On Her 1st Birthday

Sakit hati bile nk upload gambar tp makan masa yg melampau panjangnya. Dari kobar2 nk publish gambo macam2, teros matikan niat & buat entry lain. Nyampah! Sebenarnya aku nk upload gambo2 masa main2 kt Critter Land masa besday Naurah hari tue. Banyak gambo yg di snap masa kt sane. So korang boleh la tgk2 keadaan kt sane. Manela tau minat nak terjah jugak kan?Kann?

Birthday cake Naurah hari tue by Kak Anna from Bake Me Cup Cake
If tanya pendapat aku, honestly takdelah best mane pon. Tempatnya taklah sebesar yg aku jangkakan.  Tp besar jugaklah. Hahh? Kekeke. Lebih seronok kalau anak kita dah pandai main2 sendiri. Mcm Naurah, jenuh aku nk kene join sekali main semuanya. Sudahnya aku pulak yg rasa cam nk pengsan. Letih gile. Habi sampai gelakkan aku. Sabokan jelah. Mentang2 dia mula2 byk jd fotografer jer. Bile aku dah tak larat, peranan pon bertukar. Amek gambo lg syok. Lgpn aku rase aku amek gambo lg seni drp habi. Hahaha.

Nampak tak muka Naurah tue? Priceless =)
My in law ajak buat makan2 sikit secara mengejut jer since kek sudah kami beli & belom berpotong. So in law cuma order sate & kuew teow goreng. Pastu goreng nuggets sikit. Panggil sedara mara habi yg terdekat. Itu pon dah cukup. At least nampak la mcm ade celebration bila ramai org. Baju Naurah tu di taja oleh Ann Ibu Kaisya. Ann sempat bagi Naurah hadiah masa 2nd gathering kat Splash Park, The Mines hari tue. Terkojot aku Ann tiba hulur paper bag cute. Rupanya hadiah utk Naurah. Ingatkan utk aku. Hahaha. Perasan. Tq so much Ann. Lawa tak Naurah pakai baju tue? =D

Dah tak sabo nk potong kek yer Naurah? Moncong tidak dilupakan =P
Overall, rasanya cukuplah dgn party kecik nie utk ulang tahun kelahiran Naurah yg pertama. Sebelah siang, kami teman Naurah bergumbira di Critter Land. Malamnya pulak ada potong kek. Rasanya Naurah dah cukup gembira dah tue. Kan Naurah kan? Hehe. Sori sbb Ibu & Ayah x dpt nk celebrate besar2 panggil kawan2 Naurah ramai2 utk celebrate. Ibu & Ayah udah ler tak kreatif. Dan kami sbnrnya mmg agak kureng sket bab celebrate2 nih. Kalo besday kami sndiri pon, kdg2 cukup sekadar ucapan & paling kuat g makan2. Cuma anniversary kawen je special sket sbb memang akn pergi bercuti. Kira mcm cuti tahunan jugaklah. Itu sajo. Hadiah2 pon selalunya takdo. Tak romantik betol kami nie kan? Hehe. 

With Wan & Atok Semenyih
Keluarga kami sbnrnya samada secara kebetulan or tidak, mmg tak celebrate birthday2 nie bagai. My family bkn jenis mcm tue, habi pon sama. Cukup sekadar mengingati & wish pd empunya badan. Itu dah cukup. So bila dah terdidik dlm keluarga yg mmg mcm tue, scr tak lansung kami pon mewarisi kaedah yg sama. Tak amek port sgt. Cuma aku jelah kdg2 jeles tgk org lain celebrate best2, jd mcm terpengaruh sikit. Tp bile diskas dgn habi, tersedar semula di alam nyata. So bile dah ada kek & ada makan sikit2 mcm besday Naurah nie, kira dah cukup baik sebenarnya. Semuanya demi seorang anak & seorang cucu. Kami semua bersedia utk membuat sedikit perubahan. Hanya utk bdk yg bernama Naurah Zayanie. You're so lucky my dear =)

Eventho takde party besar2 utk kamu, Ibu & Ayah sgt sayang pd kamu Naurah! Kami ambil cuti semata-mata utk habiskan masa seharian dgn kamu on your birth day. Isn't it make the date so special? Insyallah di setiap ulang tahun kelahiran kamu yg akan datang, Ibu & Ayah akan teruskan tradisi yg kami cipta ini utk kamu. Seharian hanya utk kamu. Kami harap kamu akan menghargainya bila sudah besar nanti. We love you so much!

* jumaat lepas aku on medical leave. food poisoning sket ah. aku kene muntah2, habi kene ceri beri. boikot kedai vegetarian itu!! huk huk 

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat