Naurah Zayanie is 1

This is an auto publish entry since I'm on leave today. Just want to celebrate this special day by making her happy with both of her parents in front of her eyes =)

Naurah Zayanie is 1

Sedar tak sedar Naurah Zayanie my 1 and only daughter sudah pon 12 bulan hidup di dunia. Syukur Alhamdulillah kerana telah memanjangkan nyawa Naurah sehingga ke hari ini. Dapatlah kami suami isteri menumpang kasih pd anak yang satu ini. Memberikan segala yang termampu utk Naurah. Walaupun mungkin bukan semuanya terbaik, at least kami dah mencuba dengan sebaik mungkin. Pd aku itu yang paling penting sekali. Kami usaha & segala outcome adlh atas kehendak Allah jua.

Pertama sekali aku bersyukur kerana masih mampu memberikan Naurah susu badan sehingga usianya menjangkau 10 bulan. Bagi Ibu yang exclusive pumping, aku kira aku dah mencuba & berusaha sehabis baik. Aku bukan mcm Ibu2 normal yang lain. Yang mampu memberikan anak mereka direct feeding. Tp aku pasrah atas ketentuan Allah & menerima segala ujian-Nya dengan hati yang terbuka. Aku kira ianya sebagai satu proses pembelajaran. Aku belajar dr segala kesilapan & aku harap utk anak yang seterusnya, aku dapat jadi mcm Ibu2 normal yang lain. Insyallah =)

Keduanya dari segi pembelajaran Naurah. Kalau nak ikutkan kami suami isteri nie bukanlah bergaji besar. Kami sederhana jer. Tp tuelah, demi anak yang bernama Naurah nie, kami sanggup beli education programme Noddy yang bukan lah murah harganya. Kami pon kalau fikir sekali lalu, mmg takkan beli program nie. Tapi bila kami fikirkan ianya satu pelaburan pendidikan jangka panjang & boleh juga diguna pakai utk anak-anak yg seterusnya (Insyallah), tutup jelah sebelah mata tiap-tiap bulan bayar installment tuh. Nak bayar sekaligus, kami tak mampu. So itu jelah caranya utk dedahkan Naurah spy minat belajar dari kecil. Alhamdulillah hasilnya sangatlah memberansangkan. 4 bulan Naurah ikuti program Noddy, kami berpuas hati dengan perkembangan otaknya. Lebih2 lagi sejak aku keluarkan buku Noddy mengikut vcd yang sudah di tontonnya dlm masa 4 bulan, Naurah menunjukkan minat yg sgt baik kpd buku. 

Kdg2 aku malas jugak nak layan permintaan dia nak suruh aku bacakan buku2 tu semua. Tidak ler dia cakap nak soh aku bacakan, tp Naurah kan dah pandai menunjuk apa yg dia nak dengan tangan & muncungnya tue. So dr situlah aku tau kan. Heheh. Habis 4 buku aku bacakan, dia merengek nak soh baca lagi. Adeh. Tu pon problem jugak. Kalo dah tak larat sangat, aku pancing jelah dia dgn benda2 lain. Pastu nyorokkan sket buku2 tue. Ibu penat la sayang. Huhuh. Apa2 pon aku rasa dah jalankan tggjwb utk beri pendidikan pd Naurah. Tak kisahlah berapa usianya pon. Ada org kata terlalu awal. Pd aku takde kena mengena dgn awal or lambat pasal pembelajaran nie. Sampai nak mati pon kita masih akan belajar sesuatu. Proses pembelajaran hanya akan terhenti pd saat nyawa di tarik semula.

Ketiganya dari segi her basic needs. Kami cuma mampu berikan Naurah susu Anmum. Thank god susu after 1 year old jauh lebih murah dari yg sebelumnya. Ini salah satu sebab kenapa perlu lebih bersungguh-sungguh utk fully breastfeed on the next childs. Heheh. Diapers pula hanya mampu pakaikan Pampers or Huggies. & yg seangkatan dengannya. Itu pon kena beli kat Mydin. Kalo tak mmg idok ler mampu kami nih. Dari segi pakaian kami gaya bebas. Asal material baju selesa, murah or mahal, jenama or tidak, tidak menjadi hal. Bile dah boleh makan macam2, badam, madu, pistachio kami bagi Naurah makan sbg makanan otak. Juga minuman supplement lain spt Solivite & susu dutch lady perasa coklat utk kanak2.

Aku akui dengan memberi anak2 segala yang terbaik belum dapat menjamin dia akan menjadi segalanya terbaik dah besar nanti. Contohnya bg pendedahan pembelajaran dari awal belum pasti dpt menjamin anak bijak laksana dah besar sok. Mcm tu jugak dgn bg makan mknn otak tu semua. Tapi at least kita usaha. Yang selebihnya sudah menjadi hak Allah utk mengabulkan niat & usaha kita. Pandai ke tak pandai ker, Allah pasti dah rancang sesuatu yang terbaik utk dia. Sama juga dgn konsep doa. Makbul atau tidak doa kita  adlh atas ketentuan Allah jua. Yang pentingnya kita doa. Sebenarnya yang paling penting sekali dlm mendidik anak2 ialah mantapkan akidahnya. If mantap imannya pd Allah, Insyallah berjaya lah dia di dunia juga akhirat. Buat masa skrg aku cuma dedahkan Naurah spy selalu melihat kami bersolat & mendengar aku membaca Al Quran. Dgn harapan dia jg berminat utk berbuat perkara yg sama bila dah besar sok. Insyallah. Wallahualam.

Keempatnya kami suami isteri juga di uji dengan beberapa siri kesihatan & penyakit yg di alami Naurah. Dari bab demam biasa sampailah kena tahan wad di hospital hingga ke sekarang ini bab sensitiviti kulitnya. Kami mmg pasrah since habi memang ada masalah kulit. So bile gen tu dah ada, kami dah bersedia dgn segala kemungkinan. Yang sakit, kita cari ubatnya. Dari klinik biasa, hinggalah ke hospital pakar sehingga ke klinik pakar kulit. Semuanya kami cuba. Alhamdulillah sudah nampak peningkatan yg memberansangkan dgn kulit Naurah. Tidaklah seteruk dulu. Syukur grandparents Naurah sangat mengambil berat & banyak membantu kami dari pelbagai segi. You're so lucky Naurah for having lots of good people around you. Allah uji & Dia juga bagi kami jalan penyelesaian. Thank you Allah.

Akhir sekali Ibu & Ayah akan sentiasa mendoakan yang terbaik utk Naurah Zayanie. Satu yang aku suka nak pesan pd Naurah. 'Jagalah Allah, Allah Menjagamu'. Bila hubungan kita dengan Allah baik, Insyallah akan baik lah hubungan kita dengan orang di sekeliling. Cukup dengan itu saja. Moga Allah panjangkan umur Naurah & beri peluang utk kami suami isteri memberikan kasih sayang padanya sehingga ke akhir hayat kami.

We love you with all our heart

Dear Naurah,

Moga kamu sentiasa menjadi bunga yang cantik (Naurah Zayanie), hidup & berkembang mekar di hati setiap orang yang mengenalimu.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Pertama!! 1 year old. I love writing the number =)

With lots of love, 
Ibu & Ayah

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat