulannya, pendidikan utk bayi seusia Naurah adalah dgn kaedah yg berulang-ulang. Ekceli kaedah mendengar saja pn sudah mula nampak berkesan pd Naurah skrg. Tp bkn Noddy lah sbb part tue Naurah dah terlepas. Yg aku nampak kesan dr pendidikan mendengar ialah bila azan kat Oasis, Naurah mmg tertarik. Mmg dia ralit dengar pdhal tgh sebok2 main botol susu. Otomatik dia pandang TV & mendengar. Ini sbbnya masa Naurah masih sgt baby 2 bln+, aku mmg bukak Oasis hari2 (kdg2 tak bukak jugak huhuh) time Maghrib . Time tu selalunya Naurah dah nak tido. Dia mamai-mamai dgn mata terpejam pon telinga maybe masih mendengar. So kesannya blh nmpk skrg. Genius kan babies? =D

Popular Posts